Bab 17

406 25 0
                                    

"Jin ssi," panggilku. Jin yang sedang mengemas barangnya mengalihkan perhatian ke arahku.

"Tak payahlah formal," tegurnya. "Wae?" Dia menyambung soalannya.

"Saya dah jumpa tempat pendiangan Joy. Jom pergi," ajakku.

"Hah? Kau betul-betul pergi cari?" dia menyoal terkejut. Aku mengangguk.

"Kenapa?" soalku. Dia sebenarnya tak nak aku cari ke?

"Ingatkan kau main-main hari tu," katanya. Aku menggeleng.

"Saya takkan mungkir janji," kataku.

"Mungkir janji apa?" tegur Chanyeol dari belakang.

"Ah, adalah. Kau tak payah tahu. Rahsia kitorang je. Jom, Yoo Jung," Jin memotong sebelum aku menjawab dan segera menarik tanganku. Tapi, Chanyeol lebih tangkas tangannya. Kini tanganku terdepa kedua-dua arah.

"Janji apa? Cakaplah," pujuk Chanyeol. Kenapa dengan orang ni?

"Yoo Jung, awak dah janji tak nak cakap kat sesiapa pun, kan?" Jin seolah-olah memberi hint 'jangan bagitahu Yeol' dekat aku.

"Mianhea, Yeollie. Saya dah janji ni akan jadi rahsia saya dengan Jin. Saya tak boleh bagitahu awak. Mianhae," kataku seraya menarik tanganku. Chanyeol nampak terkejut.

"Kau side dia ka side aku?" soal Chanyeol yang nyata kecewa aku menyembunyikan sesuatu darinya.

"Awak janganlah cakap macam tu," mataku dah berair. Okey, even sekarang pun aku boleh berpura-pura lagi. Good job, Junggie.

"Yeol, kau ni overlah. Ni hal peribadi alu, sebab tu aku suruh Yoo Jung rahsiakan dari orang. Don't be silly," Jin menghentikan drama kami.

"Okey kalau macam tu. Pergilah," Yeol berkata selepas lama terdiam.

"Betul ni, Chanyeol? Awak percaya, kan saya side awak?" tanyaku.

"Dae, dae. Pergilah," katanya lalu berpusing ke belakang.

"Gomawo Chanyeollie," laungku. Jin tergelak kecil.

"Khaja," ajak Jin. Aku mengangguk dan bergandingan dengannya.

*****

"Wah, muka kami memang samalah," aku menunjuk ke arah gambar Soo Young yang tersenyum ceria. Jin hanya mendiamkan diri.

"Okey, saya tinggalkan awak berdua dulu. Saya ada kat luar kalau awak nak apa-apa," kataku. Tiada jawapan dari Jin dan aku cuna buat apa yang aku katakan kepadanya. Di sebalik dinding, aku mengintai Jin. Dia menangis?

"Soo Younga, mianhae. Saya baru dapat lawat awak sekarang," suaranya tersekat. Dia menangis lagi. Nampak macam sangat menyesal.

Younggie, nampaknya ada juga yang care pasal kau. Hati aku sedikit lega sekarang.

"Mianhae. Kalau saya berterus-terang dekat awak dari awal lagi.. kalau saya yang bercakap dengan awak dulu.. awak mesti tak payah lalui semua ni. Mianhae, Soo Younga," ucapnya lalu menghambirkan tangisnya lagi. Aku yang tengok kat sini pun dah nak berlinang air mata.

"Younggie, kalaulah saya boleh undur masa, dari hari pertama awak masuk sekolah ni lagi, saya akan datang dekat awak dan saya akan lindungi awak dari semua orang. Tapi semuanya dah terlambat. Saya dah terlambat dari awal lagi. Mianheata, Soo Younggie," Jin minta maaf lagi. Dia meraba cermin yang melindungi abu Soo Young. Dia membuka cermin dan menyentuh abu Soo Yoong. Air matanya terhambur lagi.

Soo Younga, sayangnya kau tak nampak Jin dulu.

Aku mengesat air mata yang berlinang.

*****

"Jinna, awak okey?" tanyaku. Kami berjalan bergandingan ke rumahku. Jin sendiri yang tawarkan diri untuk menghantarku.

Jin mengangguk. "Anyway, thanks sebab tolong cari Soo Young," ucapnya.

"Tak ada apa-apalah. Awak nampak macam care je pasal Soo Young. Korang berdua ada apa-apa ke?" gurauku.

"If only," gumam Jin perlahan.

"Nanti kita pergi lagi, eh? Kali ni saya bawa bunga untuk dia," tawarku. Jin cuma tersenyum. Dia lebih banyak mendiamkan diri. Suasana menjadi sepi selepas kami berdua terdiam.

Kami sampai ke rumahku. Sebelum aku membuka pagar, Jin sempat bersuara.

"Jangan bagitahu kat sesiapapun tau kita jumpa Joy tadi."

"Tapi kenapa?" soalku.

"Joy mesti takut kalau diorang datang dekat dia. Diorang mesti menyesal dulu dengan apa yang diorang dah buat dekat dia," kata Jin.

Jin..

"Janji?" Jin menghulurkan jari kelingkingnya. Tanpa berfikir dua saat, aku menyambut jarinya dengan jari kelingkingku.

"Dah, pergi masuk," katanya. Aku pun masuk ke dalam pagar dan sempat melambai ke arahnya.

Aku menekan pin rumahku. Belum sempat aku menekan nombor yang terakhir, ada seseorang dari belakang menekup mulutku. Bau ni something dan tiba-tiba je aku rasa tanganku terlalu lemah untuk melepaskan diriku dan apa yang berlaku lepas tu, semuanya di bawah memori tidak sedarku.

Nerd Vs ...Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang