Bonus Diari #1

229 9 0
                                    

Kita keluar kejap dari dunia pengembaraan sebab kita nak perkenalkan sesi bonus pulak (akan ada bonus yang lain menyusul) sebab nak intro karakter Rifa secara lebih dekat.

Pada dasarnya, Rifa adalah anak bongsu dalam adik-beradik dia yang... hmmm, agak ramai. Keluarga dia adalah orang yang kuat mengamalkan satu ajaran ni, malangnya, Rifa tak berapa nak amalkan ajaran keluarganya setelah tahu satu sejarah tentang nenek moyangnya dan mengambil keputusan untuk menjadi pencuri a.k.a perantau. Beberapa tahun kemudian, dia terserempak dengan kakaknya, Lina dan telah menyuruh Rifa pergi ke Pelabuhan Klang untuk membuat pasport dan pergi dari situ sejauh yang mungkin.

Atas sebab Lina selalu mengomel kepada Rifa yang dia tu adalah seorang adik yang teruk, Rifa telah mengabaikan tujuan asalnya, rembat duit untuk proses tersebut dan terus mengembara bersama rakan-rakan barunya.

Namun, semenjak berkawan dengan Badrol, Kayu, Melati, Big Onion dan Hayun, Rifa dapati yang dia ni lemah, terutamanya bab magik, lebih-lebih lagi dengan adanya Big Onion dan Hayun, membuatkan dia rasa rindu kat famili dia. (Tapi sekarang Big Onion macam dah takkan muncul, jadi Hayun menjadi 'idola'nya untuk mempelajari semula ilmu magik.)

Dalam senyap, dia cuba untuk amalkan ajaran keluarganya semula, walaupun niatnya tak tetap, tapi sedikit-sebanyak dia juga mahu meningkatkan kuasanya dalam magik!

*    *    *

Sebagai bonus tambahan, aku akan lampirkan sedikit info tentang Rifa dalam siri permainan D&D ni.

Nama: Sharifah "Rifa" Pen-Yu.
Bangsa: Elf
Pekerjaan: Rogue/Pencuri 
Jantina: Perempuan
Umur: 125 tahun 
Sikap: Chaotic Good
Tinggi: 5' 4"
Berat: 90 kg
Asal: Pulau Kelapa Parut di Kepulauan Langkawi.
Bahasa: Common dan Elven

Kemahiran (mengikut rank utama):
Bluff, Climb, Craft (Weapons), Disable Device, Disguise, Escape Artist, Knowledge (Dungeoneering), Knowledge (Local), Perception, Sense Motive, Sleight of Hand, Stealth.

*    *    *

Aku harap, satu hari nanti, ada antara korang yang baca ni mungkin nak cuba main D&D atau nak sertai kumpulan ni, aku alu-alukan sangat (dan kami mencari seorang healer dan seorang lagi tank)!

Setahun lebih cuba nak cari group, baru kali ni berjaya dan berhasil. Moga permainan pen-and-paper dan tabletop macam ni tak pupus dari muka bumi. Osh!

 Osh!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Diari Seorang PencuriWhere stories live. Discover now