Aku malu tapi diorang suruh juga aku menari. Memandangkan aku dan Yoo Jung pernah menari bersama, aku pun buka step. Kyungri unnie puji aku. Mungkin diorang ingat nerd macam aku ni tak pandai menari, sendi keras tapi aku berjaya buktikan aku bukan nerd. Aku mungkin ulat buku tapi ulat buku bukan nerd. Aku oun tak tahu macam mana nak sesuaikan diri dengan diorang. Salah ke kalau aku bercakap formal? Salah ke kalau aku hormati diorang? Aku tak pakai make up sebab eomma cakap make up cuma mencacatkan muka. It's long term effect. Spec aku tebal sebab aku cuma nak sesuaikan spec aku dengan pakaian aku. Spec hitam masuk dengan semua baju kut!
Aku menutup buku. Hati aku macam disiat-siat. Entah kali yang keberapa aku baca tapi marah dan dendamku kepada mereka tetap tak terpadam. Aku takkan berhenti selagi diorang tak minta maaf dekat Soo Young. Itu janji aku.
Aku berdiri di depan cermin sambil menelek-nelek tubuhku. Aku perlu mengekalkan kelangsingan ini dan aku mula menari. Aku cuba untuk menjadikan tarianku tarian yang menggoda. Rancangan aku akan diteruskan Jumaat malam. Aku menarik nafas tanda menaikkan semangatku dan menghela kuat untuk membuang kegusaranku.
*****
"Yoo Jung, dah berlatih dah tarian ni?" tanya Kyungri. Aku mengangguk. "Good. Then, kau pilihlah kau nak partner dengan siapa," kata Kyungri. Aku terdiam dan membulatkan mata.
"Saya boleh masuk kumpulan ke?" tanyaku macam budak-budak dapat gula-gula.
"Memang ni kena ada partner pun sebab tarian ni melibatkan tiga orang. Haish, tak apalah.."
"Nuna, bagi dia masuk dengan kamilah," kata Chanyeol, mengangkat tangan. Aku nampak Kyungri tersenyum tanda ada makna. Oops, sorry. Aku dah ada rancangan yang lebih rapi. Exo, bersedialah!
"Herm, pergi partner dengan Chanyeol," kata Kyungri. Bersama-samanya ada Lucy.
Kami berbincang dan akhirnya aku akan memegang 'watak' penari wanita utama. Kami berlatih menari dan aku berusaha menggoda Chanyeol dalam diam. Macam aura penari nerd. Tahu macam mana? Aura tu akan menyalurkan keseksian penari tetapi wajah, ekspresi dan rentaknya sangat suci. Makan seminggu jugalah aku cuba lancarkan tarian ni. Chanyeol pun nampak seronok je touch aku merata tempat. It's okay. We'll see, Chanyeol!
Kami berhenti rehat sekali lagi aku duduk sorang-sorang dengan bukuku. Aku membaca sebelum kami dipanggil semula untuk menyambung latihan.
"Kau pernah belajar menari ke sebelum ni?" soal D.O. aku terpaku lalu aku berhenti membaca dan mengangkat wajahku memandangnya.
"Dae?" soalku, minta diulang.
"Sebelum kau datang sini. Pernah tak kau ambil kelas tarian?" tanyanya lagi dengan muka yang dingin. Aku menggeleng laju.
"Tak pernah," kataku kalut. Dia mengambil tempat di sebelahku. Aku berpura-pura cemas. Duduk aku sekarang ni dah macam cacing kepanasan.
"Rilekslah. Bukannya aku makan orang pun," katanya. Aku tersengih malu.
"Well, your posture, your moves.. macam kau dah biasa menari. Kaki kau," dia menyelak skirtku. Aku pantas menghalang.
"Awak buat apa ni?" Mataku membulat. Dia tergelak kecil dan mengalihkan tanganku.
"Kaki kau pun mulus," komennya. "Kau tak nak masuk pasukan menari sekolah?" tanyanya. Aku menggeleng.
"Saya akan mencacatkan imej sekolah kalau saya masuk," kataku, berpura-pura bendul. Macamlah aku kisah imej sekolah tercalar pun sebab lepas ni aku akan sebarkan dekat internet siapa penyebab Soo Young mati. Tunggu jelah!
"What about with me?" soalnya dan kali ni dalam nada perlahan dan membisik.
"Bwo?" soalku. Aku target Chanyeol tapi kenapa mendekati D.O rasa macam senang je ni?
"Jadi partner menari aku lepas ni," ajaknya pula. Apa patut aku buat?
