"Kau okey?" tanya D.O. Aku hanya mengangguk. Yang pasti sampai sekarang aku trauma.
"Yoo Jung-a," panggilnya tapi aku memotong segera. Ada satu perkara bermain-main dalam fikiranku.
"Soo Young. Diorang pernah buat macam ni juga ke dekat dia?" tanyaku. Soo Young tak pernah catat benda ni dalam diari dia jadi aku tak jangka budak 18 tahun boleh buat macam ni. Didikan apa yang diorang dapat ni?
"Siapa?" tanya D.O. Pelik kut aku tahu pasal Soo Young.
"Soo Young," jawabku pendek. Aku tak ada mood nak berlakon sekarang ni.
"Macam mana kau tahu pasal.."
"Diorang pernah buat macam ni juga ke dekat dia?" tanyaku lagi dan kali ni nadaku mendesak.
"Tak kut. Aku tak tahu," jawabnya.
"Macam mana awak tak tahu? Diorang cakap Joy kena buli sebab dia dekat dengan EXO. Dan sekarang saya terima nasib yang sama sebab malam tu," kataku sambil menangis semula. Yang ni aku nangis real sebab kalau betul Soo Young pernah terima nasib macam ni, aku adalah sepupu yang teruk sebab tak ada untuk dengar cerita Soo Young. Dan lakonanku kini, bersopan dengan orang lain bersambung sebab cepat-cepat aku tersedar yang misiku di sini adalah untuk cari perogol Soo Young. Just one person, just one person knows who I am, I'll die and this will end immediately which is I don't want it to happen.
"Jadi kau nak aku buat apa?" soal D.O. Alamak, mulut aku dah terlanjur! Tapi, kalau aku pujuk hati dia, tak lancarlah cerita.
"Just stay away from me. Saya cuma nak miliki hidup yang aman, berkawan, kumpul kenamgan manis di sekolah.. yang tu je yang saya perlukan untuk kenangan remaja saya. Tapi kalau benda macam tadi happen again, macam mana saya nak berdepan dengan dunia? Dekat mana-mana mesti orang mengata saya," ucapku. Linangan air mata tak henti-henti turun. Macam waterfall.
"Kim Yoo Jung-a," panggil D.O dan menghadapkan tubuhku dengannya. Kepalaku diangkat dan dia menghapuskan air mataku.
"I won't let you go," katanya perlahan. Aku menurunkan tangannya.
"Awak tak faham, D.O. Perkara tadi betul-betul menakutkan saya. Saya juga dah diberi amaran jangan rapat dengan EXO. Saya akan turutkan," kataku seraya meninggalkannya. Tiba-tiba tubuhku dipeluk dari belakang. Aku terkejut.
"D.O-yah, lepaskan saya. Saya tak selesa," kataku sambil menolak D.O ke belakang.
"Kau just perlukan kawan, kan?" soalnya sambil menikam mataku rapat. Aku mengangguk.
"Kalau macam tu, kawan dengan kami. Kawan dengan EXO. Kami berlapan akan lindungi kau," D.O mula menabur janji manis. I see.
"Tapi, nak ke awak semua kawan dengan saya? Sayakan nerd," kataku.
"That doesn't matter. Yang penting kau tak hipokrit dan jadi diri sendiri. Hati kau tulus," pujuk D.O. Hati Soo Young lagi tulus dari aku tapi apa balasan korang?
"Tapi saya tetap takut. Macam mana kalau saya diapa-apakan lagi?" ulangku, mengingatkannya kepada peristiwa yang hampir meragut maruahku sebagai gadis sunti.
"Kami akan lindungi kau," jawab D.O. "Kau dengar tak? Kami akan lindungi kau," ulangnya seolah-olah memberi keyakinan. Memang aku bertambah yakin pun. Bertambah yakin yang semua ni akan berakhir tak lama lagi.
*****
"Yoo Jung-a," panggil seseorang. Aku tak kenal suara tu jadi aku ambil keputusan untuk tetap kalih ke belakang. Dan aku perasan ramai orang usha padat dekat aku. Habislah aku.. Sekumpulan lelaki menghampiriku. EXO? Sekarang kehairanan aku terjawab. Sahihlah ramai orang panas dengan aku. EXO dear!
"Chen," lelaki itu tersenyum sambil menghulurkan tangannya. Aku mengoyakkan senyuman nipis sambil menunduk.
