Bab 15

423 28 0
                                    

"Kami dah tengok kebolehan kamu, improvement yang kamu buat.. dan kami dah pilih peserta untuk pertandingan nanti. Kami ucapkan tahniah kepada Eunji dan D.O, kamu akan jadi penari utama dan pelapisnya kami pilih Min Ah dengan Jungkook," ucap Sojin. Akhirnya, ada juga masa aku nak lepas dari D.O. Dalam dua bulan ni dia suka sangat menempek kat aku. Sampai aku tak ada peluang langsung nak dekatkan diri dengan Chanyeol. Tapi, peluang dah terbuka luas. Oppa pun dah bertanya selalu bila nak balik Amerika. Gila kau! Dia kata dalam sebulan aku tak balik, memang dia turun padang heret aku balik New York. Abang aku tak suka aku berdendam ni. Aku tahu tapi aku tak boleh duduk tenanglah selagi aku tak tahu siapa yang aniayai Soo Young.

Pertandingan yang sepatutnya bermula lagi sebulan terpaksa diawalkan. Tarikhnya adalah minggu depan jadi sebab tu peseeta dah mula dipilih.

"Chanyeolla, mianhae. Disebabkan saya, awak tak dapat masuk pertandingan. Kan saya dah cakap.. awak buat pilihan yang salah dengan mengambil saya," kataku bernada sedih. Masa tu sekali lagi kami buat latihan tarian waltz.

"Alah, tak ada bendalah! Pertandingan tu bukannya apa-apa. Nanti kami memang akan pergi lawan bola keranjang. Ha, aku ada lagi game. Bukan benda ni je," katanya. Beberapa langkah kemudian aku pijak kaki Chanyeol.

"Sorry, sorry," kataku dan kami berhenti bergerak.

"Yoo Junga, dah sebulan kut! Kalau tak pijak, jatuh. Cuba buat betul-betul. Kau beatih ke tidak sorang-sorang?" marah Sojin.

"Mianhae, mianhae," ucapku sambil membongkok.

"Tak apalah, nuna. Dah biasa dah," kata Chanyeol seraya tersengih. Sojin mendengus. Penat agaknya. Selalunya dia tak macam ni pun. Kemudian, Sojin menyuruh kami menyambung latihan. Sekali lagi, aku buat-buat hilang fokus.

"Take five," ujar Sojin selepas menutup radio.

"Kau kenapa Yoo Jung? Macam ada masalah je," tanya Eunji. D.O dan Chanyeol macam biasa ada sekali masa tu. Amboi kau! Sejak umum aku jadi bf diorang, tak berenggang dari aku! Aku menghela nafas berat.

"Tak ada apa-apalah. Saya nak ke tandas kejap," kataku. Sebelum aku pergi, Yeol memegang tanganku.

"Jangan difikirkan sangat. Aku tak kisah pun tak terpilih ke pertandingan tu," ujarnya lalu melepaskan tanganku. Aku hanya mengangguk sedih. Kemudian, aku menghilangkan diriku di sebalik pintu.

*****

"Are you sure kau tak nak balik lagi?" soal Eunji terkejut. D.O dan Chanyeol pun nampak terkejut. Aku mengangguk lagi.

"Tak ada apa-apa yang akan berlakulah. Percayakan saya," kataku. Mereka nampak berat hati jadi aku tak henti-henti memujuk mereka. Akhirnya, mereka mengalah dan mengucapkan selamat tinggal.

Aku berlatih sampai ke malam. Dalam masa yang sama, aku berhati-hati mengatur stepku. Buka senang, kau nak bagi nampak macam tak pandai menari tapi berusaha nak pandai menari. Pelakon hebatacam aku ni je pandai bagi nampak real.

Lepas kenal erti penat, aku akhirnya mengemaskan beg sandangku dan berjalan pulang.

"Jinna, bolehlah," rayu seorang gadis. Bukan hantu, kan? Bukan macam hantu dalam cerita hantu yang nak tunjuk kat orang tak bernasib baik kronologi sebelum dia mati, kan? Macam-macam yang aku terfikir ni.

Mulanya aku nak buat tak tahu je tapi aku tertarik bila dengar seorang lagi cakap..

"Apa ni, Eunjung!" automatik je kaki aku cari arah suara tu. Bilik menyanyi! Getting suspicious here! Aku mendekatkan diriku ke bilik tersebut dan mengintai. Eunjung dok menyerondoi macam vavi hutan dekat Jin tetapi Jin asyik menolak.

Nerd Vs ...Where stories live. Discover now