"Yah, Kim Yoo Jung. Omma baru bagitahu oppa tentang rancangan kamu. Michigeoya?" Panggilan dari Amerika dan lebih spesifik lagi, abangku, Kim Nam Joon.
"Yah, oppa. Yoo Jung belum gila lagilah," marahku.
"Kenapa dengan suara kamu? Kamu menangis ke? Are you hurt?" soalnya. Belum sempat aku menjawab, eomma mencelah.
"Yoo Jung-ah, kalau hidup kami tough kat sana, baliklah sini. Mengalah jelah," pujuk eomma.
"Mana boleh," aku melenting. Aku cuma perlukan semangat dari eomma. Kenapa pula eomma nak suruh aku berhenti.
"Yoo Jung takkan berhenti selagi nama baik Soo Young tak dibersihkan! Eomma tahu tak, budak-budak kat sini cakap Soo Young kotor? Mana boleh Yoo Jung berdiam diri," ucapku panjang. Nadaku meninggi.
"Okay. Kalau kamu tak nak balik, biar oppa pergi ambil kamu," kata abangku, tekad.
"Oppa! Saya dah mara banyak langkah. Kenapa pula saya kena balik?" lentingku lagi. Aku memang panas baran. Pernah sekali aku mengamuk dekat sekolah. Sejak daripada tu, tak ada sesiapa yang berani tease aku lagi. Hanya kerana aku lain dari diorang, senang-senang je diorang nak permainkan aku? Bukan Yoo Junglah kalau aku diam.
"Habis tu, kenapa suara kamu macam ni? Kamu menangis, kan? Kamu tahu tak yang kamu cari sekarang ni seorang perogol?" abangku sekali lagi mengasakku dengan soalan.
"Ni salah satu taktik saya. Dan hasilnya, saya dah lebih dekat dengan salah seorang yang berkait rapat dengan mendiang dulu. Sabar boleh tak? Dalam sebulan saya baliklah. Kalau tak selesai sebulan, saya akan usahakan lagi cepat so that I can be in America with you," ujarku. Nadaku dah mula mengendur.
"Betul ni?" tanya abangku yang caring tu. Aku mengiakan. "Perlukan oppa kat sana tak?" tanyanya lagi. Aku menggeleng tapi menyedari mereka tak boleh nampak gelenganku, aku menjawab tidak dan aku hanya perlukan sokongan dari eomma, habeoji dan oppa. Itu saja dah cukup untukku.
Kami bersembang perkara lain pula. Abangky ada masuk pertandingan rap yang diadakan di Las Vegas beberapa hari yang lalu. Pertandingan itu disertai oleh rakyat Amerika tapi telah ditapis melalui uji bakat, battle dan sebagainya sampailah tinggal top 5. Abangku menjadi juara dan mendapat gelaran Rap Monster. Dia cakap, sekarang kalau orang tanya siapa abangku, cuma menjawab Rap Monster. Mesti orang kenal. Aku ketawa besar. Orang dalam dunia rap je kenal abang aku. Kalau yang tak ada jiwa rap tu, mana nak kenal rapper.. Kami berbual panjang sampailah aku sedar cuna tinggal dua jam saja lagi untuk waktu sekolah bermula. Inilah bahananya kalau dah lama tak jumpa abangku. Kami akan berbual semua cerita sepanjang ketiadaan diri masing-masing.
*****
"Michigeoya?! Kau tahu tak kau dah cemarkan maruah orang?!" Aku terdengar suara seseorang mengamuk.
"Rilekslah, beb. Aku nak melawak je pun," kata yang seorang lagi. Macam suara Kyungri. So, I bet itu Sojin.
"Melawak?" Sojin mengejek. "Melawak pun pada-padalah. Kau tahu tak kesannya budak tu yang kena tanggung?! Kau pula buta-buta je terlepas."
