Pagi itu, aku bangun dengan kepala ku terasa sakit berdenyut. Seperti ada sesuatu yang mahu meletup keluar daripada kepala otak aku ni. Aku cuba mengurut sendiri kepalaku, harap sakit ini lekas berkurangan.
Pabila sakit kepalaku berkurangan, aku kebil-kebilkan mataku sebentar sebelum aku memfokuskan pandanganku pada sekeliling.
Aku... aku kat mana ni?
Aku memegang semula kepalaku. Aku langsung tak ingat satu apapun yang berlaku selepas malam itu. Selepas kami terserempak dengan sosok tubuh manusia berbalut dengan jubah kuning, aku rasa aku pengsan lepas tu. Pengsan berapa lama, aku pun tak tahu.
Tahu-tahu saja, aku sudah berada di sini. Di mana, aku pun tak pasti.
Aku mengangkat pandanganku ke sekeliling. Tempat ini kelihatan seperti sebuah bilik di rumah tumpangan.
Aku meraup wajahku yang sedikit berpeluh.
Woa, woaaaa! Kejap! Apa jadi dengan tangan aku ni?
Aku belek tangan kiri ku yang agak pelik kondisinya. Tanganku dibaluti kain seperti kain mumia berwarna kuning dari telapak tangan sampailah ke siku. Namun, kulit yang terdedah pula masih kekal warna kulitku -- putih pucat.
Apa kejadah la pulak ni?
Aku cuba untuk menarik kain itu untuk membuka balutannya, namun gagal. Aku tak tahu di mana hujung kain itu diselitkan, tambahan pula, kain itu seperti sebahagian daripada kulitku. Ia melekat kejap.
Aku cuba mengabaikannya. Percubaanku gagal kerana tangan kananku tak habis mahu menarik 'cebisan kain' itu.
Jadi, aku terus bergerak untuk ke bilik mandi. Aku pandang pantulan tubuhku di cermin. Fikiranku mengimbaskan wajah-wajah penyerang berjubah di dalam hutan yang kami tempuh. Luka-luka yang aku dapat sepanjang tempoh pertarungan itu... kini hampir sembuh. Kalau ikutkan proses penyembuhan ini, pertarungan itu berlaku pada beberapa malam yang lepas. Tiga, atau empat hari yang lalu.
Aku mengeluh berat. Apa yang berlaku sepanjang tiga-empat hari yang hilang itu?
Aku perlu dapatkan penjelasan daripada mereka. Mungkin mereka ada jawapan. Dan tangan ini... ya, pasti mereka tahu puncanya.
Selesai membersihkan diri, aku turun ke bar. Kelihatan rakan-rakanku yang lain turut berada di sana.
"Rifa! Kau dah okey?" Melati memegang lenganku apabila aku hampir di meja mereka berlepak.
"Aku okey kot. Kenapa?" Aku sempat memesan sarapan dan minuman pada pelayan yang datang menghampiriku.
"Serius la? Kau ingat tak apa yang berlaku beberapa hari lepas?" Hayun mencucuk garfu pada ketulan daging yang dibanjiri dengan sos lada hitam.
Aku cuba mencari apa-apa memori yang berlaku pada beberapa hari yang lepas. Ternyata, ia berbalam-balam. Dan aku rasa, sepanjang hari yang hilang itu, aku seperti berada di dalam dunia khayalan.
YOU ARE READING
Diari Seorang Pencuri
مغامرةPengembaraan ini bermula setelah aku - Rifa - bersepakat dengan Badrol, Melati, Kayu dan Hayun untuk menggegarkan bumi Melaka dengan kehebatan kami. Tak sangka, pertemuan aku bersama mereka yang juga mempunyai kembara tersendiri telah membawa kami k...