^^>>Auriga<<^^
.............................................................................................................
"Waloxes... Waloxes..." Kairi meraung kecil sambil menyebut nama Waloxes.
Tiba-tiba, dia terasa sesuatu diseret lalu membuka matanya yang tertutup. Dia terperanjat melihat seekor serigala sedang menarik Waloxes melalui kakinya menjauhinya. Apabila serigala itu sedar dia perasan, ia terus mengigit dengan kuat lalu membawa lari tubuh Waloxes.
"Waloxes!!" jerit Kairi lalu mengejar untuk mendapatkan kembali tubuhnya. Dia tidak sanggup melihat Waloxes dibaham serigala-serigala itu.
Akan tetapi, dia disekat dengan serangan serigala lain yang menghalangnya daripada mendekati hidangan mereka. Dia mengelak serangan mereka sambil mempertahankan diri. Dia tidak berhenti untuk mendapatkan tubuh Waloxes semula. Malangnya, seekor serigala paling besar, alpha kepada semua serigala itu menerkam tubuhnya dari belakang lalu mengigit bahu kirinya. Kairi menjerit kesakitan dan rebah ke tanah. Alpha itu tidak melepaskannya sebaliknya mengigit dengan kuat lagi.
Kairi terasa tulang bahunya hendak hancur. Walaupun begitu, pandangannya dihalakan ke arah serigala-serigala di hadapannya yang kini sedang membaham tubuh Waloxes. Air matanya mengalir melihat serigala-serigala itu mencabut satu persatu tulang Waloxes dan mencarit dagingnya.
"Wa... Waloxes... Tidak... Waloxes..." sebutnya dengan sebak.
Tidak lama kemudian, alpha di atasnya melepaskannya lalu meninggalkannya. Pada masa itu, tubuh Waloxes tidak lagi sempurna dan cecair pekat berwarna merah mengalir dari mulut serigala-serigala yang membaham Waloxes. Kairi meletakkan kepalanya ke tanah dan tidak mahu bergerak. Tubuhnya kesakitan tetapi yang lebih perit adalah hatinya. Dia hendak menjerit sekuat-kuatnya dan meronta tetapi perbuatannya tidak akan menghidupkan Waloxes semula.
"Aku... Begini ke kesudahannya...? Kenapa tiada orang bantu aku? Kenapa? Kenapa?!" Kairi menghentam tangannya ke tanah tetapi hentakannya perlahan sahaja kerana kekurangan tenaga.
"Aku... Aku sangat lemah... Aku tak dapat lindungi Waloxes langsung... Aku memang tak berguna! Kalau camni... Tak ada gunanya aku terus hidup! Baik aku mati je!" fikirnya dengan marah terhadap kelemahan dirinya.
Kata-katanya mengingatkannya kepada Aries dan rakan-rakannya yang sedang menunggu di Antonia. Dia tersedar bahawa mereka masih hidup dan memikirkan janjinya terhadap lelaki tua itu.
"Ini... Sebahagian dari ujian tu ke...?" fikrinya lalu perlahan-lahan bangun. Dia mengerang setelah menggerakkan bahu kirinya yang digigit dan tangan kirinya tidak dapat digerakkan. Dia menekan kecederaan bahu kirinya dengan tangan kanan untuk mengelakkan darahnya mengalir dengan lebih banyak.
Kemudian, dia memandang ke arah serigala-serigala yang membaham Waloxes.
"Jika benar aku mempunyai kuasa dalam tubuh aku, aku kena cari cara untuk menggunakannya." Fikirnya lalu memejam matanya.
Dia menumpukan perhatian terhadap kuasa dalam tubuhnya. Selama beberapa hari ini, dia tahu ada sesuatu yang tertanam dalam tubuhnya tetapi tidak dapat mencapainya. Auranya sangat kuat tetapi sentiasa lari daripada pencapaiannya. Kali ini, dia mesti mendapatkannya. Kairi membayangkan dirinya berada di dalam sebuah tempat yang gelap. Hanya satu cahaya sahaja yang terapung-apung dan bergerak dalam tempat itu.
Dia berlari ke arah cahaya itu tetapi cahaya itu tidak duduk setempat dan beredar jauh apabila Kairi mendekatinya. Kairi tidak mengalah dan mengejarnya. Jika ini adalah kuasanya, dia perlu membuatkan cahaya itu mengikut kemahuannya. Mata merahnya bertukar hijau dan peningkatan tenaga dan lariannya semakin meningkat sehingga dia cuma beberapa meter sahaja daripada cahaya tersebut.
