^^>>Lisione, Dewa Angin<<^^
................................................................................................................
"Bila mereka akan sampai, Ziphoteninx?" tanya Kairi sambil bangun daripada jatuhannya yang ditendang Dark Revier. Tubuhnya mengeluarkan cahaya penyembuhan.
"Entah lah. Aku tak pasti. Tiada apa-apa berita daripada mereka dan aku tak dapat hubungi mereka. Apa yang mereka sedang buat?" balas Ziphoteninx dengan sedikit marah.
Mereka tidak pasti mereka dapat bertahan dengan serangan Dark Revier. Kekuatan Dark Revier memang kuat dan hebat dari segi pertahanan diri dan kelebihan kuasanya untuk menangkis semua serangan mereka. Kairi dan Ziphoteninx melompat ke tepi apabila Dark Revier membaling senjatanya yang berbentuk tombak ke arah mereka. Walaupun mereka berjaya mengelak, tombak itu melepaskan letupan setelah hujung tajamnya yang diperbuat daripada 'emerald' merah berkilauan.
"Rafiz, aku rasa tak sedap hati lah. Macam ada sesuatu akan berlaku kepada Kairi. Aku tak dapat hubungi dia melalui kuasa aku." Beritahu Dark Hartina kepada Rafiz melalui perhubungan minda.
"... Kalau begitu, kita perlu beredar dari sini. Mereka ni... Bila-bila masa kita boleh lawan." Rafiz membuat keputusan untuk meninggalkan perlawanan mereka dengan Dark Lusophia dan Dark Sethan.
Dark Hartina mengangguk lalu melepaskan bunyi nyaring yang kuat ke dalam minda Dark Lusophia dan Dark Sethan, menyebabkan kedua-duanya tersentak dan tersilap langkah ketika berlari menyerang dia dan Rafiz. Kedua-duanya terpaksa duduk sambil cuba menghilangkan bunyi yang berdesing dalam kepala mereka. Dark Hartina dan Rafiz mengambil peluang mereka untuk meninggalkan tempat itu dan menuju ke arah Kairi dan Ziphoteninx.
Mereka terkejut dengan keadaan tempat perlawanan Kairi, Ziphoteninx dan Dark Revier. Alam sekeliling mereka hancur dengan tanah retak dan ternaik ke atas, dan pokok-pokok yang tumbang dan terpotong dengan teruk.
"Kairi!" jerit Dark Hartina dan Rafiz serentak apabila melihat Kairi didakap Dark Revier dan cuba menggigit lehernya.
Walaupun begitu, Kairi sedang bertungkus lumus menahan kepala Dark Revier daripada menggigit lehernya. Ziphoteninx pula sedang menyembuhkan dirinya yang kehilangan kepalanya. Disebabkan dia adalah makhluk istimewa, dia tidak boleh mati dan akan perlahan-lahan kembali ke bentuk asal. Dengan Ziphoteninx tidak dapat berlawan lagi, Dark Hartina dan Rafiz terpaksa menggantikannya.
Dark Hartina menghalakan pemanahnya ke arah kepala Dark Revier dan tanpa ragu-ragu sama ada dia akan mengena Kairi sekali atau tidak, langsung tidak difikirkannya. Dia hanya percayakan anak panahnya dapat melepaskan Kairi daripada tangkapan Dark Revier.
Dark Revier sedar serangan panah yang menuju laju ke arahnya lalu terpaksa melepaskan Kairi dan mengelak serangan tersebut. Kairi terus menghilangkan diri dan muncul di tepi Dark Hartina dan Rafiz.
"Terima kasih..." ucap Kairi sambil memegang lengannya yang cedera akibat serangan Dark Revier sebelumnya.
Dia menyembuhkan luka tersebut dengan segera dan memandang Ziphoteninx. Dia berasa marah dan juga lega bahawa Ziphoteninx bukannya mati tetapi akan hidup selepas kepalanya diperbaiki semula.
Dark Hartina membalas dengan anggukan sebelum dia dan Rafiz menyerang Dark Revier bersama-sama.
"Kamu berdua... Berani kamu berdua mengkhianati aku?!" radang Dark Revier kepada mereka.
"Kamu bukan lagi raja kami! Disebabkan kamu lah, moyang kami terseksa!" balas Dark Hartina yang juga marah. Dia tidak lagi melihat Dark Revier sebagai rajanya mahupun menghormati Dark Revier lagi.
YOU ARE READING
BLOODY FRIENDSHIP (BAHASA MELAYU) - BUKU 1 [COMPLETE]
FantasyKairi ataupun nama sebenarnya Equiterance Ordany telah kehilangan ingatannya. Rafiz yang menemuinya ingin membunuhnya kerana puak Kairi, Knight Seeyer, adalah dijangka akan memusnahkan kumpulannya, Bintang Kegelapan. Disebabkan itu, kumpulan Rafiz m...