Bonus Diari #6: Musim Kedua!

29 2 0
                                    

Salam kepada semua yang tekun membaca diari Rifa. Terima kasih kerana sabar menunggu episod demi episod untuk membaca perkembangan terbaru Rifa dan rakan-rakan! 

Kami masih bersedih dengan apa yang berlaku kepada Kayu dalam episod lepas. Jadi, Rifa mengambil keputusan untuk berehat seketika untuk tenangkan diri sebentar. 

Dalam episod akan datang, kami akan bermula dengan musim baru!! 

Mungkin ada yang mengikuti pengembaraan D&D kami di YouTube. Selepas berehat setahun lebih dari bermain D&D, kini kami The Natural Ones kembali beraksi. Kami rancang untuk bermain sebulan sekali, jadi nantikan diari Rifa dengan tenang, saban minggu. 

Untuk musim baru ni, kami dah berhijrah dari Pathfinder ke 5e, di mana 5e ni adalah versi terbaharu dan lebih ringkas daripada versi Pathfinder. Jadi, akan ada magik Rifa (dan rakan-rakan, tentu sekali) yang berubah. Namun, kami akan cuba kekalkan kesinambungannya supaya tidak kekok. Jadi, dalam bonus diari kali ini, aku akan ceritakan perubahan yang berlaku dalam status atau profil Rifa dari sistem lama ke sistem baru ni. 

* * * 

Dalam edisi 5e, setiap karakter perlu ada 'background' yang telah disediakan untuk dapatkan beberapa sifat tambahan dan kelebihan daripadanya. Untuk Rifa, aku pilih 'Haunted One' sebab ia dekat dengan latar belakang asal yang aku bina untuk Rifa dalam musim pertama. 

Sebagai 'Haunted One', Rifa telah dapat beberapa 'sifat' ini: 

Harrowing Event: Di mana keluarga Rifa ada sejarah mengamalkan ilmu hitam. Rifa pernah mencuba-cuba, tapi dia rasakan sesuatu yang tak kena, suatu yang tak sedap di hati, membuatkan Rifa melarikan diri daripada perkara itu. 

Gothic Trinket: Rifa ada sebotol pewangi, yang hanya makhluk tertentu yang dapat mengesannya. 

Heart of Darkness: Sesiapa yang melihat ke dalam mata Rifa akan dapat tahu bahawa Rifa pernah mengalami ketakutan yang tak dijangkakan, dan tahu Rifa bukanlah asing dengan kegelapan. Mereka mungkin takut pada Rifa, namun mereka sanggup untuk memberi ihsan dan pertolongan kepada Rifa. Melainkan Rifa telah menunjukkan marabahaya kepada mereka, kemudian mereka akan dan sanggup untuk berlawan dengan Rifa, sekiranya Rifa keseorangan berlawan dengan musuh. 

Personality Trait: Rifa tidak bercakap atau bercerita tentang sesuatu yang menyeksa dirinya. Dia tidak mahu menyusahkan orang lain akan sumpahannya. 

Ideal: Rifa akan cuba untuk menolong sesiapa yang memerlukan, walau apa pun harganya. 

Bond: Rifa menyimpan setiap fikiran dan penemuannya di dalam jurnal. Jurnal ini adalah legasinya.

Flaw: Rifa bercakap dengan semangat yang tiada siapa dapat melihat. 

* * * 

Untuk magik, ada beberapa magik dalam musim lepas yang terpaksa aku lepaskan. Jadi, ini adalah senarai magik terbaru untuk Rifa, aku akan beri nama asal dalam edisi 5e dan terjemahan yang aku akan guna dalam jurnal ni. 

Acid Splash (Percikan Asid): Membuat bebola asid. Boleh kasi campak kat musuh! 

Fire Bolt (Panah Api): Membuat panah api yang boleh dicampak ke musuh juga. 

Mage Hand (Tangan Sihir): Boleh membuat kuasa telekinesis. Dengan kuasa ini juga, Rifa boleh mencuri dengan mudah! 

Disguise Self (Menyamar Diri): Boleh menyamar menjadi sesiapa pun, tapi kena ingat, ada tempoh had masa! 

Ray of Sickness (Sinar Kesakitan): Membuat satu sinaran hijau yang menyakitkan musuh. 

Sleep (Tidur~): Membuatkan musuh tertidur. 

Blur (Kabur!): Membuatkan musuh nampak Rifa dalam keadaan yang tidak jelas kekaburan. 

Mirror Image (Pantulan Imej): Membuat beberapa salinan diri dalam satu masa yang sama. Untuk mengelirukan pihak lawan. 

Scorching Ray (Panah Cahaya): Mencipta tiga panah cahaya yang boleh dicampak ke musuh atau apa saja.

Secara dasarnya, kebanyakan siri magik Rifa ini adalah magik ilusi, disebabkan kini Rifa adalah seorang Rogue yang mempunyai archetype sebagai seorang Arcane Trickster. Jadi, lepas ni makin mudahlah Rifa nak mencuri! Duit pun makin susut ni. 

* * * 

Terima kasih buat yang memberi sokongan supaya Rifa dapat teruskan menulis diari ni. Terima kasih kerana seronok membaca pengembaraan kami. Terima kasih atas segalanya. 

Untuk episod akan datang, kami ada kawan baru! Hmm... siapa nama dia ye? Tengok puas-puas wajah kawan baru kami ni. Aku akan intro beliau dalam sambungan Diari Seorang Pencuri nanti! ;) 

Nota penulis #1: Tak sabar nak guna header dan gambar penutup yang terbaru

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Nota penulis #1: Tak sabar nak guna header dan gambar penutup yang terbaru. Terima kasih kepada Syafiq Aizat sebab beliaulah yang menyumbangkan grafik terbaru (juga bagi kebanyakan grafik lama) untuk geng The Natural Ones ni. Untuk musim kedua, grafik pada header adalah lukisan Syafiq Aizat, manakala grafik penutup pula di-design oleh aku sendiri. Heh heh! 

Nota penulis #2: Moga anda seronok membaca pengembaraan Rifa dan rakan-rakan selama ni. Mohon disebarkan ke kawan-kawan yang minat baca tulisan tidak matang sebegini. Terima kasih banyak!  <3 

Diari Seorang PencuriWhere stories live. Discover now