"Yoo Junga, kaja," ajak D.O. Aku mengikutnya secara bergandingan. Sekarang waktu rehat dan aku diajak untuk lepak dengan diorang. Well, mana ada lepak sangat pun. Just rehat dengan diorang.
Kami mengambil tempat di tempat duduk biasa EXO. Aku tak makan, cuma minum susu je. Konon-konon tak ada selera nak makanlah.
"Kenapa tak makan?" tanya Xiumin. Bajet aku diet depan dioranglah tu! Hampeh punya orang!
"Tak ada selera," jawabku sambil menunduk dan memegang kotak susuku.
"Kenapa?" Chen pula tanya.
"Tengoklah leadaan sekarang," kataku sambil mataku di bawa ke sebelah kiri. Aku perasan semua geng EXO ikut memerhatikan keadaan sekeliling.
"Kau akan biasa nanti. Jadi tumpuan memang benda yang biasa untuk EXO. Nak-nak lagi bila kami dapat kawan baru. Jangan risaulah," kata Chen.
"Nae," jawabku sambil kepala ditundukkan.
Habis diorang makan, kami berjalan ke arah kelas pula. Waktu rehat- 30 minit dan diorang memang guna keseluruhan 30 minit tu dengan berehat. Makan sambil sembang. Macam-macam isu! Aku cuma dengar dan kadang-kadang gelak kecil untuk benda-benda yang lawak. Kami semua pergi ke lokar masing-masing untuk mengambil buku bagi peljaran seterusnya. Sebaik-baik je aku buka loker aku..
Badan aku sekarang ni dipenuhi tepung. Macam mana diorang boleh letakkan tepung dekat dalam loker aku? Well, mang aku tunggu saat-saat macam ni pun. Aku guna kombinasi tiga nombor pertama tarikh kelahiranku. Dan, apa yang akan jadi sebentar nanti, adalah perkara yang aku tak jangkakan. Ingatkan masa aku buat plan ni, aku akan masuk kelas dengan sisa tepung tapi nampaknya things has changed.
"Junggie," panggil D.O lalu melapkan mukaku dengan sapu tangannya. Chanyeol mendekatiku juga. Loker EXO ynag lain jauh dari loker kami tapi mereka masih berada di tempat kejadian jadi kelapan-lapan mereka mendekatiku.
"Jom naik bumbung," ajak D.O. Aku cuma menurut dan mereka yang lain mengekor. Yang ni aku takut sikit. Aku seorang perempuan, diekori lapan lelaki dan kami di tempat yang sunyi. Kau rasa?
"Meh aku bersihkan kot kau," pinta Chanyeol.
"Tak apa, saya boleh buat sendiri," kataku sambil mengambus-ngambus sisa tepung di kotku.
"Tak apa. Kitakan kawan," kata Chanyeol dan dia masih menghulurkan tangannya, signal minta bajuku. Aku cuma patuh manakala D.O membersihkan rambutku. Aku pula membuang kesan tepung di muka.
"Macam mana diorahg boleh buka loker kau, eh?" soal Kai pelik.
"Tsk.. apa password loker kau?" tanya Lay pula.
"138" jawabku.
"Nombor apa tu?" tanya Kai lagi.
"Er.." belum sempat aku jawab, Baekhyun mencelah.
"Jangan cakap tu birthday kau."
"Er.. sebenarnya.." aku mengangguk.
"Yah, mana ada orang pakai birhtday date jadi password zaman ni!" jerit kelapan-lapan lelaki tersebut. Tak serentak dan nada tak sama tapi telinga aku boleh tangkap dengan jelas ayat D.O yang duduk di sebelahku.
"Mianhae tapi saya tak boleh dikirkan nombor lain selain nombor tu," kataku.
"Adoi, budak ni! Nak kata kata bodoh, pandai.. nak kata pandai, macam tak juga! Haish!!" marah Baekhyun.
"Nanti kau tukar password," D.O memperingatkanku.
"Erm.. tapi nak bubuh password apa?" tanyaku.
"Nanti aku fikirkan. Dah, jom masuk kelas," ajaknya. Kami bersembilan melangkah masuk ke kelas. Kami berpisah di setiap kelas yang kami duduki dan sebelum berpisah dengan Baekhyun dan Sehun, kami bertiga masuk ke kelas kami dulu. Langkah masuk je, Chanyeol tarik tanganku.
"Ni, aku nak bagi amaran kat korang. Siapa je yang kacau Yoo Jung lepas ni, tahulah nasib korang," umumnya. Kemudian dia melepaskan lenganku dan aku mengambil tempatku.
"Apa dah jadi?" soal Yeri.
"Ada orang pecah masuk loker saya. Dia letak tepung dan saya mandi tepung tadi," kataku sbil tersengih. Eunji baru masuk kelas.
"Yoo Junga, gwaechanha? Aku nampak tepung penuh gila depan loker kau. Apa yang jadi?"
tanyanya, concern. Dan aku ulang benda yang sama aku cakap dekat Yeri tadi.
"Oh, by the way! Cikgu Song tak masuk kelas ke ni? Dah 20 minit selepas waktu rehat dah," kataku.
"Haah. Cikgu Song ada emergency tadi masa rehat. Personal kalau tak salah aku jadi kelas kita tak ada cikgu untuk dua period ni," kata Eunji. Aku terangguk-angguk lalu membuka buku yang berkaitan dengan pelajaran Cikgu Song dan mula belajar sendiri. Yeri, macam biasa pergi dekat kumpulan dia dekat belakang manakala Eunji lebih selesa buat revision Mathematics. Nak dipendekkan cerita, kami buat kerja kami masing-masing dan waktu tu, tak ada sesiapalah yang ndatang kacau aku.
ANDA SEDANG MEMBACA
Nerd Vs ...
RandomKim Yoo Jung, sepupu kepada Park Soo Young, a.k.a Joy kembali ke Korea untuk menuntut bela atas kematian sepupunya itu. Laporan autopsi mengesahkan Joy hamil. Disebabkan itulah Yoo Jung berjanji untuk mencari keparat yang merosakkan Soo Young. Dia b...
