Jin's POV
Aku perasan D.O ni asyik pandang Yoo Jung dengan ekspresi yang sangat sedih. Bila difikirkan balik, D.O adalah orang yang paling ambil berat pasal Yoo Jung. Tapi, lepas balik dari pertandingan tu, kenapa dia nampak macam lebih biarkan Yoo Jung dengan Chanyeol? Ke aku salah faham sebab, yalah.. baru balik hari ni,kan dia ni dari Busan? Apa-apa pun, aku tak nampak dia meluru dekat Yoo Jung tadi. At first, aku ingat dia dah tangkap cintan dengan Yoo Jung. Tapi, kalau dia nak permainkan Yoo Jung sama macam kawan-kawan dia mainkan Soo Young, aku takkan izinkan.
"Sekarang, kau cakap balik, kenapa kau kata macam tu dekat Yeol tadi," kata Sehun sambil memeluk tubuh.
Aku dengan EXO berkawan lama tapi tak rapatlah. Setakat sekarang ni, kami masih tak ada konflik lagi.. Dan aku tak nak ada sebarang konflik dalam persahabatan kami.
"Mianhae," kataku.
"Aku pun nak dengar dari mulut kau kenapa kau cakap macam tu," kata Chanyeol.
"Hyung," Jungkook memegang bahuku. Aku tahu, dari pandangan matanya, dia minta aku cakap je, tak payah nak simpan-simpan. Sebab Yeol ni boleh tahan baran juga.
Aku mengeluh. "Kau ingat tak apa yang kau dah buat dekat Joy? Kau sedar tak kau dah malukan dia malam tu?" soalku. Chanyeol hanya merenungku. Aku menarik nafas lagi. Aku rasa sebak.
"Kau tahu tak Joy sangat-sangat sayangkan kau dan anggap kau adalah orang yang paling penting dalam hidup dia?" Chanyeol masih berdiam diri. Aku mengumpul tenaga untuk menyedarkannya.
"Tak pernah ke sekalipun terlintas dalam fikiran kau Joy dianiaya? Bukan merelakan? Joy lemah. Kau ingat dia mampu ke lindungi diri dari kekuatan orang lain? Tambah-tambah lagi lepas kau kecewakan hati dia?" Aku menyambung 'tazkirahku' kepada Park Chanyeol.
"Kenapalah kau dengan mudahnya percayakan rumours Joy murahan?" soalku tidak percaya.
"Just one person, and that person is you. Kau tak terfikir ke yang selama ni Joy bertahan seba adanya kau. Tapi bila kau pun pertikaikan diri dia, kau ingat dia mampu tahan ke semua tu? Aku perasan. Aku selalu perhati. Dan hari terakhir Joy hidup adalah hari kau noktahkan kepercayaan kau kat dia. Jadi bagi aku, kau orang yang rosakkan Joy. Bukan aku nak kata kau yang rogol Joy, tapi kau, hakikatnya, penyebab Joy pilih jalan yang salah," kataku. Chanyeol menumbuk dinding tanda geram dan dia blah.
"Kau stalk Joy. Aku macam nak je percaya kau yang rogol Joy," Kai mempertahankan kawannya.
"Sebab aku cintakan dia. Dan aku nampak Yeol pun macam sukakan dia. In fact, Yeol dah banyak berubah kalau nak dibandingkan sebelum Joy datang. Jadi aku ingat Yeol tulus dekat Joy. Sebab tu aku mengalah," kataku. Mereka semua nyata terkejut.
"Tapi dia tak pernah perasan kehadiran aku."
Kalaupun bapa baby Joy tak nak mengaku anaknya, aku sanggup menapak ke depan dulu untuk hulurkan tangan kepada Joy. Malangnya, masa tu, masa rumours tu tersebar, aku dekat Pulau Jeju, untuk pertandingan tenis peringkat kebangsaan.
D.O meninggalkan kami. I thought dia nak tunggu Yoo Jung sedar.
"Ni buat apa dekat bilik ramai-ramai ni? Yang sakitnya sorang, kenapa berganda bilangan ni? Tak masuk kelas ke?" Pitching Cikgu Baek, guru disiplin kedua meninggi. Kami yang sedia maklum dengan kegarangannya cepat-cepat masuk ke dalam kelas. Memang salah kami pun. Sepatutnya kami tinggalkan Yoo Jung tapi disebabkan diorang paksa aku confess tadi, maka sakit kura ada sampai 11 orang.
*****
Yoo Jung's POV
Aku sedar dari pengsan. Kepalaku masih sakit lagi.
YOU ARE READING
Nerd Vs ...
RandomKim Yoo Jung, sepupu kepada Park Soo Young, a.k.a Joy kembali ke Korea untuk menuntut bela atas kematian sepupunya itu. Laporan autopsi mengesahkan Joy hamil. Disebabkan itulah Yoo Jung berjanji untuk mencari keparat yang merosakkan Soo Young. Dia b...