"Tak, yang kau nak marah-marah ni kenapa? Bukannya benda ni jadi kat kau pun," suara Kyungri meninggi. Aku merakam video mereka bergaduh.
"Kau padam video kamu buat terian belly tu," arah Sojin.
"Kenapa pula aku kena padam?" Aku menghentikan rakaman dan muat naik video tersebut ke dalam youtube. Satu dunia boleh tengok kalau aku buat macam ni.
Have you watched Kim Yoo Jung do belly dance? How about Kyungri, the techer of the belly dance? Wanna watch how sexy she is? Vote for Kyungri Belly Dance and the show will be on air within a day
Aku tulis macam tu untuk caption video yang aku muat naik. Nama ID youtube aku pakai alias KSY jadi takkan ada sesiapa yang tahu identiti sebenarku.
"Kau jangan tipula. Joy dah mati," Kyungri menafikan cerita Sojin. Mesti Sojin bagitahu pasal panggilan aku semalam.
"Kita, mayat Joy pun tak pernah tengok. Yang kita baca dalam surat khabar. Macam mana kalau dia tak mati lagi?" soal Sojin. Nadanya takut-takut.
"Michiyoseo," gumam Kyungri lalu meninggalkan Sojin.
"Kyungri-a.. Kyungri-a," panggil Sojin. Akh dah agak dah. Tak boleh harap punya Sojin. Mesti dia nak gagalkan rancangan aku. Ternyata dia mementingkan sahabat. Nasib baik aku dah expect benda ni akan jadi macam ni. Aku menghela nafas untuk melegakan diriku yang dah shaking inside lalu keluar dari toilet tu. Nampaknya aku perlu buat semuanya sendiri.
Malam tu, aku memakai berlapis-lapis pakaian dan menutup tubuh dan kepalaku dengan sweater berhud. Aku curi-curi masuk ke dalam sekolah dan mencari loker Kyungri. Aku tahu Kyungri tinggalkan lappy-nya kat dalam loker ni. Kononnya loker dia selamat. Dah dua hari aku fikirkan nombor kunci lokernya. Aku cuba 434 dan nampaknya tekaanku benar. Kemudian aku mengambil laptop tersebut dan mengelak dari ditangkap CCTV. Dalam hati aku tak putus-putus berhenti berdoa janganlah cikgu nampak dia dalam rakaman CCTV. Semoga cikgu tertidur!
Aku membawa laptop tersebut ke bumbung dan upload video dia membuat tarian belly. Manakala scene dia buka baju tu aku potong dan masukkannya secara berasingan. Jadinya, full part dia menari dan part satu yang dia buat kat aku tu on air. Selesai je kerja aku, aku letakkan balik laptopnya ke dalam loker dan blah.
Kita tengok macam mana pula kau nak hadap ni semua, Kyungri.
Esoknya, seperti yang aku jangka, video Kyungri jadi viral dan macam-macam komen dilemparkan.
- Jadi perempuan nilah yang buat tarian lucah tu? Pergi matilah! Merosakkan minda anak orang je.
- Wujud lagi rupanya manusia macam ni. Buang air besar merata-rata tapi tuduh orang lain.
- Apa motif dia upload video budak nerd tu kalau dia boleh upload video dia sendiri?
- Nice move and nice proportion, baby.. making me.. aummm.. haha
Dan banyak lagi komen lucah yang ada yang tak sanggup aku nak baca. Time aku dulu just cakap nerd ligatlah, apalah. Tapi, bila sampai turn kau.. Padan muka.
"Wei, Sojin unnie dengan Kyungri unnie bergaduh," Naeun masuk kelas terkocoh-kocoh dan walaupun tak cukup nafas, tetap dia bagitahu benda ni. Semua budak keluar dari kelas. Semuanya sibuk nak jadi penonton pergaduhan senior diorang tu. Kyungri dan beberapa lagi pelajar adalah repeaters tapi disebabkan mereka memenangi banyak anugerah dalam pertandingan, maka pihak sekolah membenarkan mereka bergerak aktif dalam kelab sekolah. Sebab tulah kelab tarian diungguli dan diterajui oleh pelajar bukan 18 tahun.
