Bab 7

441 29 0
                                    

Aku menarik nafas dan menghembus kuat. Aku tahu apa yang akan aku hadapi hari ini. Hatiku goyah. Aku takut aku rak dapat menguatkan diriku. Aku belum pernah dimalukan sebegini. Sedangkan aku yang kuat semangat ni pun takut, apalah perasaan Soo Young lepas orang tahu dia dinodai? Tak. Aku tak kuat. Soo Young lagi kuat sebab dia mampu bertahan sampai ke saat terakhir. Kita tengok jelah.
"Kenapa, Joo Young? Kamu tak sihat ke?" tanya Uncle Moon. "Nak balik rumah?" tanyanya lagi apabila aku tak menjawab. Balik? Ya, aku nak balik. Tapi, aku tak nak lama-lama kat sini jadi aku nak tangkap keparat tu ASAP. Jadi, hari ni aku perlu pergi sekolah sekarang juga.
"Tak ada apa-apalah uncle. Saya okey. Kalau saya tak okey nanti saya telefon uncle, okay?" tanyaku. Uncle Moon mengangguk. Aku keluar dari kereta mewahku dan berjalan seperti biasa masuk ke dalam kelas. Sepanjang aku berjalan, aku perhati ramai orang asyik pandang dan perhatikan aku. Aku menundukkan wajahku. Aoo Young, macam mana kau bertahan sampai setengah tahun dekat sini?
Aku masuk ke dalam kelas dan mengambil tempat di tempat dudukku.
Ada beberapa muka baru yang aku nampak hari ni tapi aku tak usha betul-betul. Geng tu berkumpul dengan D.O dan Chanyeol so I bet they are Exo. Aku mengeluarkan buku, berpura-pura seperti tiada apa-apa yang berlaku. Tapi, belumpun sempat aku membaca, ada beberapa perempuan datang mengelilingiku. Aku cuma memandang mereka kosong.
"Yah, kau ni murah gila, kan? Nampak aje nerd tapi, perangai lebih kurang macam Joy. Murah. Cheap body," telingaku panas dengar nama Soo Young dipermainkan. Tapi aku cuba bersabar.
"Awak cakap apa ni?" soalku perlahan untuk mengawal getaran kemarahanku.
"Ni," dia membaling smart phone-nya ke atas mejaku. Aksiku membuka menanggalkan top semasa aku membuat latihan belle berseorangan.
"Yah, tak cukup dengan goda D.O, kau tayang badan pula? Dalam internet pula tu. Kau nak melacur ke apa?" tanya seorang lagi budak perempuan yang boleh tahan pedas juga bahasanya tu. Belum sempat aku nak deny, tiba-tiba pintunkelas kami ditepuk kuat.
"Yah, Ham Eun Jung! Mulut kau tu jaga sikit," Eunjung mengamuk. Okey, aku mengaku aku shaking kat dalam tengok dia mengamuk. Exo dan semua mata tertumpu ke arahnya. Bunyi macam lalat hurung tahi tad pun terhenti.
"Bwo?" Gadis yang dipanggil Ham Eun Jung tadi memeluk tubuh lalu berkalih ke arah Eunji. "Kau ulang balik apa yang kau cakap," arah Eun Jung.
"Aku cakap," Eunji menapak ke arah kami. "You sound like bitch! Jadi jaga sikit mulut kau tu," gumam Eunji. "Sini, Yoo Jung," panggil Eunji. Aku menunduk tetapi Eunji terus menarik lenganku dan aku cuma mengikut sahaja langkahnya. Betul-betul nampak macam aku yang bersalah dalam hal ni. Eunji membawaku ke bumbung.
"Tah, Kim Yoo Jung! Kan aku dah cakap! Kalau kau tak boleh buat, kau tolak aje!" Eunji dah menggila.
"Tapi masa tu Kyungri unnie tak ada dan dia cakap saya boleh proceed dengan next step. Saya tengok sekeliling dan pasti tak ada sesiapa pun dengan saya masa tu, jadi saya pun buatlah macam dalam video tu. Manalah saya tahu ada orang bersembunyi. Lagipun, tu semua cermin. Jadi sebab tu saya pasti tak ada orang masa tu," kataku menahan tangis.
"Haish, dia bukannya pakai orang. Kyungri unnie yang rekod sendiri dan dia upload live. Sojin unnie pernah kena dah dengan dia. Sejak tu Sojin unnie tak tunjuk muka. Kalau dia datang pun, dia akan mengelak daripada bertembung dengan Kyungri unnie," kata Eunji. Suaranya mengendur. Eunji menghela nafas berat selepas kami masing-masing mendiamkan diri.
"Aku tinggalkan kau kat sini. Jangan masuk kelas," Eunji memberi amaran.
