"Tarian belle ni memang basic kita menari. Since kau tak pernah menari, aku ajarkan kau tarian ni. Kau patut bersyukur tau aku sendiri yang volunteer nak ajar kau. Selalunya Hyorin yang ajar budak baru. Tapi hari ni dia sibuk jadi aku volunteer ambil kau. Dengan syarat kau kena cepat belajar. Faham?"
"Yeah," jawabku pendek.
"Apasal muka kau monyok je ni?" soal Kyungri.
"Setahu saya, tarian belle ni.."
"Sebab tulah aku buat lepas kelas. Supaya tak ada sesiapa nampak kau buat. Aku tahu kau ni pemalu orangnya. Tapi, setiap step kau mesti ikut tau. Kalau tak kau akan nampak macam kayu," kata Kyungri pedas. Aku mengangguk.
"Terima kasih, unnie," ucapku dengan wajah yang berseri-seri.
"Yang kau shining sangat muka ni kenapa?" soal Kyungri, marah-marah.
"Sebab unnie memahami saya,l jawabku. Senyuman masih tak lekang dari bibir.
"Herm, apa-apa jelah. Cepatlah. Kau ni buang masalah," kata Kyungri. Kami pun memulakan tarian belle.
"Lembutkan sikit pinggang tu," tegur Kyungri. Pada mulanya aku menampakkan kekekokkanku menari tarian itu tetapi selepas ulang beberapa kali, akhirnya Kyungri memujiku.
"Wei, aku nak pergi tandas ni. Sakit perut. Jangan berhenti selagi aku tak datang. Faham?"
"Yeah, ihae haeseoyo," anggukku. Dia keluar dan aku pun memulakan step yang diajarkan.
*****
Kyungri's POV
Aku usha dulu apa yang Yoo Jung tengah buat. Khusyuk je studi step dari lappy aku. Aku pun mengeluarkan kamera dan menekan punat bersimbol bulat merah.
"Hi there! Have you watch nerdy do balle dance? Yeah, but this time Kyu Hyun High School get another nerdy dance. So, watch it and stay," Aku menekan butang pause dan setkan masa 10 saat untuk kameraku merakan semula. Aku pergi kepada Yoo Jung dan memberitahunya bahawa aku sakit perut dan memerlukan toilet. The nerdy boleh pula buat sopan dengan aku. Tapi hati aku tetap sampai untuk kenakan dia. Hahaha. Sejak Joy pergi ni, hidup budak-budak Kyu Hyun High School suram semacam. Tambah-tambah kelab tarian. Naik bosan aku dua minggu ni. Kalau dua hari tak apalah juga.
Aku keluar dan buka smart phone-ku. Aku membuka laman yang memaparkan online recording dan pengarahnya dah tentulah aku. Kira aku ni baik apa. Aku mengarah tapi tak pressure pelakon aku. Siap aku bagi dia peluang berlatih sendiri lagi. Satu cut je tau. Tak ke baik namanya tu? Hehehe.
Tapi budak ni something-lah. Ke semua budak nerd memang macam ni? Tapi ni bukan nerd dah ni. Ni bendul. Orang suruh lentok, dia lentok, orang suruh lendik, melendik. Sama macam Joy.
Aku tunggu lagi lama sebab aku dah pesan dekat dia, kalau dia boleh ingat semua step ni, boleh proceed je. Dan video yang aku bagi kat dia tu adalah video belle yang aku tokok tambah sendiri. Ada part yang lebih menarik. Malangnya, bukan dia orang pertama yang buat ni tapi Joy. Joy adalah 'perintis' dan 'perasmi' kepada step ni.
Aku tergelak tengok dia terkejut gila tengok babak tu. Dia merapatkan tangannya ke dada. Cis, dia tak buat! What a typical nerd!
Baru je aku nak menapak ke studio, niatku terhenti sebab mataku kembali kepada skrin. Dia buatlah step tu.
"HAHAHAHAHAHAHAHA," aku tergelak terbahak-bahak. Doh, sakit perut doh! Budak ni bukannya nerd. Ini bendul tambah bodoh. Aku pun tak upload video aku buat step ni kat internet. Selamba dia je buat. Tak fikir ke ni bukannya rumah? Kamera boleh je terpasang kat mana-mana. Kalau bukan kamera aku pun, CCTV. Takkanlah budak bodoh ni tak boleh nak fikir? Joy dulu sampai ke sudah tak buat. Boleh pula dia komplen tak senonohlah, apalah. Last sekali, aku balas balik jawapan dia dengan penampar. Siapa dia nak pertikaikan step yang aku buat? Aku dah lama dalam bidang ni. Eomma hantar aku kelas menari since I was three. Mengada betul nak komplen bagai.
Lepas aku confirm tawaku dah habis, aku pun masuk balik bilik tu. Aku memulaskan pintu perlahan-lahan dan sebaik sahaja aku buka, dia sedang tergesa-gesa melabuhkan top-nya. Aku menahan tawa. Menggelabahlah tu sebab kau dah buang baju.
It's okay.. body proportion kau bukannya tak cantik.
"Dah proceed step baru?" tanyaku.
"Dah tapi tarian ni tak perlu menari depan orang, kan?" tanyanya.
"Kenalah. Depan aku, Sojin dengan Kevin," jawabku.
"Tapi.." dia memandang semula ke arah lappy-ku.
"Kau dah proceed sampai mana?" tanyaku.
"Before last two minutes," jawabnya. Kau.. Inggeris dia pekat, der.
