Bab 10

454 29 6
                                    

D.O's POV

"So?" suara Xiumin mematikan tanganku yang sibuk mencari pakaian yang sesuai.

"Kau.. nak test budak tu ke?" sambung Xiumin, menerangkan lagi perkataan 'so' dua tadi tu.

"Ish, tak ada maknanyalah," kataku.

"Kalau macam tu, biar akulah try dia," kata Xiumin. Dia ni cabar aku ni.
"Kau jangan nak pandai-pandai kacau dia," aku memberi amaran.

"Come on, man. Kalau kau suka dia kau mengaku jelah," kata Xiumin menahan ketawa.

"Awal lagilah kalau aku nak suka dia pun," kataku sambil menyarungkan baju. Aku meninggalkan Xiumin yang dah tak ada modal nak cakap banyak-banyak.

*****

"Vacation sempena apa, cikgu?" soal Naeun.

"Ni sebenarnya lawatan sambil belajar jadi kamu tak perlu nak pelik sangat bila semua kelas kena pergi," terang Cikgu Yoo semula.

"Penempatan?" tanya Eunjung. Dia ni memang sejak masuk sekolah tinggi lagi dia cukup alah dengan penempatan yang bawah daripada 4 bintang.

"Untuk kamu semua, kami dah bahagikan kepada beberapa kumpulan. Dan kumpulan tu adalah untuk setiap kelas," kata Cikgu Yoo.

"Yoo Jung kami faham tak?" soal Cikgu Yoo. Aku berkalih ke arah Yoo Jung. Nampak gila muka blur dia. Aku tersengih dan begitu juga Chanyeol.

"Chusomida, tapi saya tak faham," jawab Yoo Jung, perlahan. Cikgu Yoo turut tergelak kecil. Muka budak ni comel gila, tak kiralah dalam keadaan apa sekalipun. Tambah-tambah bila dia blur.

"Macam ni. Untuk setiap kelas, ada dua chalet. Chalet yang besarlah, cukup untuk kamu semua tidur dengan selesa. Lelaki satu chalet dan perempuan satu chalet. Sekolah dah tempah lapan chalet jadi cikgu harap kamu semua selesa dan duduk baik-baik, ya? Kita akan pergi untuk tiga hari," terang Cikgu Yoo lagi.

"Dae," jawab Yoo Jung. Nampaknya kini dia faham dan aku rasa semua pelajar lebih faham sebab semua pelajar meng'ah'kan ayat Cikgu Yoo.

Yoo Jung's POV

"Kau pernah pergi vacation tak?" tanya Eunji.

"Dalam Korea tak pernah," gelengku. Aku pindah masa aku berumur 5 tahun. Dekat 13 tahun jugalah aku tak balik Korea. Dan kepulangan aku kali ni untuk masa yang singkat je. Tak pernah terfikir pun nak pergi melancong memandangkan kerinduanku pada eomma semakin membuak-buak hatta kami bersembang setiap malam.

"Nanti kau stick dengan aku, tau?" pesan Eunji dan kali ni aku benar-benar menghadiahkannya senyumanan ikhlas. Gigih betul jaga aku. Mungkin betul dia menyesal sebab tak lindungi Soo Young dulu. Hatiku tersentuh.

"Satu lagi. Jauhkan diri kau dari Exo," bisiknya.

"Kenapa? Saya betul-betul tak faham kenapa awak tak henti-henti suruh saya jauhkan diri dari Exo," kataku. Aku nak dengar sendiri dari mulutnya Exo tu macam mana. Eunji menghela nafas.

"Ingat lagi tak Joy yang pernah aku ceritakan dekat kau?" soalnya. Dah tentu-tentulah aku ingat. Aku mengangguk macam orang bodoh.

"Budak-budak kat sini bukannya buli Joy saja-saja. Selain daripada sifat dia yang lurus, budak-budak sini jealous sebab Chanyeol melayan dia," sbung Eunji.

"Oh.. okey, saya akan jauhkan diri dari Exo. Kalau saya tak rapat dengan diorang, jadi kawan-kawan kat sini akan terima sayalah?" soalku disertai dengan muka yang bersungguh-sungguh. Nak termuntah aku sebut 'kawan-kawan'.

Nerd Vs ...Where stories live. Discover now