"Annyeong hasaeyo. Kim Yoo Jung imnida," aku memperkenalkan diriku sambil memberi tundukan 90 darjah kemudian aku membetulkan duduk cermin mata besarku yang berwarna hitam itu. Senyuman ala-ala budak nerd aku lemparkan kepada mereka.
"Baiklah Yoo Jung. Kamu boleh ambil tempat di tempat kosong tu," Mr Song menunjukkan tempat duduk kosong tersebut.
Aku berjalan ke arah itu dengan mata mereka masih melekat padaku. Tak apa. Aku dah biasa. Tadi di dalam bilik guru pun guru-guru tak jemu dari memandang wajahku. Dalam hati aku tersenyum puas.
"Geez," kata seorang pelajar perempuan di sebelahku. Aku berpaling ke arahnya lalu mengoyakkan senyuman.
"Muka kau ni macam pernah tengoklah," gumamnya sambil mengecilkan matanya ke arahku. Wajahku memerah.
Sebenarnya aku menahan tawa kerana aku dah boleh agak apa yang diorang nak cakap.
"Do you know Park Soo Young by any chance?" tanya pelajar itu.
Aku menggeleng sambil menunjukkan muka blur seblur mungkin.
"Nogu?" soalku lagi.
"Aish.. Tak apalah," kata gadis itu lalu menghulurkan tangannya. "Nan Ye-Rim. But people call me Yeri," dia menghulurkan tangannya tanda mahu bersalam dan aku membalasnya lalu menunduk.
Sepanjang kelas berjalan, aku dapat menumpukan perhatian tetapi telingaku masih lagi tak dapat berhenti daripada menangkap bisikan dan bunyi vibrate phone. Aku tahu pasti sekarang ni sekolah Kyu Hyun heboh dengan 'hantu Joy' kembali. Tengok! Sampaikan nama dia pun korang ubah jadi Joy. Sekarang, aku nak berenjoy dengan korang pula. Just you wait!
YOU ARE READING
Nerd Vs ...
RandomKim Yoo Jung, sepupu kepada Park Soo Young, a.k.a Joy kembali ke Korea untuk menuntut bela atas kematian sepupunya itu. Laporan autopsi mengesahkan Joy hamil. Disebabkan itulah Yoo Jung berjanji untuk mencari keparat yang merosakkan Soo Young. Dia b...