"Aku takkan mengaku kalah! Aku perlukan kamu untuk bantu aku dan rakan-rakan aku! Jika kamu adalah kuasa aku, aku akan jadi tuan kamu! Aku tak mahu jadi lemah lagi! Aku tak mahu kehilangan sesiapa lagi! Ah!!" Semasa jaraknya dengan cahaya itu tidak lagi jauh, Kairi melompat ke cahaya itu lalu memeluknya.
Sekelilingnya yang gelap terus menjadi terang. Malah, pelbagai bentuk bintang muncul di sekelilingnya. Kairi mengenali bintang Aries dan rakan-rakannya serta bintang lain yang belum dijumpainya. Bintang Sagittarius menggeser badannya kepadanya lalu memberikan senyuman.
Kairi membuka matanya dan melihat gua yang menjadi tempat ujiannya. Matanya kekal hijau tetapi tubuhnya mengeluarkan aura putih dengan medan bintang yang mengelilingi tubuhnya. Kecederaannya sembuh sepenuhnya. Manakala kesemua serigala itu, mereka berdiri dengan posisi serangan kerana merasakan Kairi memberi ancaman kepada mereka. Dengan serentak mereka melompat dan membuka mulut mereka untuk mengigitnya. Kairi hanya melibaskan sekali tangannya dan semua serigala itu jatuh dan rebah ke tanah.
Dia tidak membunuh mereka seperti yang diingini bahagian perasaannya yang marah dengan apa yang dilakukan mereka kepada Waloxes dan dirinya. Hal ini disebabkan dia memahami kehidupan mereka yang juga perit berada di dalam gua itu. Sepertinya, mereka juga mahu hidup dan tubuh Waloxes menjadi mangsa seperti serigala-serigala yang mati sebelumnya. Kairi menidurkan mereka supaya mereka tidak mencederakan diri sendiri mahupun mencederakannya lagi.
Kemudian, dia berjalan ke baki tulang rangka Waloxes lalu dikutipnya satu persatu. Dia menghiraukan bau bangkai dan darah yang mengotorkan tangannya. Dia duduk lalu memeluk semua tulang tersebut. Sesuatu cahaya keluar dari tapak tangannya.
"Des Sa Olo Nas Ki Ei... Ruip Ne Ene Gamo Olo Masu Ou Yan Olo Usu Ei. (Wahai bintang yang menjadi hambaku... Kembalikan lah tubuh yang sempurna kepada orang yang dipilihku.)" sebut Kairi perlahan.
Dengan perlahan-lahan, tulang Waloxes bergabung semula. Malah, tulang-tulang yang ditelan serigala dalam gua itu, keluar dari tubuh mereka tanpa mencederakan mereka. Ia kembali menyatukan semua tulang rangka Waloxes. Setelah bergabung, daging dari tulang-tulang tersebut muncul dan mengembalikan bulu serta kesemua organ Waloxes yang hilang. Tubuh Waloxes kembali kepada sedia kala tanpa kecacatan seperti yang Kairi mahukan.
"Waloxes..." senyum Kairi sebelum pitam akibat tenaganya yang semakin berkurangan dan kuasa yang digunakannya.
Dia tidak sedar apa yang dilakukannya bukan setakat menyembuhkan Waloxes sebaliknya menghidupkannya semula. Mata Waloxes terkebil-kebil sebelum bangun dalam dakapan Kairi. Anak matanya terdapat kilauan warna emas.
"Kairi, kamu dah melepasi ujian ini. Mari kita lihat bagaimana kamu menghadapi latihan kamu pula nanti..." sengih Waloxes dengan suaranya yang mengeluarkan kata-kata buat pertama kali.
......................................................................................................................
Ok, itu sahaja update untuk hari ni semalam ;D
Thanz kepada smua yang mengikut cerita saya!
Jumpa esok pula XD (maybe... kalau line elok. heheh)

ANDA SEDANG MEMBACA
BLOODY FRIENDSHIP (BAHASA MELAYU) - BUKU 1 [COMPLETE]
FantasyKairi ataupun nama sebenarnya Equiterance Ordany telah kehilangan ingatannya. Rafiz yang menemuinya ingin membunuhnya kerana puak Kairi, Knight Seeyer, adalah dijangka akan memusnahkan kumpulannya, Bintang Kegelapan. Disebabkan itu, kumpulan Rafiz m...