#5: Mafia Kampung Dusun

266 12 0
                                    

Aku terjaga dari tidur. Rasa sejuk terasa menggigit sampai ke tulang.

"Rifa, bangunlah~ giliran kau pulak berjaga," kata Hayun sambil tangan kirinya menahan kuap, dan tangan kanannya menepuk-nepuk kaki aku.

"Hmmm... k~"

Lambat-lambat aku bangun dan aku perhati sekeliling. Semua terkulai lena, termasuk Hayun yang baru saja baring. Kecederaannya semasa berlawan dengan manusia-kucing kelmarin masih berbisa. Dia perlukan lebih rehat.

Aku berjalan ke pintu. Langit yang gelap mulai menurunkan hujan. Semakin lama, semakin lebat. Angin yang bertiup pun agak kuat, sejuk pulak tu. Nasib aku ada kain jubah labuh ni, jadi aku bungkus tubuh aku dengan kain itu sambil berjaga.

Aku capai sebatang kayu yang ada di situ dan aku keluarkan pisau belati yang tersisip di paha. Aku mula mengasah kayu itu menjadi anak panah.

Asah, asah, asah, asah... guruh berdentum. Tap! Batang kayu itu patah. Aku tersenyum.

Nampaknya, aku kena asah kebolehan buat panah dulu la.

Aku pandang semula sekeliling. Mungkin dah cukup satu jam aku berjaga. Aku berjalan ke arah Melati, dan aku kejutkan dia. Kini giliran dia untuk berjaga, seperti yang kami putuskan sebelum tidur tadi.

Setelah memastikan Melati bangun segar, aku kembali mencapai beg bungkusan yang aku jadikan sebagai alas kepala dan terus tidur. Tak ada fikir apa dah.

*    *    *

Tengah sedap tidur dibuai mimpi, aku dikejutkan oleh Badrol, dan Melati juga secara tak langsung turut terjaga kerana dia berada berdekatan dengan aku. Agak kelam-kabut jugak la masa tu sebab aku terlalu mamai dan tak cukup rehat.

"Apesal ni, Bad?"

"Aku dengar bunyi tapak kaki!" bisik Badrol.

"Hah? Tapak kaki apa?" tanya Melati.

"Aku tak tau tapi tapak kaki tu... banyak!"

Aku berkerut dahi. "Nak pergi ushar ke?"

"Boleh tapi... pelan-pelan la."

Kami pun berjalan keluar. Dengan hujan yang masih membasahi bumi, kami mencari dari mana datangnya bunyi tapak kaki yang banyak-banyak tu.

Sampai kat satu simpang jalan, tiba-tiba kami nampak satu siluet. Dan siluet tu sedang mengangkat busur panah ke arah kami.

Kantoi!

"Korang siapa?" tanya siluet itu.

Kami mengangkat tangan secara refleks. Badrol tampil ke hadapan selepas itu. "Hai! Nama saya Badrol. Ni Melati..." Dia menuding pada Melati. "...dan ni Rifa."

"Apa korang buat kat sini?"

"Kami... cuma tumpang bermalam kat sini je," kata Badrol lagi.

"Habis tu, mayat-mayat ni?" Siluet itu masih menyasarkan panahnya ke arah kami.

"Kitorang memang tak tahu!" laung Melati.

"Betul ke~"

"Seriuslah. Kami datang tadi pun memang semua dah mati," kataku pula.

Siluet itu bersiul memanggil rakan-rakannya yang lain, enam kesemuanya. Maka, berkumpul la mereka semua di situ. Sang siluet tadi pun menurunkan busur panahnya.

Aku harap tak ada lagi lawan-lawan buat masa ni. Nak-nak pulak bila kami cuma bertiga macam ni je.

"Siapa korang ni sebenarnya dan macamana boleh ada di sini?" tanya lelaki Elf, sang siluet itu.

Diari Seorang PencuriWhere stories live. Discover now