Plan untuk ke Pejabat Daerah terbatal setelah kedatangan kami pada tengahari tadi hanya mendapati pejabat itu tidak beroperasi kerana berlangsungnya Festival Todak bermula hari ini sehingga esok.
Aku mengusik luka di bahuku yang ditembak oleh pasangan pengguna magik tadi. Luka sudah semakin kering dan nasib saja tidak berlaku pendarahan yang teruk. Aku hanya mengelap kesan darah kering tadi dengan tuala yang aku lembapkan dengan cecair ubat saja. Harap tiada bakteria jahat yang merebak di luka ini.
Kami kembali ke markas setelah puas melihat Festival Todak yang berlangsung di Pelabuhan Timur dari jauh. Festival itu agak meriah, dan semakin lewat hari berlalu semakin meriah keadaannya. Orang yang ke sana juga semakin ramai.
Aku boleh saja ke sana untuk meramaikan umat, tapi melihat pada Kayu dan Pelita, aku batalkan niat. Keadaan mereka tidak mengizinkan dan lebih baik aku pentingkan mereka dahulu daripada aku memikirkan kepentingan aku untuk mencuri di festival itu nanti.
Setelah kami tiba ke markas, keadaan di dalam agak gelap. Di luar sudah ada remang senja. Sekejap saja lagi, malam menyusul. Aku berjalan ke dalam gelap untuk mencari kayu obor yang sering menerangi markas. Setelah mendapatkannya, aku membuat Percikan Api dan menyalakan obor yang ada di situ.
Elok saja semua obor dinyalakan, tiba-tiba ada suara orang seperti mengerang. Bukan mengerang sakit, lebih kepada mengerang menggeliat. Diikuti dengan suara orang menguap kuat. Pantas aku menoleh.
"Korang pergi mana tadi?" tanya Melati sambil terpisat-pisat menggosok mata. "Lama aku tunggu tau."
"Kau dah sihat ke?" tanya Hayun.
"Aku okey la. Dah kurang rasa pening. Badan aku pun dah tak lemah macam pagi tadi."
"Mana yang lain?" Aku melilau mencari Nora dan Man.
"Tak tau. Aku bangun tadi pun takde siapapun kat sini." Melati memandang kami semua. "Korang ni dari mana? Apa jadi kat Kayu dengan Pelita?"
Aku waktu ini ke dapur bar untuk mencari apa-apa yang boleh dimakan. Lapar pulak rasanya.
"Kena serang tadi masa nak pergi ke Festival Todak. Diorang serang Kayu dengan Pelita sampai diorang pengsan, kau tau?" Semangat betul Badrol bercerita.
"Habis tu, Festival Todak, pi tak?"
Aku mencelah, "Gila kau nak pergi, dengan diorang teruk kena tibai ni."
"Mana la tau datang gila korang, kan." Melati ketawa.
Kayu yang kelemahan itu terus berjalan naik ke bilik. "Aku rasa nak rehat la. Mungkin tidur kot. Tak larat lak nak bergerak lebih."
"Kau rehat la puas-puas malam ni," saran Hayun. "Kau pun, Pelita. Pi naik, rehat."
Pelita mengangguk. Aku membantunya untuk ke biliknya, kemudian aku turun semula. Kembali ke dapur dan menyelongkar kabinet. Ada beberapa keping roti gandum dan jagung.
"Nak?" Aku menghulurkan roti dan jagung kepada mereka yang tinggal.
Melati pantas menggeleng. "Takpe la. Aku rasa macam nak makan kat luar. Korang rehat la. Mesti penat. Lawan tak ajak lak tu." Dia menjelirkan lidahnya sebelum keluar dari markas. Saja nak mengusik.
Aku melantak apa yang ada. Perut terlalu lapar punya pasal.
Setelah kenyang, aku pun naik ke bilik untuk mandi dan berehat. Duit yang dicuri tadi aku letakkan dalam uncang duit dan diletakkan di dalam poket rahsia. Aku terlupa untuk tanya mereka, apa aktiviti yang mereka mahu buat esok.
Ah, tak apalah! Kalau mereka tiada apa-apa plan, aku akan ke Festival Todak untuk bergembira.
* * *
![](https://img.wattpad.com/cover/51605041-288-k593814.jpg)
YOU ARE READING
Diari Seorang Pencuri
AventuraPengembaraan ini bermula setelah aku - Rifa - bersepakat dengan Badrol, Melati, Kayu dan Hayun untuk menggegarkan bumi Melaka dengan kehebatan kami. Tak sangka, pertemuan aku bersama mereka yang juga mempunyai kembara tersendiri telah membawa kami k...