"Annyeong," ucapku. Chen tergelak kecil lalu menarik tanganku untuk bersalam dengannya. Kemudian, sorang-sorang perkenalkan diri mereka. Yang aku tahu, Chen, Baekhyun, Xiumin, Kai, Sehun dan Lay. Diorang ni kelas lain dan budak kelas aku semestinya Chanyeol dan D.O.
"Mulai sekarang, you just have to stick with us," kata Chen. Aku buat blur. Tapi kemudian aku cuma mengangguk. Kami masuk ke kelas dan sekali lagi semua memandang ke arahku. Mereka berbisik-bisik.
"Wei, mulai sekarang aku tak nak korang kacau Yoo Jung. Dia dengan rasminya jadi kawan aku. Korang touch dia, siaplah," ugut Chanyeol.
"Yah, Chanyeol-i, lagi sekali?" ejek V. Apa maksud dia lagi sekali? Otak aku segera mencerna apa yang dia nak cakap tapi dia terdiam bila aku perasan Chanyeol usha padat dekat dia. Apa maksud kata-kata dia tadi dan apa maksud renungan Chanyeol? Tapi, untuk mengelak daripada aku disyak, aku cuma diam je. Aku kemudiannya pergi mengambil tempatku. Yeri mendekatkan tubuhnya ke arahku.
"Tsk.. kau ni memang berani," kata Yeri.
"Kenapa?" tanyaku. Belum sempat Yeri menjawab, Chanyeol datang ke mejaku.
"Yoo Jung-a, tolong buat kimia ni kat aku," pintanya sambil menikam ke arah Yeri dengan matanya.
"Dae," aku menurut. Kemudian aku mengeluarkan bukuku lalu aku menyalin jawapanku ke dalam bukunya. Selama aku menyalin jawapan tersebut, dia duduk sebelahku sambil matanya, aku perasan tikam Yeri. I smell something fishy here. Aku terpaksa buat bodoh. Eunji mesti tahu hal ni. Eunjikan budak lama?
"Yoo Jung-a, anjak ke depan sikit. Aku nak pergi toilet," pinta Yeri. Aku bangun lalu menganjakkan kerusiku ke depan. Selepas tubuh Yeri menghilang di sebalik pintu, Chanyeol turut bangun.
"Chanyeol ssi, tak siap lagi," panggilku.
"Nanti kau letak bawah meja aku," arah Chanyeol dan dia pun hilang di sebalik pintu. Aku tertanya-tanya. Ikutkan hati aku ni, nak je aku pergi ikut diorang sebab aku yakin Chanyeol follow Yeri. Tapi, benda yang nak disalin banyak lagi. Kalau aku tinggal sekarang dan follow diorang, mesti, paling kuranglah seorang daripada budak ni akan perasan dengan keanehanku. Lepas tu, diorang pun follow, lepas tu rahsia aku terbongkar. Benda pertama yang patut aku elakkan ialah terbongkarnya identitiku. Aku dah boleh bau bauan manis-manis kejayaan. Takkan aku perlu tergesa-gesa pula? Start dari sekaranglah aku kena hati-hati.
Tanpa dapat fokus apa yang aku tulis, aku teruskan kerja-kerja menyalin latihan kimia kelmarin. Nak tanya Eunji, Eunji pula tak datang. Tak apa, mungkin ada klu kot dalam diari Soo Young. Tapi, setahubaku, aku ingat semua catatannya. Tak apa, mungkin aku boleh reread.
A/N
Thanks for those who read and vote for me. Insya-ALLAH, saya akan cuba yang terbaik untuk menyajikan cerita yang lebih menarik, plot yang lebih chilling. Sedang berusaha ni.. dan, jangan segan-segan untuk tinggalkan komen.. kalau anda kritik, saya akan ambil enteng dengan improve-kan lagi jalan cerita saya. Dan kepada yang support saya untuk update cepat-cepat, insya-ALLAH saya akan cuba. I'll do my best.. ;)
YOU ARE READING
Nerd Vs ...
RandomKim Yoo Jung, sepupu kepada Park Soo Young, a.k.a Joy kembali ke Korea untuk menuntut bela atas kematian sepupunya itu. Laporan autopsi mengesahkan Joy hamil. Disebabkan itulah Yoo Jung berjanji untuk mencari keparat yang merosakkan Soo Young. Dia b...