BAB 88: SENJATA YANG TIDAK DIPERLUKAN

1.9K 140 12
                                        

^^>>Dark Spincer<<^^

...................................................................................................................

Eridanus menyerang Dark Spincer dengan senjatanya yang berbentuk gelang. Sisi luar gelang tersebut mempunyai bilah tajam. Dengan mindanya dia mengawal pergerakan gelang yang terapung dengan sendiri. Bilangan gelang itu banyak dan bergerak laju ke arah Dark Spincer. Dark Spincer memunculkan senjatanya juga lalu menepis semua gelang tersebut. Dia melompat apabila terdapat gelang yang cuba memotong kakinya. Dia memusing senjatanya sebelum menghentak gelang yang datang ke arahnya ke arah Eridanus semula. Eridanus menghilangkan gelang yang menuju ke arahnya dan memunculkannya ke arah Dark Spincer. Dark Spincer mengelak serangan itu.

"Hei, kamu pasti kamu tak nak menyerah?" Tanya Cetus apabila Dark Howlan tidak dapat bergerak dalam kuasanya.

Dark Howlan memandangnya sambil menggeram marah. "Lepaskan aku, tak guna!"

Dark Spincer memandang ke arah mereka dan mengeluh. Dia telah tahu Dark Howlan tidak akan dapat menang dengan Cetus yang kuasanya boleh mengawal objek sekelilingnya. Kuasanya sedikit menakutkan tetapi Dark Spincer sedar kelemahan kuasa tersebut.

"Hei! Aku ialah lawan kamu!" Kata Eridanus dengan geram apabila Dark Spincer seperti tidak mengambil serius dengannya.

Dark Spincer tersenyum. "Ya, aku sedar, Eridanus. Tapi, kamu tak cukup kuat untuk mengalahkan aku dengan serangan ini sahaja," balasnya lalu berlari ke arah Eridanus sambil menepis senjata Eridanus kepadanya.

Eridanus pula yang tersenyum. "Aku dah lama tahu... Sebab itu, aku ada serangan ini!"

Dark Spincer tersentak apabila senjata Eridanus muncul dari bawah bumbung yang dipijaknya lalu dia melompat untuk mengelak tetapi sebahagian tubuhnya tercedera dengan serangan mengejut tersebut. Serangan pantas yang menuju kepadanya pula menyebabkan dia merebahkan tubuhnya ke belakang dan menggunakan tangannya untuk melonjaknya melompat terbalik ke belakang. Dia melihat Eridanus memegang dua senjata berbentuk separa bulat. Ia seperti gelang Eridanus telah terbelah dua dan saiznya lebih besar daripada saiz gelang tangan. Kini, ia sebesar tangan Eridanus dan Eridanus menggunakannya untuk melibas ke arah Dark Spincer sambil gelang-gelang kecilnya menyerang juga.

Manakala, Dark Howlan dan Cetus pula merenung satu sama lain.

"Cetus!"

Cetus menoleh kepada orang yang memanggilnya.

"Korang lambat. Aku dapat tangkap Dark Howlan," beritahu Cetus.

"Oh..." Dark Hartina, Rafiz dan Kironinx memandang Dark Howlan yang kaku dalam keadaan sedang duduk.

"Lepaskan aku!" Jerit Dark Howlan dengan marah.

"Erm... Bagus, Cetus," kata Kironinx sambil mengangguk kepada Cetus.

Cetus membalas dengan sengihan. "Tapi, Eridanus macam dalam masalah. Dark Spincer sangat kuat dan dia juga mengelak kuasa aku bila aku cuba nak menangkapnya. Dia seperti tahu camna kuasa aku berfungsi. Masalah tu. Kalau korang boleh ambil perhatian dia untuk beberapa saat, mungkin aku boleh hentikan dia."

"Serahkan pada kami," kata Dark Hartina lalu dia dan Rafiz memunculkan senjata mereka.

Rafiz beredar untuk menolong Eridanus yang kini terlutut disebabkan menahan senjata Dark Spincer dengan senjatanya. Dark Hartina menghalakan anak panah ke arah Dark Spincer dan melepaskannya. Dark Spincer yang sedar serangannya itu menendang Eridanus sebelum memusnahkan anak panahnya dengan memotongnya. Kemudian, dia menahan serangan pedang Rafiz yang menyerangnya.

BLOODY FRIENDSHIP (BAHASA MELAYU) - BUKU 1 [COMPLETE]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang