#31: Temasek, Kami Datang!

70 6 0
                                    

Lauk ketam yang Kayu masakkan semalam masih berbaki. Kami meratah itu sahaja buat sarapan. Pagi itu, cuaca sedikit mendung tapi aku tak rasa hari bakal hujan. Kami sekadar duduk berehat sambil makan, sementara kami tiba di pelabuhan berdekatan dengan bandar utama di Temasek. Negeri ini takdelah besar mana, tetapi lekuk daratannya yang membuatkan kami terpaksa mengelilingi buminya untuk tiba ke situ. 

Sedang kami tekun melahap, Badrol meletakkan mangkuk yang penuh dengan isi ketam itu di depannya dan memandang kami seorang demi seorang.

"Kita kena pastikan yang Encik Zul tu dengar cakap kita nanti," kata Badrol, merujuk pada apa yang aku curi-curi dengar malam tadi.

Aku tak tahu nak bereaksi apa memandangkan dalam fikiran aku, Encik Zul dan pihak Temasek punya rancangan jahat yang lain untuk menjayakan perang bersama Melaka. Namun, pada sisi lain, aku juga mengharapkan tiada persengketaan yang berlaku, atau rancangan kami untuk menewaskan Lanun Majapahit akan menemui kegagalan.

Mengikut kira-kira dalam kepala otak aku, peratusan untuk kami menang dalam perang ini adalah tipis. Semuanya selepas kejatuhan Mafia Kampung Dusun dan penangkapan ahli-ahli kami. Segala misi yang telah dibagi-bagikan semua telah berserabut dan berterabur. Kekurangan ahli untuk menggalas tugas dalam suatu misi juga agak menyumbang kepada penurunan peratusan. Dengan hanya kumpulan kami dan mungkin lagi satu atau dua lagi kumpulan yang lain, aku tak rasa perancangan yang kami bina sebelum ini dapat diselesaikan dalam kadar yang segera.

Mengikut Lazarus, pilihanraya untuk pemilihan menjadi Sultan Melaka akan berlaku lagi tujuh minggu. Dan tujuh minggu itu bermula semasa kami berada di neraka. Aku yang sudah kehilangan kira-kira hari cuma mampu menganggap baki pilihanraya cuma berbaki empat minggu saja lagi.

Argh... sebulan saja lagi?! Sempat ke?

"Aku boleh menyamar jadi Encik Zul, kalau korang tak kisah," tawar Hayun.

"Kau biar betul?"

"Jangan risau. Aku ada magik yang boleh buat aku menyamar jadi seseorang."

"Lama tak tempoh magik kau bertahan?" Aku sebenarnya risau. Kami semua tahu yang kuasa magik ada tempoh tertentu untuk bertahan, bergantung pada kekuatan penggunanya.

"Aku yakin aku boleh tahan paling lama pun 30 minit. Tapi aku akan cuba tahan lama, harap aku dapat buat la."

Badrol menumbuk lantai kapal. "Kejap sangat tu, Yun!"

"Kalau kita runding je dulu tanpa bawa Encik Zul, mungkin kita boleh potong masa untuk Hayun berada lama dalam tempoh penyamaran," cadang Melati.

"Kiranya, kita berunding dulu, kalau diorang nak jumpa Encik Zul, baru kita bawak masuk Hayun?" Badrol terkerut.

"Kalau proses rundingan makan masa yang lama, jadi kita boleh beli masa, sementara tiba waktu Hayun menyamar jadi Encik Zul!" Kayu menyampuk.

"Yep. Macamana?"

"Aku okey macam tu," Hayun bersetuju.

Aku setuju saja dengan cara itu. Lagi senang dan teratur dan mungkin berjalan dengan lancar tanpa merumitkan fikiran untuk merisaukan tentang Hayun yang perlu bertahan lama untuk menyamar menjadi Encik Zul itu nanti.

Lama Badrol berdiam. Kemudian, setelah dia berfikir masak-masak, dia mengangguk bersetuju.

Maka, selesai satu perbincangan untuk berhadapan dengan pihak Temasek nanti. Cuma bagaimana untuk kami keluar daripada kawasan mereka sahaja kami tidak bincangkan lagi. Walaupun kami punya pelbagai strategi, tapi selalunya berakhir dengan sesuatu yang tak dijangka.

* * *

Dalam pandangan aku, aku dapat lihat sebuah perkampungan nelayan yang majoritinya didiami oleh bangsa Goblin.

Diari Seorang PencuriWhere stories live. Discover now