Bab 4

549 32 0
                                    

Yoo Jung's POV
"Ikut aku," kata Eunji.
"Pergi mana?" soalku, blur. Eunji mengeluh.
"Yah! Hari ni Jumaat. Kita ada kelab," kata Eunji kemudian menjerit kecil. Aku perasan dalam ramai-ramai orang ni Eunjilah yang paling banyak mengeluh when it comes to talk to me. Siapa Eunji dalam hidup Soo Young sebelum ni? Dia yang paling banyak buat salah dekat Soo Young ke sampai-sampai dia takut untuk bercakap dengan aku?
"Yeah, maaf," kataku seraya membongkok.
"Aish! Jangan cakap formal dengan akulah. Cakap macam biasa dahlah. Kau ni dekat rumah cakap formal dengan mak ayah kau ke?" omel Eunji. Aku tersengih, menayangkan gigi putihku.
"Nanti, akan ada senior test kau boleh jadi penari utama ke tak. The seniors are called Nasty Nasty. Ada 3 orang yang memang paling senior yang orang panggil Nasty Nasty ni. Panggil diorang Kevin Oppa, Kyungri Unnie dengan Sojin Unnie. Tapi Sojin Unnie jarang ada sebab dia ada group dia sendiri dari kelas tarian. Yang tu kau jangan risau sangat. Kalau kau tak boleh buat apa yang diorang suruh, just cakap je kau tak boleh. Jangan ikutkan sangat diorang tu. Arasso?" soalnya. Aku mengangguk.
"Gommawo," ucapku. Eunji memandangku pelik.
"Kenapa?" soal Eunji.
"Sebab awak ambil berat pasal saya?" kataku.
"Bwo? Ambil berat?" dia tergelak kecil.
"Yah! Aku just tak nak kau jadi macam.." dia terhenti. Aku pula ternanti. "Aish! Lupakan je," kata Eunji sambil mengibaskan tangannya satu kali macam halau lalat. Aku terdiam. Kenapa dari tad tak ada seorang pun yang ungkit pasal Soo Young. Diorang tak rasa bersalah ke dengan apa yang diorang buat ni?
"Ni lagi satu aku nak ingatkan kau," kata Eunji sebelum kami masuk ke dalam studio tari.
"Kau jangan rapat sangat dengan Exo," pesannya.
"Exo?" soalku. Dia mengangguk.
"Oh, kau mana tahu benda ni!" dia menampar dahinya.
"Tak apalah. Yang penting sekarang jangan rapat sangat dengan D.O dengan Channyeol. Diorang tu bukannya otak betul sangat," katanya dalam nada marah. Okey, aku yang bijak pandai dah makin blur. Soo Young tak pernah mention pun pasal Exo dalam diarinya. Ke aku terlepas pandang? Sebut pasal diari baru aku teringat diari Soo Young yang satu lagi ada dekat D.O.
D.O atau nama sebenarnya Do Kyung Soo mamat emo kelmarin. Ditanya kepada Yeri kenapa D.O, Yeri jawab masa diorang masuk tahun pertama dulu ada tiga manusia nama Kyung Soo tapi nama keluarga lain. So, to be fair, ketiga-tiga Kyung Soo ni diberi nama samaran untuk memudahkan diorang panggil salah satu. Cikgu pun tahu pasal nama samaran ni sebab diorang buat macam ni pun kiranya memudahkan cikgu untuk point salah satu Kyung Soo. Dan cikgu makin mengenali nama D.O selepas mereka membentuk satu kumpulan yang terdiri daripada 12 orang. Malangnya, empat dari diorang berpindah ke negara lain dan ada je pindah negeri dan 12 tolak 4 tinggal 8. Walaupun cuma berlapan tapi taring diorang tu tetap tajam. Persembahan yang diorang buat bila-bila pun termasuklah on the spot semuanya tetap dashing. Senyuman setiap seorang ni memang akan jadi igauan setiap gadis yang pandang. Cair walaupun masa musim sejuk. Dan Soo Young pun mungkin tak terkecuali. Or should I not say maybe but it was!
Aku masuk ke dalam studio tari itu dan beberapa orang memandang ke arahku. Ada yang berbisik sesama mereka dan tak kurang ada yang tertawa perlahan.
"Kevin Oppa, nilah dia," Eunji memperkenalkanku kepada Kevin. Aku membongkok.
"Annyeong hasaeyo. Soo Young ibnida," kataku sambil tertunduk-tunduk memandangnya. Konon tak berani tengok matalah.
