BAB 33: PANGGILAN DAN BERMULANYA LATIHAN

2.1K 141 13
                                    

^^>>Dark Reammut<<^^

.......................................................................................................................

"Kairi, kamu ada di dalam?" panggil Aries dari bawah tangga menuju ke bilik Kairi.

"Ya!" balas Kairi dan menoleh ke tangga sehingga Aries muncul daripadanya.

"Maaf menganggu, Kairi..." ucap Aries.

"Huh? Eh, tak pe lah..." Kairi tersenyum. Dia terpandang gelang di tangannya. "Hei, Aries..."

"Ya?"

"Gelang ni tak boleh ditanggalkan..." beritahu Kairi sambil menunjukkan gelang di pergelangan kirinya.

"Gelang?" Aries berasa pelik. Dia memandang pergelangan kiri Kairi.

"Kairi, kamu tak pakai apa-apa gelang pun kat tangan kamu..." beritahunya.

"Eh, kamu tak nampakkah gelang ni?!" Kairi terkejut mendengarnya.

Aries menggeleng kepalanya sebagai jawapan.

"A-Apa? Aku je ke yang boleh lihat gelang ni? Apa sebenarnya gelang ni?" fikir Kairi dalam diam.

Aries yang membaca fikirannya berasa hairan kerana Kairi asyik memikirkan gelang di tangan kirinya. Malah, ingatan Kairi akan kejadian malam sebelumnya tidak boleh dilihatnya. Dia juga langsung tidak nampak gelang yang dikatakan Kairi.

"Kairi, jom keluar nak? Aku pasti kamu nak lihat seluruh tempat ni, bukan?" ajaknya.

"Eh, bolehkah?" Kairi tersentak dengan ajakan tersebut. Dia diarahkan Leo untuk berehat beberapa hari kerana tubuhnya masih lemah walaupun dia rasa bertenaga.

"Mestilah boleh! Peliklah kamu ni," gelak Aries lalu memegang tangan Kairi dan membawanya keluar dari bilik.

Mereka diikuti dua pengawal yang menjaga pintu hadapan bilik Kairi. Aries menunjukkan beberapa tempat dalam istana kepada Kairi dan kini mereka berjalan di tepi sebuah kolam besar dalam taman bunga istana. Kairi terberhenti langkahnya setelah tiba di sebuah kerusi batu. Dia merenungnya dan terasa dia pernah berada di situ kecuali dia tidak ingat.

"Kairi?" panggil Aries.

"Ah, ya!" balas Kairi lalu berjalan semula.

Mereka beredar ke bangunan askar dan pergi ke tempat askar-askar berlatih. Semua askar yang melihatnya, tunduk dengan hormat kepadanya. Semasa berada di tempat latihan askar, dia merasa perasaan yang sama dengan di tepi kolam tadi. Seperti seseorang atau sesuatu yang ingin dicarinya.

"Err... Aries..." panggilnya.

"Ya, Kairi?"

"Sebelum ni... Ada tak seseorang atau sesiapa bersama saya? Maksud saya dia sangat rapat dengan saya?"

Pertanyaan itu membuatkan Aries menunduk kepalanya ke bawah. Jika dia memberitahu Kairi tentang Rafiz, dia takut hati Kairi akan terluka. Disebabkan itu, dia mengambil keputusan untuk menyoroknya seperti yang dilakukan Agi.

"Takde pun, Kairi. Aku dan rakan-rakan kita je yang rapat dengan kamu selama ini..." balas Aries sambil memberikan senyuman palsu.

"Oh... Kalau camtu tak pe lah. Maaf tanya soalan yang mengarut. Aries, boleh kita kembali ke bilik. Saya rasa saya dah puas berjalan buat masa ni. Sedikit letih sebenarnya," sengih Kairi.

BLOODY FRIENDSHIP (BAHASA MELAYU) - BUKU 1 [COMPLETE]Where stories live. Discover now