Bab 3

549 38 1
                                    

"Yah! Aku nak cakap dengan kau," kata seoramg perempuan sebaik sahaja menarik buku tulisku. Aku melangut ke arahnya. Eunji rupanya.
"Kenapa?" soalku blur.
"Kau ada kelab tak lagi?" tanyanya dalam nada malas-nak-cakap-dengan-kau. Aku menggeleng.
"Geez, apalah nasib aku," dia menggumam tapi aku masih boleh dengar. "Kau masuk kelab aku. Kelab tarian," katanya marah-marah.
"Tapi saya mana pandai menari," kataku perlahan.
"Geez! Ara! Ara! Tapi kelab lain semua dah penuh. Tinggal kelab aku je sebab.."
"Masuk jelah. Menari je pun," potong seorang lelaki.
"Channyeol," gumamnya.
"Tapi saya betul-betul tak pandai menari. Macam mana kalau saya tergeliat kaki ke, patah pinggang ke.."
"Kalau ikut step yang betul tak ada nak patah bagai punyalah, katanya sambil matanya menikam mataku.
"Dae," jawabku lemah.
"Ulang sekali lagi," kini Channyeol menyoalku sambil mendongakkan kepalaku dengan mengangkat wajahku. Keningnya terangkat sambil memandang ke arahku. Senyumannya diukir menyenget. Aku melarikan pandangan mataku darinya.
"Saya masuk kelab tarian," jawabku patuh. Dia kemudian tergelak kecil. Eunji pula mendengus lalu meletakkan bukuku kembali dan menyertai rakan-rakannya yang lain. Channyeol pun berbuat hal yang sama. Kalau dia Channyeol, yang mamat emo tadi siapa? getus hatiku, hairan. Aku menyambung kembali kerjaku yang tergendala namun tak sampai setengah aku terpaksa menghentikan aktivitku kerana kali ni Yeri pula kacau aku. Bersama-samanya ada Wendy, Irene dan Seulgi. Aku cuma ingat nama panggilan je sebab diorang perkenalkan nama panggilan ke kat aku tadi.
"Diorang cakap apa tadi kat kau?" tanya Yeri.
"Diorang suruh saya masuk kelab tarian," jawabku sambil menundukkan muka.
"Aish! Tak payah formal sangat bahasa tu. Just buat je macam kita dah lama kenal," kata Wendy sambil memetik jarinya.
"Tapi, tak biadab ke saya kalau buat macam tu?" soalku.
"Yah! Kitakan sebaya. Lagipun muka kau macam.."
"Yoo Jung-ah, cakap biasa-biasa je dengan kami," potong Irene. Aku pelik. Kenapa budak-budak dalam kelas ni asal nak sebut nama Soo Young je mesti diorang potong. Takkan semua budak dalam kelas ni buli Soo Young dulu?
"Yoo Jung-ah," panggil ketua kelasku, Kim Tae Hyung atau entah sebab apa dan macam mana nama panggilan dia V. Aku mendongak ke arahnya. "Semua orang ada tugas dalam kelas dan kelas ni diuruskan mengikut jadual kelas. Walaupun kau pelajar baru, kau kena dapat tugas juga. So, for your first task and every Thursday, kau kena cuci papan hitam. So, kalau tak ada apa-apa, pergi buat sekarang," kata V. Aku patuh dan segera pergi ke depan lalu mencuci papan hitam.
Ketika aku sibuk mencuci, telingaku sempat menangkap bunyi-bunyi ketawa perlahan di belakangku. Apa yang diorang gelakkan ni? Dan entah kenapa aku rasa macam diorang gelakkan aku. Panas baran aku mula nak meningkat. Dahla papan ni tinggi. Yang cikgu pun tulis tinggi-tinggi kenapa? Tapi demi Soo Young, aku takkan mengalah. Aku takkan berhenti selagibaku tak tahu siapa yang buntingkan sepupu aku. Aku juga takkan berhenti selagi diorang tak pergi jenguk Soo Young dan berhenti gunakan nama Joy. Aku takkan berhenti selagi diorang tak mengaku keasalahan diorang. Dan masa tulah lelaki emo tadi datang dari belakangku dan menarik pemadam papan hitam. Aku berkalih ke arahmya. Rapat gila jarak aku dengan dia! Kalau ada antara kami yang bergerak ke depan sikit, mesti kepalaku terhantuk dadanya. Dia tinggi dari aku.
"Pergi balik tempat kau," katanya dingin tetapi matanya memaknakan sesuatu. Aku tak dapat membaca maksud matanya. Menyedari watakku sekarang tak sepatutnya macam ni, aku segera menundukkan kepala. Aku menurunkan kakiku sebab taj ada ruang untukku menunduk dan segera pergi ke tempatku. Dia meneruskan kerja-kerja memadamnya.
*****
D.O's POV
Aku perhati budak baru tu. Mukanya yang ada iras-iras Joy. Masa mula-mula tengok tadi aku musykil, betul ke Joy dah mati? Tak ada seorang pun antara kami yang pergi ke majlis pengebumian Joy. Kami cuma dapat berita yang Joy mati dari cikgu kelas kami, En. Song Joong Ki. Kalau bukan sebab dia bagitahu mesti kami takkan tahu yang Joy dah tak ada. Mungkin kami akan sangkakan dia tak hadir sebab malu. Well, berita dia mengandung tersebar satu sekolah kut. Jadi kami fikir kalau bukan sebab dia tak datang sekolah, dia pindah. Langsung tak terlintas dalam fikiran kami Joy akan bunuh diri.
Budak baru tu pergi cuci papan hitam. Dalam suku daripada blackboard tu dia cuci, telefon pintarku bergetar, menandakan ada mesej dari aplikasi LINE masuk.
Our future dancer, nice body proportion
Beberapa pelajar lelaki ketawa. Tak terkecuali pelajar perempuan. Hatiku berapi. Untuk tak timbulkan apa-apa salah faham antara kami, aku menapak ke ke depan. Dia pun aku tengok dah terjengket-jemgket sebab tak sampai nak cuci bahagian atas. Aku pun membantunya. Aku melindungi bahagian belakang badannya supaya mereka berhenti menangkap gambarnya dari belakang. Nampak lekuk tubuh kut! Lepas tu buat 'lawak' porno. Pantang betul aku dengan perangai diorang yang satu ni. Aku merampas pemadam papan hitam dari tangannya dan dia berkalih ke arahku. Sikit je lagi tubuh kamu nak bersatu. Kalau salah seorang dari kami bergerak, memang melekatlah badan kami.
"Pergi balik tempat kau," kataku. Aku cuba mendinginkan suaraku dan harap-harap menjadi. Dia merendahkan lututnya lalu bergerak. Aku menahan tawa. Biar betul budak ni. Asalkan boleh tunjuk tanda hormat kau buat je. Aku menyambung kerjaku.
"V, masukkan dia dalam group," arahku. V meminta nombor telefonnya dan sebaik sahaja V habis taip, nombor ahli baru muncul di skrin.
"Kau buat apa tadi?" soal Channyeol. Matanya menunjukkan dia marah.
"Buat apa yang kau nampak. Benda kecil jelah. Tak payah nak kecoh," bisikku semula. Channyeol mengetap gigi. Aku pula menjelingnya lalu menghela nafas berat. Betul ke tindakan aku tadi? getus hatiku.

Nerd Vs ...Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang