Dark Hartina berasa hairan apabila dia tidak mendengar apa-apa suara daripada Rafiz. Dia, Rafiz, Kironinx, Eridanus dan Cetus kini dalam perjalanan ke sebuah bandar di Barat Saix. Nama bandar itu ialah Tyu.
"Kamu okey, kah, Rafiz?" Tanyanya dengan perhubungan minda.
"Huh? Oh... Ya, aku okey..." Balas Rafiz. Kejutan daripada cerita Kironinx masih dirasainya. Dia tidak sangka bahawa rohnya adalah ketua dewa di Syurga. Dia seperti berada dalam mimpi sahaja.
"Kironinx, apa yang kamu sembang dengan Rafiz semalam?" Dark Hartina merasakan Kironinx ada kena mengena dengan perubahan Rafiz itu.
Kironinx membalas dengan senyuman. "Kamu tengoklah memori dia."
Dark Hartina merenungnya. "Aku takkan baca memori Rafiz atau sesiapa lagi jika terpaksa."
"Oh... Nampaknya kamu dah kukuhkan peraturan kepada diri sendiri. Kamu pasti kamu tak nak tahu siapa Rafiz yang sebenarnya? Begitu juga dengan Kairi?" Umpan Kironinx dengan sengaja.
Dark Hartina diam sejenak dan memikirkannya. Keningnya bergerak-gerak dengan fikirannya. Tidak lama kemudian, dia menampar pipinya dan mengejutkan semua ahli kumpulannya.
"Woi, apasal kamu tampar muka sendiri?" Tanya Cetus dengan hairan.
Dark Hartina memandangnya dengan sengihan. "Haha... Tak. Takde apa-apa. Rasa macam ada nyamuk hinggap tadi. Terlepas nampaknya..." Balasnya dengan pipi sedikit merah.
"Erm... Pelik la kamu ni," kata Eridanus sebelum memandang ke tepinya untuk melihat pemandangan perjalanan mereka.
Kironinx menggelakkan Dark Hartina kerana tahu perkara yang sebenarnya. Dark Hartina mula segan dengan tindakannya itu.
"Aku takkan sentuh memori sesiapa melainkan terpaksa je..." Ulangnya kepada Kironinx tidak lama kemudian dengan perhubungan minda. Itu adalah keputusannya.
"Suka hati kamu lah..." Kironinx berhenti mengacaunya.
Mereka tiba di Bandar Tyu tidak lama kemudian. Rafiz dan ahli kumpulannya berhenti apabila mereka merasai kuasa kegelapan yang berada dalam bandar itu.
"Revioryx kah?" Tanya Rafiz kepada Kironinx.
"Bukan... Nampaknya kita dah jumpa dua jeneral Bintang Kegelapan," balas Kironinx.
Anak mata Eridanus dan Cetus bersinar dengan niat masing-masing. Walaupun mereka akan berlawan dengan dua orang jeneral itu, mereka masih mengingati pesanan Kairi untuk tidak membunuh mereka.
"Eridanus! Cetus! Hei!" Panggil Dark Hartina apabila kedua-duanya berlari memasuki bandar itu dahulu. "Urgh! Mereka ni kan... Aku harap mereka ingat syarat-syarat Kairi tu," ngeluhnya.
"Jangan risau, mereka tahu. Cuma aku risau sebab dua orang jeneral tu adalah paling tidak disukai mereka," kata Kironinx.
"Siapa? Kamu tahu identiti mereka?" Tanya Rafiz yang telah menumpukan perhatian sepenuhnya kepada keadaan sekelilingnya.
"... Dark Howlan dan Dark Spincer," beritahu Kironinx.
Jawapannya mengejutkan Rafiz dan Dark Hartina.
"Tak baik ni! Kalau kita biar Eridanus dan Cetus berlawan mereka, mereka takkan menang. Dark Spincer dan Dark Howlan tidak sama seperti tiga tahun lepas. Walaupun Dark Howlan masih boleh dikalahkan tapi Dark Spincer... agak susah sikit," kata Dark Hartina yang gelisah lalu berlari ke arah Bandar Tyu.
Rafiz dan Kironinx mengikutnya dari belakang.
"Okey, aku rasa kumpulan Rafiz dah sampai ke bandar Dark Spincer dan Dark Howlan sedang berada," kata Kairi kepada ahli kumpulannya apabila mereka muncul di kampung yang dia terjumpa Ini dan Dark Howlan.
YOU ARE READING
BLOODY FRIENDSHIP (BAHASA MELAYU) - BUKU 1 [COMPLETE]
FantastikKairi ataupun nama sebenarnya Equiterance Ordany telah kehilangan ingatannya. Rafiz yang menemuinya ingin membunuhnya kerana puak Kairi, Knight Seeyer, adalah dijangka akan memusnahkan kumpulannya, Bintang Kegelapan. Disebabkan itu, kumpulan Rafiz m...