Helo, semua!
Minggu ini, Rifa berehat sekejap menulis diari. Terlalu banyak perkara berlaku sampai tak tertulis pula kali ni! Tapi pasti ada di antara korang yang menunggu diari Rifa yang terbaru, bukan?
Ada yang bertanya, magik apa yang ada dalam buku Rifa? Aku akan beritahu korang semua dalam bonus diari minggu ini. Untuk mudah, aku akan berikan senarai nama magik yang akan digunakan dalam diari ini, juga penerangannya supaya korang faham apa kegunaannya.
Jom!
-+-+-
Percikan Asid: Membuat satu bebola asid.
Santau Mati: Membuatkan satu makhluk terus lemah dan beransur mati.Tarian Cahaya: Cipta sumber cahaya yang berbentuk seperti bebola terbang.
Angin Bingung: Buat satu makhluk hilang punca dan kebingungan dalam masa beberapa saat.Hapus! : Mampu mencederakan makhluk seperti hantu atau mayat hidup.
Silau!: Membuatkan sasaran buta sekejap akibat cahaya yang terang.Bunyi Khayalan: Mencipta bunyi yang hanya wujud dalam imaginasi sasaran.
Bayangan Ngeri: Membuat gangguan ilusi pada lawan.
Cahaya!: Membuatkan benda yang dipegang menjadi bercahaya.
Buka!/Tutup!: Untuk membuka atau menutup sesuatu benda atau pintu portal.
Prestij Ilusi: Magik yang paling mudah dipelajari dengan hanya sedikit mantera dan gerakan tangan, petik jari, fikir apa yang hendak dibuat dan poof! Magik pun menjadi. Untuk membuat trik ilusi mudah.
Panahan Beku: Membuat anak panah bersifat ais.
Percikan Api: Untuk menyalakan objek mudah bakar.Sentuhan Lesu: Mampu membuatkan sasaran menjadi super letih.
Tanda Misteri: Untuk menanda sesuatu objek atau makhluk dengan menggunakan tanda pelik yang hanya penyihir yang buat itu saja tahu.
Tangan Sihir: Sebuah kuasa telekinesis. Khas buat orang pemalas.
Baiki!: Dengan memerlukan masa hampir 10 minit, satu benda yang rosak mampu dibaiki dengan pantas menggunakan magik ini.
Mesej: Untuk membisikkan mesej secara jauh.
Menyamar!: Sambil menjerit "Menyamar!", perlu fikir apa yang kita nak jadi sepanjang tempoh penyamaran.
Tangan Berapi: Serangan tangan yang menyemburkan api.
Angin Penakut: Menanam rasa takut pada sasaran.
Sihir Pemikat: Membuat sasaran menjadi 'kawan'.Hafal!: Mampu mengingat tulisan, gambar dan peta dalam beberapa halaman mukasurat.
Penanam Fikiran: Menanam apa saja idea atau syak dalam minda seseorang.
Panah Graviti: Memberi super impak ke atas setiap anak panah yang dilancarkan.
Panah Jejaring: Melancarkan bebola jejaring yang mampu melekatkan sasaran ke permukaan seperti dinding dan sebagainya.
Panahan Cahaya: Cahaya panas yang mampu mencederakan lawan.
-+-+-
Setakat ini, itu sajalah magik yang Rifa mampu buat sekarang ni. Jadi, Rifa selalu mengharapkan dia mampu belajar lagi untuk tampil lebih banyak magik yang dapat menolong dia dan rakan-rakan untuk mengharungi pengembaraannya yang semakin mencabar.
Rifa juga mengharap kalau-kalau ada mana-mana manusia yang terer magik ni untuk memberi peluang Rifa mencuri ilmu magik mereka, untuk kebaikan bersama :p
Terima kasih kerana setia membaca Diari Seorang Pencuri ini walaupun selalu langgar waktu untuk episod baru, tapi korang tetap ikut cerita ini. Terima kasih banyak! Kemungkinan ini adalah bonus yang terakhir dalam siri ini. Sila sebarkan pengembaraan kami agar kembara ini dicatat dalam sejarah dunia sebagai "kembara paling hebat dan gempak"!
YOU ARE READING
Diari Seorang Pencuri
AdventurePengembaraan ini bermula setelah aku - Rifa - bersepakat dengan Badrol, Melati, Kayu dan Hayun untuk menggegarkan bumi Melaka dengan kehebatan kami. Tak sangka, pertemuan aku bersama mereka yang juga mempunyai kembara tersendiri telah membawa kami k...