Huargh!!! Apasal tak dak D.O aku rasa kosong sangat ni??? Nak belajar pun tak ada mood. Dalam satu hari tu, aku jadi orang yang sangat diam. Macam badan aku je kat dalam bangunan sekolah ni tapi fikiran aku dekat mana entah!
"Yoo Junga, kaja," ajak Chanyeol. Aku menutup pintu loker selepas memyimpan buku. Bibirku koyakkan senyuman nipis dan aku berkata "kaja" kepada Chanyeol.
"Masam nampak," tegur Chanyeol.
"Eo?" soalku kembali.
"Hari ni kau nampak lain. Rindi D.O eh?" usiknya.
"Mana ada," aku buat-buat cover. Tapi kenapa hati aku macam tak ikhlas je sebut? Malah aku rasa malu diusik Chanyeol.
"Macam bohong je," usik Chanyeol lagi.
"Awak ni.." aku tampar bahunya lembut. Huhu.. akhirnya.. walapun tamparan lembut, at least aku boleh menampar juga! Chanyeol tergelak kecil. Apa yang seronok sangat?!
*****
"Oh, lepas habis sekolah, semua orang ikut aku!" ajak Kai. Aku termasuk ke?
"Pergi mana?" soal Xiumin.
"Adalah," Kai tersengih.
"Yoo Jung pun, jom," ajak Kai.
"Huh?" aku membulatkan mataku, tanda aku bertanya.
"Lepas habis sekolah ni, jangan balik terus. Kau ikut kitorang," ajak Lay pula. Aku mengangguk je tanda menurut. Kemudian kami meneruskan makan tapi aku cuma minum je, kononnya masih tak selesa bila aku dipandang orang. Memang pun, sejak aku diumumkan bf EXO, sampai sekarang, tak habis-habis orang pandang aku. Tak jemu ke?! Alih-alih aku yang kena tahan lapar.
*****
"Taemina!" jerit Sehun. Kai, best friend Taemin sejak kecil lagi. Bila Kai masuk group EXO, hubungan tu masih utuh dan Taemin pun dapat kawan berganda-ganda. Kedua belas- dua belas EXO semuanya dia kenal.
"How's your life in New York?" soal Baekhyun. New York? Amerika? Mati aku!
"Hurm.. biasa-biasa je. Perempuan pun.. tak kurang hebatnya.." jawab Taemin. Oh, playboy! Aku menundukkan kepalaku, seolah-olah takut dengan mamat ni. Akukan nerd! Pemikiran tentang dunia tak maju langsung.
"Yah, Lee Taemin, janganlah cakap macam tu sekarang. Ada orang ni!" tegur Chanyeol. Mereka semua tergelak.
"By the way, siapa si cantik ni?" tanya Taemin sambil merenung dan tersengih ke arahku.
"Yoo Jung ibnida," aku perkenalkan diri aku sendiri. Taemin masih lagi tersenyum gaya buaya. Lepas kami order makanan, tiba-tiba Chen bersuara.
"Suho, kat sini!" lambai Chen. Seorang lelaki datang ke arah kami. Gaya berjalan, dressing, I can tell he comes from a rich family.
"Sorry lambat," katanya lalu duduk di sebelahku memandangkan aku ambil tempat yang paling tepi. Mukanya dingin gila. Suho memesan makanan dan kami sambung menyembang. Tak lama lepas tu, makanan sampai dan kami menjamah makanan. Tapi, aku makan lambat-lambat sampat Chanyeol pun perasan. Dari hujung mataku, aku nampak dia tengok ke arah Taemin yang berada di depan kami.
"Yah, Lee Taemin, apasal kau usha dia?" soal Chanyeol. Mereka semua mengalihkan perhatian ke arah Taemin.
"Tsk.. muka kau macam pernah nampak," katanya. Ah, sudah! BALA!
"Mungkin kau pernah terserempak kat mana-mana kut. Dia pun dulu ni duduk kat Amerika," jawab Baekhyun.
"Geurae? Amerika kat mana?" soalnya. Berminat nampak.
YOU ARE READING
Nerd Vs ...
RandomKim Yoo Jung, sepupu kepada Park Soo Young, a.k.a Joy kembali ke Korea untuk menuntut bela atas kematian sepupunya itu. Laporan autopsi mengesahkan Joy hamil. Disebabkan itulah Yoo Jung berjanji untuk mencari keparat yang merosakkan Soo Young. Dia b...