"Yoo Junga, aku nak jumpa kau lepas kelas ni. Depan gate," kata Jin ketika kami bertembung di perpustakaan.
Mesti banyak yang dia nak cakap dengan aku. Ke, dia sedang kumpul ayat untuk tanya aku?
"Okey," aku bersetuju. Kali ni Eunji pula menghampiriku.
"Kita cakap kat luar library," ajak Eunji. Aku hanya menurut.
"Siapa kau sebenarnya dengan Joy? Kau cakap betul-betul," Eunji mendesak kebenaran dariku.
"Sepupu Joy," jawabku ringkas.
"Apa sebenarnya kau buat kat sini?"
"Easy. Cari perogol Soo Young."
"Then?"
"Then? Aku bongkarlah duduk perkara sebenar."
"Adoih, budak ni!! Kau tahu tak kau dah gali kubur sendiri? Masalahnya satu sekolah tahu apa yang D.O pernah buat. Chen takkan berdiam diri. Kau fikir tak semua ni sebelum kau buat?"
"Tahu. Tapi kalau aku ambil peduli dengan semua tu, macam mana nama Joy nak bersih? Dia tak buat salah. At least diorang tahu yang Soo Young bukan murahan," kataku menegakkan apa yang aku buat ni betul.
"Kim Yoo Jung," marah Eunji. Aku cuma memeluk tubuh dan pandang kosong ke arahnya.
"Haish," dia mengeluh. Kemudian, dia seperti teringatkan sesuatu.
"Kiranya kau tahulah mana kubur Joy sekarang?"
"Kami tak tanam. Joy disemadikan di pendiangan," jawabku. Sampai benda macam tu pun diorang tak tahu!
"Kalau macam tu, bawakan aku pergi sana," pinta Eunji perlahan.
"Okey. Tapi bukan hari ni. Aku ada hal lepas ni. Kalau kau tak sabar sangat nak jumpa Soo Young, minta Jin tunjukkan tempatnya. Jin tahu."
"Jin tahu?" Eunji seolah-olah sangat terkejut. Aku mengangguk.
"Ada apa-apa lagi tak sekarang? Rasanya kita patut balik kelas sekarang kut," kataku, mengingatkan Eunji yang kami ada kelas lepas ni. Dengan Eunji aku tak rasa dendam sangat sebab dari awal lagi aku nampak dia menyesal. Kami bergandingan masuk ke dalam kelas.
Tiba di kelas, mejaku dah hilang entah ke mana. Aku pandang menja D.O. Dia masih tak masuk kelas rasanya. Chanyeol pun tak ada dalam kelas. Sampai sebelum habis rehat aku tak nampak diorang dalam kelas. Pergi mana aku pun tak tahu. Malas nak ambil port.
"Yoo Junga, aku dah cakap," Eunji separuh berbisik.
"Eunji-a, kau pergi duduk tempat kau senyap-senyap. Tahulah aku nak uruskan macam mana," kataku. Aku pergi ke tempat V.
"Kau, pergi tempat D.O," arahku. Dulu aku pernah duduk tempat dia iaitu bersebelahan dengan V. V hanya memandang kosong ke arahku. Aku kisah apa dia suka ke tak.
"Apasal bukan kau je yang duduk tempat dia?" lawan CL.
"Rasa jijik. Puas?" Laju je aku ucapkan kata-kata itu.
"Yah, Kim Yoo Jung," seseorang nak tegur aku tapi segera aku cantas.
"Kalau kau tak puas hati, pergilah ambil meja aku balik. Siapa yang buat tu pandai-pandailah bertanggungjawab. Jangan tahu jadi anjing EXO je. Tanggungjawab- takut."
"Haish, budak ni," aku pandang dalam-dalam ke arah Jae Ha. Menikus budak tu bila kena tenung dengan aku. Kawan aku, Mary pernah cakap, pandangan aku membunuh. Jadi aku guna 'pandangan membunuh' aku sekarang.
"Ubah," arahku kepada CL. Nada aku rendah tapi sangat tajam, tanda aku memberi amaran. mahu tak mahu, CL menurut.
Masa tu, Chanyeol pula masuk kelas. Tajam matanya menghala ke arahku. Aku merenung matanya balik. Yang lain cuma jadi penonton dan pendengar.
YOU ARE READING
Nerd Vs ...
RandomKim Yoo Jung, sepupu kepada Park Soo Young, a.k.a Joy kembali ke Korea untuk menuntut bela atas kematian sepupunya itu. Laporan autopsi mengesahkan Joy hamil. Disebabkan itulah Yoo Jung berjanji untuk mencari keparat yang merosakkan Soo Young. Dia b...