"Tapi saya tak salah," kataku.
"Memanglah kau tak salah. Selain dari budak kelab menari tahun lepas, budak-budak lain tak tahu yang kau dikenakan. So, better kau duduk sini. Kau selesa ke duduk dalam kelas yang semua mata asyik pandang kau?" Eunji cuba bermain psikologi denganku. Kalau macam tu, aku pun nak main psikologi dengannya. Aku mengangguk. Dia menapak tapi berpatah semula ke arahku.
"Nah, sapu tangan. Take your time," katanya seraya menghulurkan sapu tangannya kepadaku. Aku menyambutnya.
Selepas benar-benar pasti dia sudah pergi, aku mengeluh. Apa lagi yang perlu aku buat? Aku memikirkan langkahku untuk mendekati Exo. Tapi buat masa sekarang, aku perlu menangis di sini dulu, kemudian masuk dengan hidung dan mata yang merah. Mesti kena nampak macam aku hapuskan kesan air mata dengan mencuci muka. Aku menangis dekat setengah jam jugalah. Lepas tu, aku berjalan menuju ke pintu dan membukanya. Malangnya tak terbuka. Aku cuba lagi. Manalah tahu pintu ni jammed ke tapi tak boleh pula nak buka. Eunji kuncikan aku ke? Argh! Budak sekolah ni langsung tak boleh pakai.
"Ada sesiapa ada kat sana tak?" laungku sambil menampar-nampar pintu itu.
"Eunji-ssi. Janganlah kenakan saya," aku memanggil Eunji namun tiada sahutan.
"Eunji-ssi," panggilku lagi sambil menampar-nampar pintu berkali-kali. Telefonku berbunyi menandakan ada mesej dari LINE apps masuk. Aku membukanya. Mesej dari V.
The baby is crying. Uwek.. uwek..
Dan gambarnya pintu bumbung ni. Jadi, bukan Eunjilah yang kenakan aku? Tapi budak lain? Aku tersilap teka. Bodohlah kau ni, Yoo Jung. Kemudian, baru aku terfikir, kenapalah aku tak telefon Eunji je? Aku pun mendail nombor Eunji dan menunggu dia menjawab.
The number you have dialed is not answering. Thank you.
Operator pula jawabkan!
"Yah! V-ssi. Tolonglah buka," aku panggil lagi. Aku ketuk tanpa henti dan akhirnya aku menghentikan kerja memanggilku. Mana ada nerd yang kuat macam aku ni. Aku perlu berhenti sebelum mana-mana ahli bijak pandai rasa pelik dengan tenagaku. Well, fikirlah. Ada ke orang yang lepas nangis sampai dekat satu jam, nangis sebab sedih dan stres, larat nak letuk pintu berjam-jam macam aku tengah buat ni? Memang taklah! Aku berhenti dan bersandar pada pintu. Kalau aku call Uncle Moon, aku mesti akan balik. Kalau aku balik, macam mana aku nak ambil tindakan seterusnya? Entah kenapa aku rasa sayu dan menangis. Sekali lagi aku menangis dan kali ni memang aku nangis pun. Bukan macam tadi yang aku terpaksa praktikkan kelas lakonanku untuk menangis. Kali ni aku menangis dan ada tolakan di pintu dari dalam. Aku berganjak dan pintu itu terbuka luas. D.O?
"Yah, gwaechanha?" tanyanya. Dengan muka merah menyala, ditambah dengan hidung dan mata yang merah saga, aku mengangguk. Dan tanpa dijangka, D.O memelukku.
"It's okay. Kau mesti takut, kan? Everything's safe now," pujuknya.
No, it'll not okay until aku dapat balas dendam demi Soo Young. Aku menolak D.O.
"Jangan dekati saya," kataku, serupa memberi amaran.
"Kenapa?" soal D.O sambil mendekatiku.
"Awak pun entah-entah sekarang ni tengah rancang nak kenakan saya," jawabku.
"Tak. Tak adalah," nafi D.O. "Saya tak ada niat nak kenakan awak. Sumpah," jawabnya. Kalau Soo Young, orang main sumpah pun dia akan percaya tapi kali ni aku perlu buat kelainan sikit.
"Dua kali. Dua kali saya terkena hari ni. Macam mana saya nak percayakan awak?" soalku sambil menangis tersedu-sedu. Aku melutut. D.O memegang bahuku dan lantas memelukku.
"I know today is the most tough day to you. But believe me, I'm not like that," pujuknya lembut. Aku menangis perlahan, dalam dakapan D.O.

Nerd Vs ...Where stories live. Discover now