"Annyeong. Nan Kevin, ni Kyungri," Kevin memperkenalkan dirinya sambil mengoyakkan senyuman. Tapi senyuman dia ada makna. Aku melarikan pandanganku ke arah Kyungri lalu memberikan tunduk hormat. Kyungri berdiri dengan bantuan sebelah kaki manakala sebelah lagi kaki dirilekskan manakala tangnnya yang sebelah kanan memegang dagu manakala yang sebelah lagi menopang tangan kanannya. Dia tersenyum mengejek ke arahku. Aku cuma bagi senyuman ikhlas.
"Awak ada pengalaman menari tak?" tanya Kevin. Aku menggeleng sambil buat muka innocent.
Kevin mengoyakkan senyuman nipis.
"Tak apa. Kami boleh ajar. Awak bawa baju salin tak?" tanyanya. Aku menggeleng. Sebenarnya aku dah buat perancangan dah pun untuk umpan perogol tu keluar. Aku perlu cepat-cepat selesaikan hal ni. Tak betah aku dibuatnya maka aku mara setapak dari semalam.
"Takkan nak menari dengan baju sekolah? Kau pakai kot kut," kata Kyungri, sedikit marah.
"Tak apa, saya boleh tanggalkan kot ni kalau kot ni mengganggu." Aku pun buat macam yang aku kata. Baju sekolah yang mengikut badan menampakkan tubuhku yang seksi. Tapi masih lagi dalam term nerd, aku pakai singlet penuh berbelang.
"Tanggalkan baju sekolah tu," kata satu suara. Membulat mataku. Aku berpusing.
"Dae?" soalku, meminta dia mengulang semula arahannya.
"Kau pakai top, kan? Apa masalahnya kalau kau nak buang baju pun. Tu baju sekolah. Kau ingat ni tadika? Nak pakai baju sekolah belajar menari semua?" soal D.O.
"Nae," aku pun menurut dengan buat muka pure. Hello, boys. Aku ni dari Amerikalah. Berbikini pun aku tak kisahlah. Oops, melampau sudah. Top yang aku pakai tu tak melekat kat badan sangat so, lekuk tubuhku tak adalah nampak sangat. Semakin curious aku nak kenal dengan D.O ni.
"Yah, D.O! Apa kau buat ni?" soal Kevin tak puas hati.
"Buat apa yang patut," jawab D.O pendek dan menjeling Kevin. Ego Kevin tercalar. Aku boleh baca tu dari air mukanya.
"Okey semua. Get into group. Kita nak berlatih lagu knock knock," kata Kyungri.
"Unnie, saya macam mana?" tanyaku.
"Kau tengok dulu step diorang lepas tu kalau kau dah ingat sikit, aku ajar kau step penuh," katanya. Aku mengangguk. Aku tengok diorang ambil jaker dan kardigan. Aku tak tahu sangat gerak tari lagu ni sebab aku pun baru dua minggu je sampai Korea. Selama aku duduk Amerika aku tak tengok sangat MV Korea. So, macam yang dibilang tadi, aku pun berdiri sambil menyatukan pergelangan tanganku ke depan. Oh, ada part buka baju, patutlah diorang sarungkan kardigan atau jaket. Aku terfikir. Herm, kat sini aku boleh buat gaya seksi sikit. Agak-agak macam mana reaksi diorang nanti? The innocent-look devilly sexy? Oh, tak boleh! Aku mesti buat mistake masa kat sini sebab aku dah jumpa masa yang sesuai. Kalau ikut macam dalam diari Soo Young, benda ni akan berjalan lancar.
Dan semestinya selepas diorang habis buat dua tiga round, Kyungri tanya aku, aku boleh buat tak. Aku cuma buat step seminit awal je dan yang seterusnya aku lupa. Memang aku lupa pun. Ini tak main-main.
"Herm.. not bad. Bagus jugalah kau boleh ingat step seminit sebab ni first time kau. Balik nanti kau buka MV Nasty Nasty lepas tu kau follow je step dalam tu. Aku tengok kau ni cepat belajar," gumam Kyungri. Aku mengangguk.
"Dae," jawabku patuh sambil membongkok. Kelas selama dua jam diteruskan dan aku didedahkan dengan other steps dan boleh dikatakan hampir sempurna pembelajaran aku hari ni. Kyungri pesan minta aku tengok lagi video Nasty Nasty tu dan dia suruh aku compile balik semua tarian yang dia ajar aku mengikut arrangement lagu.

Nerd Vs ...Where stories live. Discover now