#44: Pengakhiran Yang Tak Dijangka

38 2 3
                                    

Aku tidak sangka perkara ini boleh berlaku. Aku membuka kain penutup hidung dan berjalan menghampiri tubuh itu. Aku menurunkan hud, melutut, dan memberi penghormatan yang terakhir buat sahabatku. 

* * * 

Naga itu mulai menyeringai ke arah kami dengan mulutnya mengeluarkan asap yang sangat tengik. Sayapnya yang dikuncupkan tadi dilebarkan semula. Naga itu mengaum sekuat hati. 

Naga bersisik hijau itu mengapungkan dirinya ke udara dan mula menyembur nafas berapi sebelum dia mendarat ke tanah. Melati dan Hayun yang paling hampir dengan naga itu terus terkena semburan itu, menyebabkan kulit mereka terbakar lecur. Aku dan Badrol yang berada paling jauh sempat mengelak daripada terkena semburan itu, lalu berpaut pada pokok untuk melindungi diri. Pelita sudah mengapungkan dirinya menjauhi kawasan semburan, manakala Kayu pula melompat tinggi memanjat dahan pokok untuk menyelamatkan diri. 

Dengan semburan yang baru dilepaskan naga itu, maka bau tengik tadi menjadi semakin kuat menyelubungi kawasan ini. Aku pejam mataku rapat, menahan segala macam lelah dan pening yang kini mahu mengambil-alih tenaga tubuhku. 

Melati mengaduh, sebelum dia mengambil keputusan untuk menyerang naga itu dengan menarik panahnya ke arah naga itu. Namun, tak sempat untuk melepaskan panah, naga itu membuat satu magik yang membuatkan tumbuhan menjalar berdekatan meliliti tubuh Melati. Sekaligus mengganggu tumpuan panahannya dan sasarannya tidak mengena. 

Tumbuhan yang melilit Melati itu juga melilit Hayun, membuatkan dia terkapai-kapai untuk melepaskan dirinya. Dari jauh itu, aku hanya mampu lihat semua itu berlaku sebab aku terlalu lelah untuk berlawan. 

Aku cuba untuk tenangkan fikiranku. Aku ambil nafas selama mungkin, asalkan aku berjaya menstabilkan diri daripada kesakitan ini. Aku intai naga itu. Dari lokasi aku, aku pasti yang aku tidak mampu untuk menembak tepat ke arahnya. Penglihatanku menjadi sedikit kabur. Aku menggeleng dan memejam-celik mataku beberapa kali untuk kembali fokus. 

"Apesal kau serang kitorang?" Aku dapat dengar suara Pelita cuba untuk berdiplomasi. 

"Sebab kau orang semua dah masuk dalam kawasan aku. Dan dia tu tadi nak menyerang aku!" marah naga itu. Jarinya yang runcing kukunya itu dituding ke arah Melati. 

Aku ketawa kecil mendengarnya. Mungkin saja naga itu tahu kedatangan kami untuk memburunya. 

Aku kembali mengintai naga itu. Waktu itu, Kayu pula mengambil peluang untuk menyerang. Dia memukul dan menumbuk naga itu, kemudian dia mengundur. Gerakan itu diulang-ulang. Pukul curi, bijak! Dalam waktu yang sama, Pelita membantu Melati untuk melepaskan diri daripada lilitan tumbuhan menjalar tadi. Dengan susah-payah juga, barulah Melati berjaya bebas. 

Kemudian, datang pula bala lain. Dua ekor naga kecil bersaiz sebesar anjing tiba untuk membantu naga besar tadi menyerang kami. Salah seekor naga kecil itu sempat melibaskan ekornya pada Melati. Melati kebengangan, mula memanah kedua-dua naga pengacau itu dengan serentak. Panahannya mengena. Namun, naga-naga kecil itu terbang tinggi menghampiri naga besar. 

Naga besar itu menderam kuat. Bengang agaknya. Aku pantas mengisi beberapa anak panah ke dalam slot busur silangku, kemudian aku sasarkan laras panah ke arah naga itu. Aku tarik nafas dalam, seiring nafas dilepas, aku menarik picu. Sasaranku mengena dan naga besar itu mengaum kuat. 

Naga besar itu mengamuk. Badrol yang sedang perlahan-lahan mendekati naga besar itu, konon mahu menyerang curi naga itu, namun naga itu sedar akan kehadirannya. Terus naga itu menggigit tangan Badrol. 

"Wargghh! Tolong aku. Sakit la woi, naga! Lepaskan aku!" 

Dengan masih menggigit lengan Badrol, naga itu menggumam kata, "Jangan harap aku nak lepaskan penceroboh macam kau!" 

Diari Seorang PencuriWhere stories live. Discover now