#22: Rakan Baru

129 8 0
                                    

Aku menilik gugusan kunci yang aku jumpa berdekatan luar gua yang Badrol curi emas semalam. Ada empat anak kunci kesemuanya. Kemudian, aku menyimpan semula gugusan kunci itu ke dalam poket tanpa memberitahu mereka. Kayu juga menjumpai segugus kunci yang punya tiga anak kunci, tapi dia memberitahu tentang perkara itu kepada mereka. Badrol menyuruh Kayu untuk menyimpan kunci tersebut, mana tahu ia membawa kami ke peti besi berisi harta dan emas.

Hah! Emas lagi...

Setelah semua sudah bersedia, kami meneruskan lagi perjalanan. Pada waktu matahari sudah mula gelincir ke barat, angin bertiup kencang dan dari jauh, kelihatan guruh dan kilat menghiasi langit. Menurut kata Melati, dalam 5-6 kilometer di hadapan kami bakal berlaku ribut, pada sebelah malam pula akan turun hujan dengan lebat.

Awalnya, kami bersepakat mahu meneruskan perjalanan saja, tapi cuaca makin teruk dan hampir setengah jam kemudian, kelihatan sebuah perkampungan yang makmur setelah karavan yang kami menaiki mulai menuruni sebuah bukit. Berdekatan hutan tebal itu terdapat sebuah rumah yang besar, di kelilingnya pula ada beberapa rumah yang kecil sedikit saiznya. Kesemua rumah itu terdapat cahaya terbias dari dalam, menandakan kampung itu berpenghuni.

Semakin kami menghampiri perkampungan itu, semakin telinga kami dapat mendengar suara bersorak ceria dari dalam rumah yang besar itu. Kami terus menghampiri rumah besar itu, mengikat kuda dan karavan kami di sebuah pokok, memandangkan tempat ini tiada bangsal atau kandang, dan kami masuk ke dalam rumah besar itu. Pintu ala koboi ditolak dan barulah kami tahu bahawa rumah besar ini ada sebuah bar.

Bar itu dipenuhi oleh berbagai jenis manusia. Kalau tengok pada muka, kebanyakannya seperti orang kampung ini, selebihnya adalah orang luar. Mungkin seperti kami juga, ingin menumpang teduh dan mengisi perut yang kosong setelah penat mengembara.

Aku menghampiri kaunter, memesan makanan dan minuman. Mereka juga mengikut. Melati paling gembira. Setelah dua hari di jalanan tanpa menemukan perkampungan, dia gian. Lalu, dia memesan satu balang bir untuk dirinya.

Ah, si kaki mabuk ini memang begitu. Aku tak suka pada minuman itu, lalu aku memesan coklat panas dan apa saja jajan atau kuih yang ada.

"Pasal makanan, korang jangan risau! Harini kita ada buat jamuan makan percuma. Sila, sila!" kata bartender itu dengan gembira.

Aku menoleh pada meja di sudut bar yang dipenuhi dengan pelbagai juadah. Sekejap lagi la aku amek.

"Korang dari mana ni?" tanya bartender itu setelah menghulurkan minuman kepada kami.

"Kitorang ni mengembara je," jawab Kayu, kemudian meneguk air kopi.

"Kitorang buat sarkas je, bang," celah Badrol.

Bartender itu mengangguk faham. "Kalau memburu ni korang suka tak?"

"Nak memburu apa je?"

"Binatang... apa-apa je binatang yang ada kat dalam hutan kampung ni."

"Apa je hadiah dia?" Melati yang mabuk todi itu kelihatan tertarik.

"Rasanya takde hadiah la."

"Tak ada?" Kami terkejut. Mana ada buat aktiviti sebegini tanpa hadiah!

"Yela. Memburu ni macam upacara je. Mungkin kalau menang, dapatlah daging panggang. Macam tu jela."

"Memang tiap tahun la buat ni?"

Bartender itu mengangguk. "Boleh kata ni festival untuk buat sembah kesyukuran kat dewa tanaman. Korang tau, tahun ni saja, hasil tanaman barli kampung ni naik mendadak! Ini semua kerja dewa!"

Aku mengangkat kening. Kuat betul kepercayaan penduduk kampung ni. Dewa tanaman, apa bagai... huh!

Sedang seronok kami berbual, kedengaran rakan kerjanya memanggil bartender itu dari dapur. "Korang lepak-lepak dulu. Layan makanan percuma kat sana, okeh!"

Diari Seorang PencuriWhere stories live. Discover now