Kami tercengang melihat sesuatu yang muncul secara tiba-tiba di hadapan kami. Melihatkan pada cara ia muncul, aku rasa ia adalah makhluk yang tinggi tahap kuasanya berbanding aku. Dan aku cuma mampu menyerang musuh secara fizikal. Argh... dilema!
Kelihatan setan besar itu memberikan arahan kepada setan-setan yang lain dalam bahasa mereka dan kemudian, mereka pergi. Setan besar tadi mula menghampiri kami. Kami pun apa lagi... mengeluarkan senjata dan bersedia dengan jurus magik yang ada la. Tapi setan besar itu ketawa, macam ada sesuatu yang kelakar baginya.
"Korang dari mana, hah?" tanya setan besar itu.
"Kitorang..." Masing-masing mahu menjawab tapi dalam nada yang berlainan. "...sesat."
Dengan lagak yang bersahaja, tiba-tiba Hayun mencampakkan balang kaca yang berisi darah Cerberus yang pernah kami bunuh.
Setan besar itu menggodek sebelum bertanya, "Siapa yang bunuh?"
Kami tidak menjawab. Mulanya, aku tak ingat siapa yang terakhir menyerang Cerberus itu sehingga mati. Kemudian, aku teringat Hayun yang telah menggunakan serangan api untuk membunuh binatang itu, lantas aku mendiamkan diri saja. Apa pulak yang setan itu mahu lakukan kalau dia dapat tahu siapa pembunuhnya?
Tapi setan itu hanya ketawa dan mencampakkan semula balang kaca itu kepada Hayun.
"Korang masuk guna tangkal, kan?" tanya setan itu lagi.
"Betul! Batu bercahaya tu yang buka portal tu," kata Kayu.
"Siapa keturunan dia?"
"K--keturunan?" tanya Badrol.
Setan itu ketawa lagi. "Tangkal tu siapa yang punya?"
"Kitorang jumpa satu rangka kat dalam gua tu. Dan rangka tu yang ada tangkal tu," beritahu Melati.
"Hmm..." Setan itu mengusap janggutnya. "Kau rakyat Melaka?"
Aku tersenyum. Macam nak ketawa pun ada. Teringat pula tujuan kami mahu memburu labah-labah dan kemudian terjerumus ke situ secara tidak sengaja. Ah, pedulikanlah dulu! Aku rasa seronok pulak dengan pengembaraan ni.
Kelihatan seperti setan itu membaca fikiran kami lagi. Kepala pun berasa sesuatu yang tidak selesa. Kemudian, dia ketawa lagi. Jengkel betul aku dengan tawanya.
"Aku suka dengan korang ni. Kita mungkin boleh buat perbincangan." Kemudian, dia melayangkan tangannya dan pintu gua tertutup. Selepas itu, dia memetik jarinya dan keluar percikan api yang mampu menerangi dalam gua yang gelap-gelita itu.
Setelah semua gundah hilang walau ada sedikit debar masih bersisa, setan itu bersuara lagi, "Nama aku Lazarus." Kami hanya memerhati dia berkata-kata. "Korang tau korang kat mana?"
"Mungkin kami tahu..." sampuk Hayun.
Lazarus tersenyum. "Bagus... dan apa yang korang tak tahu, kitorang punya pilihanraya dah nak dekat, sebab tu ada banyak askar yang meronda. Dan aku berpotensi untuk jadi raja di Melaka dan lawan aku adalah Beezlebub."
Aku dah gulingkan mata, bosan. Hal-hal politik ni memang aku malas nak campur. Tapi takpe, aku kasi dengar dulu.
"Dan kalau boleh, aku nak menang dan aku perlukan pertolongan korang," katanya lagi.
"Jap, jap. Kitorang sebenarnya nak keluar dari sini jela. Keluar ke dunia kami," kata Melati, geram.
"Rileks~ kau terlalu memikirkan tentang keresahan je tu. Dengar sini, aku boleh bagi korang keluar dari sini. Tapi aku nak korang tahu satu perkara; korang tahu apa yang berlaku kat Melaka sekarang?"
![](https://img.wattpad.com/cover/51605041-288-k593814.jpg)
YOU ARE READING
Diari Seorang Pencuri
ПриключенияPengembaraan ini bermula setelah aku - Rifa - bersepakat dengan Badrol, Melati, Kayu dan Hayun untuk menggegarkan bumi Melaka dengan kehebatan kami. Tak sangka, pertemuan aku bersama mereka yang juga mempunyai kembara tersendiri telah membawa kami k...