#30: Tenang-Tenang Air

102 5 0
                                    

Tenang sikit rasanya hati. Nak rehat pun senang. Tak ada siapa nak kacau. Tak ada rasa bersalah sikit pun dalam hati aku selepas aku 'menghantar' Pakcik Aisa ke kapal nelayan yang hanyut itu.

Aku sambung mengasah anak panah untuk kegunaan hari muka. Dapatlah 5-6 batang panah buat masa ni. Aku rasa jari aku pun dah mula perit dan tangan pun lenguh. Dengan baldi kecil yang diikat bersama kail pancing ikan, aku turunkan baldi itu ke permukaan laut untuk mengambil sedikit air dan dinaikkan semula baldi itu. Aku membuka sarung tangan dan membasuh tanganku yang kotor dengan habuk kayu dan besi.

Sekali lagi, hati aku dirundung keliru. Apa yang bakal berlaku kepada aku sekiranya tangan kiriku ini masih dengan keadaan begini. Dengan rupa seperti mumia, berbalut kain kusam, dengan kulitku bertukar berwarna kuning pula tu. Walaupun efek mumia itu cuma sehingga ke pangkal siku, namun ia membuatkan aku tidak senang duduk sekiranya aku melihat tangan ini. Sebab itulah aku kerap memakai sarung tangan untuk menutup aib ini.

Aku kembali duduk ke pangkin berdekatan dengan tiang layar. Cahaya matahari tengahari itu agak terik, jadi aku bersembunyi di bawah bayang-bayang kain layar yang terbuka luas menadah angin untuk mempercepatkan pelayaran ke Temasek.

"Woi!" jerit Melati dari atas tiang layar.

Pada waktu itu, Badrol sedang bertugas di bahagian kemudi, Pelita dan Hayun di pos memancing, manakala Kayu sedang bermeditasi di hujung dek belakang.

"Apa dia?" balas Hayun.

"Suratkhabar!" Tanpa menunggu respon daripada kami, Melati terus mencampakkan suratkhabar itu ke bawah. Ia jatuh betul-betul berdekatan dengan kawasan Hayun dan Pelita duduk.

Hayun terus mencampakkan kayu pancing ke tepi dan mencapai suratkhabar, lalu dibaca satu persatu tajuk utama.

Aku menghampiri untuk mencuri baca apa yang aku sempat nampak. Antara yang aku nampak, Kekecohan di Melaka! - Pelaksanaan hukuman mati Hadi M. Sulaiman terganggu.

Berita itu menarik aku untuk terus baca. Menurut berita tersebut, Hadi M. Sulaiman sepatutnya dihukum gantung di depan khayalak ramai semalam. Namun, kekecohan berlaku dan Hadi M. Sulaiman diselamatkan.

Diselamatkan oleh siapa? Ah, ini yang aku nak tahu sangat-sangat nih! Tapi di dalam rangka berita itu cuma menceritakan tentang itu saja. Nampaknya, Mafia Kampung Dusun betul-betul dalam keadaan kaos dan kelam-kabut. Ahli yang masih hidup diburu, termasuklah kami. Cuma nasib kami agak baik dan berjaya lari daripada pihak berkuasa istana saja.

Apa yang jadi kat Pakcik Zabidin, Ringo, dan Lili sekarang ni? Setakat ini, kali terakhir yang kami jumpa pun cuma Nikolai di Pelabuhan Klang. Harap dia okey kat sana.

* * *

Perjalanan ke Temasek semakin hampir. Badrol memanggil semua agar kami dapat berkumpul untuk mengingatkan semula tujuan kami ke Temasek dan apa perkara dan pilihan yang boleh dibuat nanti.

Secara kasarnya, kami perlu menghantar Encik Zul kepada pihak Temasek untuk berunding supaya membatalkan niat mereka untuk berperang dengan Melaka. Juga mematahkan rundingan mereka bersama Lanun Majapahit, kalau ada.

Masih ingat pada Lazarus? Setan yang tak habis-habis menawarkan permintaan semata-mata untuk meminta pertolongan daripada kami semasa kami tersesat di dalam neraka beberapa minggu lepas? Lazarus berkeinginan untuk menjadi seorang sultan di Melaka. Masalah dia sekarang, kerajaan Melaka kini dikuasai oleh makhluk Abyss, yang kami sendiri pun tak tahu punca atau siapa yang mengetuainya. Musuh politik Lazarus, iaitu Beezlebub, juga mahu menjadi sultan di Melaka. Yang merumitkan keadaan apabila Beezlebub ni pulak sudah buat perjanjian dengan Lanun Majapahit untuk menawarkan khidmat tentera kepada mereka, sebab Lanun Majapahit juga berkeinginan mahu menyerang Melaka. 

Diari Seorang PencuriWhere stories live. Discover now