Aku teringin sekali tahu apa yang terjadi tapi aku tahan je keinginanku dengan meneruskan pembacaanku. D.O dan Chanyeol pun tak keluar dari kelas. Dari hujung mataku, aku nampak D.O mendekatiku.
"Tak nak tengok apa yang berlaku?" tanya D.O.
"Eo?" soalku disertakan dengan muka blur.
"Kyungri nuna dengan Sojin nuna bergaduh. Kau tak nak pergi tengok ke?" tanyanya lagi.
"Kalau tak tengok tak boleh ke?" soalku, bodoh. D.O cuma tergelak kecil dengan soalanku. Kelakarlah tu dengan aku yang bajet bodoh ni.
"Aku just tanya jelah," katanya selepas tawa. Senyumannya manis. Tercair pula aku. Aku tersenyum sambil menundukkan pandangan. Tiba-tiba Chanyeol muncul di depanku. Aku cuma memandangnya kosong kemudian aku menundukkan pandanganku kembali.
"Orang lain semua keluar kenapa kau tak nak keluar? Nak duduk sekali dengan kami?" soalnya sedikit sinis. Aku menggeleng.
"Saya takut tengok orang jerit-jerit," jawabku ringkas dan perlahan. Aku tahu Chanyeol ada sesuatu yang nak disambungnya tapi terputus bila pelajar-pelajar lain masuk ke dalam kelas. Dua Exo ni kembali ke tempat mereka kerana Cikgu Song pun dah masuk kelas. Aku memberikan tunduk hormat kepada D.O sebelum dia pergi.
Tamat je kelas telefon kami semua berbunyi, tanda ada notification. Aku pun tanpa berfikir dua kali membuka walaupun aku dah tahu tajuk utama mesej tersebut.
Kyu Hyun Bergaduh.
Pergh.. sesiapa yang letakkan tajuk yg macam ni memang searchable oleh semualah. Nama Kyu Hyun, salah satu daripada ahli SuJu kot. Aku menyembunyikan senyuman.
"Kaukan yang upload video tu?" marah Kyungri, dalam kelas 1. Setahu aku, ahli Exo yang duduk dalam kelas tu ialah Xiumin, Chen dengan Sehun.
"Mana adalah," nafi Sojin, ternyata terkejut.
"Kau jangan nak bohong! Baru semalam kau warning kat aku dalam toilet. Dah tu, kerja kau, kan rakam perbualan kita? Siapa yang bersubahat dengan Sojin?emgaku cepat!" Kyungri benar-benar mengamuk.
"Kyungri, kau ni buat malu jelah. Dah-dahlah tu!" Sojin berusaha menenangkannya.
"Apa yang dah-dah? Satu dunia tengok tau tak?"
"Habis tu? Yang selama ni kau buat kat orang lain tu apa? Aku pun kau pernah buat macam tu. Kenapa bila turn kau, kau nak melenting pula?!" Sojin naik menyinga bila Kyungri menolak bahunya. Sojin membalas tolakan di bahu Kyungri pada ayat terakhirnya.
"Tak gunalah kau ni Sojin." Dan mulalah wrestling antara mereka. Mereka akhirnya dileraikan oleh seorang guru yang aku tak tahu siapa nama. Ni baru langkah pertama aku. Ada lagi yang menunggu. Just you ALL wait!
YOU ARE READING
Nerd Vs ...
RandomKim Yoo Jung, sepupu kepada Park Soo Young, a.k.a Joy kembali ke Korea untuk menuntut bela atas kematian sepupunya itu. Laporan autopsi mengesahkan Joy hamil. Disebabkan itulah Yoo Jung berjanji untuk mencari keparat yang merosakkan Soo Young. Dia b...