#32: Dia Nora

88 3 3
                                    

Aku menghabiskan waktu malam dengan hanya bersembang bersama Pelita, Badrol, dan Man di bar. Melati dah tumbang kemabukan arak walaupun kadang-kadang dia ada menyampuk perbualan kami. Ada juga bertanya jika ada ahli mafia yang berpangkalan di sini tapi Man kata yang markas di sini agak terpencil. Kawasan ini bukan kuasa besar buat Mafia Kampung Dusun. Tapi Pakcik Zabidin antara kuasa besar yang menjaga kawasan ini agar tanah Temasek ini masih ada jajahan takluk kami walaupun dalam skala kecil. 

"Pakcik Zabidin tu pernah selamatkan nyawa aku, kau tau?" Semangat betul si Man ni bercerita! 

"Dia selamatkan kau cemane?" Aku layankan saja cerita Man tu. Betul tak betul, lantak pi. Asalkan kami terhibur malam ni. 

"Dia selamatkan aku dari mulut buaya." 

"Buaya je?" celah Kayu. 

"Kau bayangkan, aku sebelum tu kena lari dari mulut rimau, lepas tu termasuk dalam mulut buaya. Tak ke mati aku kalau Pakcik Zabidin tak datang masa tu?" 

Kayu tergelak besar. "Wow... macam boleh buat jadi peribahasa je tu!" 

"Apa benda kau cakap ni?" Dahi Man dah berkerut. 

"Apa yang kau lalui tu la! Kalau dibuat peribahasa macam best je," kata Kayu sambil tangannya mengusap dagu. Mungkin fikirannya ligat untuk membina peribahasa yang dikatakan itu. 

"Ha... kau cuba la buat. Mana tau, kau boleh jadi ahli linguistik yang hebat nanti." Man pun macam layankan je peribahasa Kayu tu. 

"Idea yang bagus!" Dan dia terus meneguk air kelapa yang dihiasi dengan payung kecil di tepi gelasnya. 

Man memandang kami secara bergilir. "Ada apa-apa lagi yang korang nak tambah?" tanyanya merujuk kepada makanan dan minuman. 

Aku hanya menggeleng untuk menjawab soalannya. Aku dah berapa kali tambah air. Daging kerbau tadi aku buat cicah dengan kentang lenyek bersos lada hitam... pergh! Sedap gila! 

"Kau sediakan satu hidangan untuk sorang. Daging ni, kentang, dengan salad... aku nak bagi kat orang kat bawah tu," pinta Badrol kepada Man. 

Man terus menyediakan makanan seperti yang disuruh Badrol dan dia terus berjalan ke sel tahanan di bawah tanah untuk memberi Encik Zul makan. Walaupun kami menangkap Encik Zul dan menganggap dia sebagai tahanan kami, tapi kami masih --kalau boleh-- mahu menjaga makan-minum si diplomat gay itu. Beruntunglah dia jadi tahanan kami ni kan. 

Selepas Badrol turun ke sel tahanan, aku menghampiri Man yang sedang membasuh pinggan-mangkuk di singki. 

"Weh, Man!" 

"Hmm?" 

"Kau kenal Rendi tak?" 

Man terhenti daripada mencuci. Tangannya masih berbusa sabun dengan sabut pencuci masih di genggaman. "Rendi?" 

"Kawan Hadi. Orang kata dia tukang latih budak-budak main pedang. Kenal tak?" 

"Oh!" Wajahnya kelihatan seperti dia teringatkan sesuatu. "Rasanya dah dua bulan dia tak datang sini..." 

"Dia duduk sini?" 

"Taklah. Tapi dia kerap datang sini." 

"Eh? Oh... dia geng mafia jugak la?" 

Man kembali menyambung mencuci pinggan-mangkuk. "Ha yela." 

"Dia ada geng?" Tiba-tiba Kayu mencelah. "Siapa ketua dia?" 

Muka Man kembali berkerut. "Ketua eh? Dia tinggi-tinggi... bangsa Orc... pakai songkok." 

Pakai songkok? Aku tak boleh nak bayangkan Orc pakai songkok. 

Diari Seorang PencuriWhere stories live. Discover now