BAB 75: JUJUR

1.8K 131 8
                                    

Seperti yang dicadangkan, Kairi, Aries dan Angelote berkumpul di hadapan rumah tumpangan sebelum pergi ke sambutan perayaan kampung itu.

"Oh... Korang berdua berkongsi bilik, ya? Nakalnya, walaupun tak nak ngaku korang berdua ni berpasangan," usik Angelote.

"Na-Nakal?! Mana ada lah! Kami tak buat apa-apa pun!" Balas Aries dengan wajah merah padam.

"Huh? Apa maksud dia?" Fikir Kairi yang tidak faham langsung. Dia juga hairan mengapa Aries segan dengan ayat Angelote itu.

"Kenapa kamu cakap kitorang nakal, Angelote? Apa yang kami buat?" Tanyanya kerana ingin tahu maksudnya.

Aries bertambah merah mendengarnya. "Kairi, jangan tanya! Kamu tak perlu tahu apa-apa! Angelote ni suka sangat mengusik aku."

"Haha! Kairi, kamu tak faham ke? Apa lah... Biar aku beritahu kamu." Angelote menarik Kairi dan membelakangkan tubuh mereka daripada Aries.

"Angelote!! Kamu diam sekarang juga!" Marah Aries tetapi terlambat apabila bisikan sesuatu daripada Angelote terus memerahkan wajah Kairi.

Kairi memandang Angelote dengan riak tidak percaya.

"A-Aku takkan bu-buat camtu p-pada Aries lah!! Aku bukan perogol!" Katanya dengan tergagap-gagap. Jantungnya berdegup terlebih laju setelah mendengar Angelote menuduhnya melakukan yang bukan-bukan kepada Aries. Malah, juga mencadangkan beberapa cadangan untuk mereka.

"Aku tak kata kamu perogol pun lah. Heh! Kasihan betul korang ni..." Ngeluh Angelote tetapi masih tersenyum sinis kerana dapat membuatkan kedua-duanya gugup. Dia sangat seronok mengusik mereka.

"Angelote, kamu tak guna!!" Aries membaling pasu yang berada berdekatannya ke kepala Angelote.

Angelote mengelak pasu itu dengan mudah.

"Dengar sini, Kairi. Perempuan kalau marah susah nak kawal tau. Apatah lagi, Aries. Kenapa kamu pilih dia?" Tanya Angelote tiba-tiba sambil mengelak barang lain yang dibaling Aries kepadanya.

Soalan itu menyentakkan Kairi. Dia mengerling kepada Aries yang tidak sedar soalan itu.

"A-Apa yang kamu katakan ni?" Kairi berpura-pura tidak faham.

"Jangan nak tipu aku, Kairi. Aku boleh baca air muka orang dengan senang. Kamu sukakan Aries, bukan?"

Kairi mengangkat keningnya. "Ya, aku sukakan dia sebagai rakan."

"Oh... Masih tipu lagi, ya?" Sengih Angelote. "Okey, tak pe. Biar aku tanya Aries apa perasan dia pada kamu pula." Dia bergerak kepada Aries dengan pantas tanpa sempat Kairi untuk menghalangnya.

"Aries, kamu sukakan Kairi sebagai kawan atau lebih daripada itu?" Pertanyaannya yang terus terang menghentikan Aries daripada menghentak kepalanya dengan sebuah kuali.

Wajah Aries bertukar merah lagi. Dia memandang Kairi yang melihat mereka lalu berasa keliru. Entah mengapa perasaannya kepada Kairi difikirkannya semula. Kairi pula berdebar-debar untuk mengetahui jawapannya.

"Ka-Kami tak de apa-apa pun lah, Angelote. Aku suka Kairi tetapi sebagai kawan je..." Aries memandang ke bawah dengan sedikit takut.

Dia tidak mahu melihat wajah Kairi yang berkemungkinan sedih dengan kata-katanya. Dia serba salah pula kerana dia masih tidak mengetahui perasaannya itu benar-benar lebih daripada seorang kawan. Disebabkan itu, dia mengambil keputusan untuk menganggap Kairi sebagai kawan sahaja sementara dia menyusun semula pemikiran kepada perasaannya yang sebenar.

BLOODY FRIENDSHIP (BAHASA MELAYU) - BUKU 1 [COMPLETE]Where stories live. Discover now