Bab 22

426 31 0
                                    

"Nilah tempat aku selalu tenangkan diri bila aku serabut. Hati aku rasa tenang je bila nampak bandaraya Seoul waktu malam macam ni. Lampu dia.. seolah-olah hati aku pun turut lighten up, sama macam lampu yang menyinari Seoul," kata D.O. Aku melakukan perkara yang sama dengannya. Merenung ke arah bandar Seoul yang diterangi lampu neon.

"Yoo Junga, Yeol betul-betul ikhlas dekat kau. Dia cakap kat aku yang memang dia nak lamar kau jadi awek dia. Jangan risaulah. Benda yang pernah jadi dekat Joy dulu takkan jadi dekat kau," D.O berjanji. Air mata aku jadi murah sekali lagi.

"Yoo Junga," panggil D.O.

"Kalau awak yang gantikan tempat Yeol tak boleh ke? Kalau saya yang jadi gf awak, tak boleh ke?"

Yoo Jung, kau kena sampuk apa sampai kau boleh cakap macam ni?

"Eo?" soal D.O. Lepas habis ucap ayat tu, aku sendiri pun terkejut.

"Sorry, sorry. Silap cakap," kataku. Laju je kaki aku nak tinggalkan tempat tu. Malu, weh nak menghadap D.O.

Tapi, apa nak dibuat? Kasut tumit tinggiku ditakdirkan untuk patah masa aku lari dari D.O.

"Auch," jeritku.

"Yoo Junga," panggil D.O lalu segera merapatiku. Aku cuba bangun tapi nampaknya kaki aku terseliuh. Mahu tak mahu aku duduk je dekat situ.

"Kenapa dengan kaki kau?" D.O bertanya, prihatin. Dia cuba memegangnya tapi, refleksku, aku terjerit kecil.

"Kau terseliuh ni," kata D.O lalu mencempungku. Dengan mudahnya dia mendukungku. Tanganku, aku lingkarkan di sekeliling lehernya.

Merenung mukanya saja mampu mendebarkan aku. D.O, virus apa yang kau bawa sekarang ni?

*****

D.O membawaku sampai ke katil bilikku. Usai membaringkan aku di atas katilku, mata kami bertembung. Aku terpaku dengan panahan matanya. Hampir saja kejadian di dapur sana berulang, tapi kali ni aku cepat sedar. Mujur!

"Jadi, kaulah yang rogol Soo Young?" soalku sambil menarik kepala D.O mendekatiku. Soalan ni tibatiba je terkeluar ikut mulut aku. Dan, nadaku, aku dapat dengar sendiri penuh dengan kesinisan.

D.O terpempan seketika. Aku tersenyum sinis. Kepalanya semakin ku dekatkan dengan wajahku. "Or should I call.. Joy," sambungku lagi dan D.O ternyata terkejut. D.O cuba memisahkan dirinya dariku tapi lingkaran tanganku di kepalanya semakin aku eratkan. "Answer me," paksaku. "Answer me, Do Kyung Soo," ulangku lagi, memaksa dia untuk bercakap. Entah kenapa tapi aku sangat berharap 'tidak' menjadi jawapannya.

"Ya," jawabnya pendek. Entah kenapa hati aku rasa macam dicarik bila itu yang menjadi jawapannya. D.O mengambil kesempatan apabila lingkaran tanganku di kepalanya semakin renggang. Dia bangun dan tinggalkan aku. Aku bangun dari perbaringanku dan duduk.

Perogol Soo Young dah diketahui tapi kenapa hati aku rasa berat? Smart phone yang terikat kemas di pahaku aku ambil dan matikan perakam. Mahu tak mahu aku akan mainkan juga di pembesar suara sekolah. Aku akan bersihkan nama Soo Young. Aku tak boleh berdiam diri bila Soo Young asyik dicop murahan dan kotor. Aku menanggalkan mekap dan menukar pakaian sebelum tidur.

*****

Seperti yang dijangka dan dirancang, aku pergi ke pemain dan pembesar suara sekolah dan memainkan rakaman pengakuan D.O menodai Soo Young.

"Jadi, harapnya korang berhenti calarkan nama Soo Young a.k.a Joy. Don't easily judge people," ucapku. Aku bangun dari kerusi dan menuju ke pintu. Sebaik-baik sahaja aku membuka pintu, Chanyeol berdiri di situ dengan muka yang sangat marah. Mukanya merah menyala.

Nerd Vs ...Where stories live. Discover now