#19: Malam Kelam Kabut

103 7 2
                                    

Aku masih tak percaya akan apa yang berlaku di istana beberapa jam yang lepas. Berjumpa dengan sesuatu yang dikatakan hantu polong oleh Badrol itu, membuatkan kami tidak sabar untuk pulang ke markas dan melaporkan kejadian itu kepada Hadi dan Ringo.

Selepas habis makan dan kenyang, kami pulang ke markas sebelum langit bertukar merah-oren. Pada mulanya tidak ada apa yang pelik pun. Tapi setelah kami menolak daun pintu utama, tiba-tiba ia seperti tersekat. Seperti ada sesuatu yang menghalang kami daripada membuka pintu itu dengan luas.

Kami menutup semula daun pintu itu dan kembali membukanya. Pada waktu itulah kami nampak ada beberapa pengawal menoleh pandang ke arah kami. Dari bajunya, aku pasti mereka itu adalah pengawal dari istana.

Kemudian, datang seorang pengawal yang lagaknya seperti ketua. "Hah, ni kenapa ni?"

Kami terkebil-kebil sebab pelik akan apa yang sedang berlaku di markas sekarang.

"Er... kami..." Kayu tergagap.

"Apa korang buat kat sini?" tanya ketua pengawal itu lagi.

"Kami ada menyewa kat sini," jawabku.

"Korang ni siapa?"

Badrol menyelit, "Kami ni orang persembahan, baru je balik dari istana."

Pengawal itu menatap wajah kami seorang demi seorang. Aku syak dia tak percaya pada kami. Dia mula memberi isyarat pada rakan-rakannya supaya kami diperiksa seluruh tubuh badan.

"Hey, apa ni? Main pegang je!" marah Melati apabila salah seorang daripada pengawal itu mula merabanya. Namun, pengawal itu masih meneruskan kerjanya.

Hampir saja giliranku, Ringo keluar dari markas dan menjerit, "Woi!"

Lalu, pengawal yang ditugaskan untuk memeriksa kami itu berhenti daripada meraba kami.

"Jangan kacau diorang ni. Ni semua pelanggan kat sini!" marahnya lagi.

Pengawal itu terus berhenti memeriksa kami dan pergi dari situ. Si ketua tak berpuas hati dengan Ringo, lalu dia berjalan masuk ke dalam markas semula.

Ringo terus menghampiri kami dan berkata, "Korang boleh pergi tempat lain dulu tak?" Wajahnya memang jelas dia sedang serabut. "Ada hal sikit la jadi kat sini. Korang datang balik kemudian?"

Kami dalam nak tak nak itu terpaksa iyakan saja permintaannya. Sebelum kami berlalu pergi, Ringo sempat memaut lengan Kayu dan kami, secara refleks, menoleh ke arahnya.

"Cari Hadi!" pinta Ringo secara berbisik. Kemudian, dia masuk semula ke dalam markas, meninggalkan kami dalam kebingungan.

Aku pandang Melati, Melati pandang Badrol, Badrol jungkit bahu, Melati gulingkan mata.

"Kita nak pergi mana ni?" tanya Kayu secara spontan.

"Aku tak kisah nak pergi mana-mana. Masalah kita sekarang; Hadi. Mana nak cari dia?" tanya Melati.

Badrol pandang aku. "Kau pencuri, kan?"

Aku jungkit bahu. "Kenapa?"

"Kau kan pencuri, Hadi pun pencuri, kau rasa kat mana dia ada sekarang ni? Tempat lepak seorang pencuri?"

Soalan apa benda la pulak ni? Bukan main cepu emas lagi. Jangan sampai aku cepuk dia, sudahlah.

"Mana la aku tau, Bad. Bagi aku, aku suka tempat yang berbukit... ada sungai. Tenang," jawabku.

Hayun sedari tadi diam, kini bersuara, "Korang tak pelik ke kenapa ada pengawal istana kat markas tu?"

Dalam runsing itu, tiba-tiba Badrol seperti teringatkan sesuatu.

Diari Seorang PencuriWhere stories live. Discover now