"Tapi Kyungri unnie dah padankan saya dengan partner saya sekarang ni," kataku perlahan, enggan bertentangan mata dengannya. Aku dengar dia tergelak kecil.
"Boleh je nak suruh tukar. Tak pernah dengar pasal Exo ke?" tanyanya. Aku mendiamkan diri. D.O mencubit pipiku lembut. Dia bangun dan tak sampai seminit dia balik dekat aku dan cakap yang partner aku untuk tarian ni adalah dengan dia dan Sun Ah. Aku cuma akur.
Kami dipanggil untuk menyambung balik latihan. Min Ah ditukarkan untuk group dengan Chanyeol manakala aku, masih lagi memegang watak utama tarian tu dan group dengan D.O dan Sun Ah. Peliknya, gerak D.O tak senakal Chanyeol. Dia kurang memberi sentuhan dan entah kenapa aku rasa gembira dan selesa dengannya. Soo Young-ah, aku harap bukan D.O yang touch kau..
*****
"Yah, ni paboya?" marah Eunji ketika aku dalam perjalanan pulang. Aku berhenti dan menunggu dia mendekatiku.
"Kenapa?" soalku lambat-lambat sambil mengemaskan pelukan buku di dadaku.
"Kau tak ingat ke apa yang aku pesan?" marah Eunji.
"Banyak yang awak pesan. Pesanan yang mana?" soalku.
"Jangan rapat dengan Exo. Bila aku cakap jangan rapat dengan Exo, maksudnya walaupun dengan seorang, JANGAN!" sekali lagi dia mengulang amarannya kepadaku.
"Mana ada saya rapat dengan diorang," kataku.
"Yah, kau dengar sini! Exo tu orang paling berpengaruh kat sekolah ni. Pengaruh diorang lagi kuat masa Suho belajar dekat sini. Jadi, kau cuba fikir, kalau orang tu dikenali, nak ke dia berbaik dengan orang bawahan? Lagi-lagi budak baru macam kau ni. Orang, kalau tiba-tiba rapat dengan budak baru yang.." dia terhenti. "Urgh! Tak payah cakaplah," katanya. "Orang yang macam kau ni," sambungnya. "Mesti ada sebab," kata Eunji.
"Tapi manalah tahu diorang berubah lepas kawan-kawan diorang yang lain pindah? Kesedaran diorang mula timbul lepas ahli diorang berkurang? Lagipun kalau kita nak berkawan, tak perlulah kita pandang pengaruh, kan?" soalku.
"Kau ni.. tak ubah macam Joy. Korang tak tengok dunia denganata kasar. Selalu pakai mata hati dan penuh dengan simpati," gumam Eunji perlahan. Air mukanya berubah. Sedih? Siapa Eunji dengan Soo Young dulu?
"Nogu?" soalku.
"Joy. Dia budak nerd kat sini dulu. Tapi.." tak sempat Eunji habiskan ceritanya, telefon Eunji berbunyi.
"Yeah, unnie," diam. Seolah-olah memberi ruang kepada pemanggil untuk bercakap.
"Dia ada dengan saya sekarang. Saya cakap teruslah dekat dia," balas Eunji. Kemudian, merwka bercakap lagi dan akhirnya Eunji menutup telefon.
"Kyungri unnie telefon. Dia nak suruh lau pergi balik studio. Tapi, aku tak boleh nak temankan kau. Mak aku tak sihat. Aku kena jaga adik aku. So, okay tak kalau kau pergi sorang?" tanya Eunji. Aku mengangguk. Eunji menapak beberapa langkah tapi terhenti seketika.
"Kalau kau tak mampu untuk buat apa yang disuruh, mengalah je tau. Cakap je kau tak pandai buat," pesan Eunji kenapa dia ni caring sikit pasal aku? Dan pasal Soo Young pun..
"Faham tak?" soalnua, sedikit sebal dengan aku yang mendiamkan diri.
"Ya, faham," jawabku dalam bahasa formal. Eunji dah tak mengeluh macam selalu. Mungkin dah terbiasa dengan aku yang berkomunikasi dalam bahasa formal. So, everything is going well, as well as planned.
ANDA SEDANG MEMBACA
Nerd Vs ...
RandomKim Yoo Jung, sepupu kepada Park Soo Young, a.k.a Joy kembali ke Korea untuk menuntut bela atas kematian sepupunya itu. Laporan autopsi mengesahkan Joy hamil. Disebabkan itulah Yoo Jung berjanji untuk mencari keparat yang merosakkan Soo Young. Dia b...