"Oh, yang five minutes terakhir tu tak payah. Itu kau boleh buat sendiri, kan? Kau just buat sampai yang aku ajar je. Sebab kalau kau boleh buat yang basic, tak ada masalah punya kau nak buat yang cabang dia," balasku.
Dia terangguk-angguk.
"Dah malam ni. Kau ada siapa-siapa ambilkan tak?" tanyanya.
"Saya boleh call driver saya," jawabku.
"Okay then. See you tomorrow. Haih, ajar kau ni buat aku rasa kotorlah. Tercemar duli aku sebagai senior," kataku sambil mengemaskan barang selepas mematikan kamera.
"Saya minta maaf dan terima kasih sebab ajar saya. Saya sangat hargai pengorbanan masa unnie," katanya tersenyum. Senyuman ikhlas, you. Tak apa. Let' s see esok apa rasa kau padaku.
*****
Yoo Jung's POV
Aku tahu kau tak puas hati dengan Kyungri.
Aku menaip dan hantar kepada Sojin menggunakan nombor lama Soo Young. Tetapi dia tidak membalas.
Sikit pun kau rasa tak bersalah dengan kesilapan kau?
Aku tulis lagi tanpa berputus asa. Sojin menelefon dan aku melapikkan mulutku dengan sapu tangan.
"Yah! Michigeoya?! Siapa ni?" marahnya.
"Joy," jawabku.
"Kau jangan tipulah. Joy dah mati!" nyatanya. Yakin sekali!
"Kenapa semua orang yakin sangat aku dah mati? Ada sesiapa yang datang ke majlis pengebumian aku ke?" soalku, mempermainkan emosinya.
"Jadi.. jadi.." suaranya tersekat-sekat.
"Kyungri ada rakam video dia menari. Rasanya tak perlu kut kenapa aku bagitahu video dia menari. Kau boleh faham kut," kataku.
"Maksud kau, video dia.."
"Ya," aku memotong percakapannya. Video tak senonoh tu tak perlulah diterangkan macam mana lagi. Semua orang boleh faham.
"Masalahnya aku dah komen tapi dia lesing aku macam tu je. Kau tak pelik ke kenapa dia beria-ia sangat suruh aku buat padahal dia sendiri tak pernah persembahkan depan kau atau Kevin?" soalku. Sojin terdiam.
"Mengikut pemerhatian aku selama ni, Kyungri suka upload video ke online. Dia pun pernah upload video kau menari and lastly kau kena ejek. Betul tak?" soalku.
"Yah! Kau janganlah jadi creepy sangat. Apa sebenarnya yang kau nak?" soalnya. Marahlah tu aku ungkit masa lalu yang paling memalukannya. Aku dapat info tu pun lepas aku stalk siapa Sojin dan kenapa dia jarang memunculkan diri. Apa sebab dia mementingkan member dia dari sekolah lain padahal diorang tak ada apa-apa show pun dalam masa terdekat ni. Dan akhirnya, aku pun jumpa laman web yang 'diarahkan' oleh Kyungri dan tonton semua videonya dalam dua hari. Ada satu video ni bab Sojin menari dan bila tengok komen, banyak gila komen negatif. Sejak tu, aku dapat tahu Sojin dah tak lepak sangat dengan Kyungri. Ada sekali dua je dia jumpa Kevin, tu pun tak lama.
Dan pernah sekali tu, aku pergi toilet dan terdengar perbualan antara dua orang budak ni. Diorang cakap diorang lebih suka Sojin sebab Kyungri suka bagi step yang diorang rasa malu gila nak buat. Tapi disebabkan Kyungri tu senior, diorang tak berani nak komen.
"Masa dia rakam kau menari tu, kau sedar tak sebenarnya kau dirakam?" soalku sambil mengecilkan mata. Aku berharap snagat jawapannya tidak. Tapi Sojin terdiam.
"So, kau tak sedarlah ni?" tanyaku lagi, mengasaknya dengan soalan demi soalan.
"Tak," suaranya berubah kepada sedih. Aku tahu, kau mesti rasa dikhianati. Kawan baik sendiri buat macam tu.
"So, why not kau buat benda yang sama?" soalku.
"Maksud kau?" soalnya.
"Video tak senonoh yang dia pernah paksa aku buat tu ada je dalam lappy dia. Orang macam Kyungri tu mesti tak log out dari apps yang dia install untuk upload vidoe online dia tu, kan? Jadi, apa kata kau buat benda yang sama macam dia buat dulu? Dapatkan video tu dan upload dalam akaun dia sendiri. Dengan cara tu, nampak macam dia yang sengaja upload, betul tak?" soalku.
"Yah! Ni bukan Joy. Aku tahu Joy tak sejahat ni!" Sojin terus mematikan talian. Hati aku sekarang ni terbahagi dua. Puas sebab aku tahu Sojin termakan demgan hasutanku dan yang kedua risau sebab kalau Sojin ni jenis yang mementingkan kawan, maka aku perlu bertindak sendiri.
Sejahat ni? Ya, aku sanggup jadi lebih jahat lagi asalkan aku dapat tuntut bela Soo Young.
Younggie-ah, aku sanggup bertahan demi kau.
YOU ARE READING
Nerd Vs ...
RandomKim Yoo Jung, sepupu kepada Park Soo Young, a.k.a Joy kembali ke Korea untuk menuntut bela atas kematian sepupunya itu. Laporan autopsi mengesahkan Joy hamil. Disebabkan itulah Yoo Jung berjanji untuk mencari keparat yang merosakkan Soo Young. Dia b...