BAB 1

17.3K 310 2
                                    

Aishah Laili atau lebih senang dipanggil Aishah oleh orang sekeliling sudah siap dan bersemangat untuk ke sekolah pada pagi itu. Tergopoh-gapah dia memasukkan sekeping roti yang telah disapu jem strawberi kegemarannya dan seteguk air milo suam dengan sekali gus. Azura, Arfan dan Puan Suraya menggeleng kepala. Ada saja budak ni. Kalau nenda nampak ni maunya telinga bernanah. Bukan Aishah jek yang kena, Semua pun terlibat termasuk tok ayah.

"Aishah, elok-elok lah sikit. Pergi sekolah aje pun. Baru pukul 6.45 ni. Kenapa nak tergesa sangat?" Soal Puan Suraya. Pelik dengan anak keduanya. Tak ubah perangai. Sama macam arwah dad dia. Nak cepat aje.

"First day sekolah lah mum." Aishah tersengih. Matanya yang bewarna hijau-biru persis arwah daddynya kacukan british. Lesung pipit dan bibir yang merah bak bunga ros.

Puan Suraya tersengih seraya menggeleng. Dia cukup kenal dengan Aishah yang mengikut jejak langkahnya dengan mata ke-3. Keistimewaan yang telah dianugerahkan kepadanya untuk melihat dan berhubung dengan mahluk alam kedua.

Puan Suraya dah memang dapat melihat 'benda' itu semenjak dia berumur 9 tahun. Begitu juga dengan Aishah. So, mereka dah biasa.

"Mum. Jom. Sorang excited nak pergi sekolah sebab rindu gang sorang nervous sebab hari ni first day dekat sekolah menengah. Heish macam-macam adik-adik aku ni." Ujar Azura lalu tersengih. Melihat keluarga ini bahagia.

"Mum, we go first. Assalamualaikum." Ujar Azura lalu menyalam dan mencium tangan ibu tercinta diikuti dengan Aishah dan Arfan.

"Waalaikumsalam. Hati-hati. Jangan nakal-nakal tau." Pesan mum lalu melambai tangan.

Kereta Mercedez Benz perlahan-lahan lenyap dari pandangan Puan Suraya. yakin 200% atau lebih keselamatan budak-budak sebab Pak Hamid dah lama berkhidmat begitu juga isterinya, Mak Pah. Anak mereka sudah berkahwin dan menetap di Pasir Gudang, Johor.

---

"Hai shah."

"Hai."

"Hai shah. Berseri nampak."

"Oh yeke? Thanks"

"Hello Shah. Makin comel kau."

" Terima kasih. Kau pun sama Zai."

Di mana tempat dia pergi, di situ jugalah ramai yang menegur. Dari awal masuk pagar sekolah sampai dah rehat.

Satu jek manusia paling sombong dan tak nak kawan dengan Aishah. Sorang jek mahluk ni yang rasmikan kelab AAAL. kelab Aku Anti Aishah Laili. Dialah pengerusi, dialah AJK dan dialah ahli biada. Tak lain tak bukan tu diaa hero malaya kita, Rayyan Syazwan.

Rayyan memang anti dengan Aishah sejak tingkatan 1 lagi. Tak habis-habis muka dia yang jadi santapan. Bosan! 3 tahun duduk sekolah ni 3 tahun Aishah dan dia menjadi classmate.

Apa entah agaknya special sangat dengan homosapien bernama manusia berjantina perempuan yang bernama Aishah Laili.

Aishah memberi satu senyuman kepada Haikal Hariz. Rayyan mencebik.

"Kenapa senyum?" Soal Rayyan selamba.

"Siapa senyum dekat awak?" Soal Aishah selamba.

"Dia senyum dekat aku lah. Tang mana pulak nak senyum dekat kau tiba-tiba? Miracle namanya beb." Bisik Haikal.

"Lama tak jumpa. Makin cantik kau ni aku tengok. Ingat nak pasang tapi ada yang jealous pulak." Ujar Haikal lalu menjeling ke arah Rafiqa. Rafiqa buah hati jantung pengerang hempedu Haikal. Salah seorang ahli dalam group Aishah dan merupakan ketua kumupulan gang G4.

"Jangan. Hilang dia nanti baru tau." Ujar Aishah.

Haikal tersengih lalu masing-masing meminta diri beredar ke haluan masing-masing.

Panas hati Rayyan yang menyaksikan adegan mesra Haikal dan Aishah tadi. Ishhh. Malunya sebab perasan tadi. Bengang!! Ahhhh tutup muka lari satu sekolah!!! Malu mak!

Tulah kau Rayyan. Padan muka. Perasan sangat. Kan dah.

Kelas Aishah begitu juga kelas Rayyan, shahirah dan Haikal iaitu kelas 3 Bestari akan meneruskan kelas mereka di bawah kolong pentadbiran atas arahan Ustazah Wardah.

Kolong pentadbiran berhadap dengan laluan antara dinding untuk menuju ke kabin di mana terletaknya kelas pendidikan khas berada. Dinding tersebut hampir 50% lukisan mural dilukis oleh pelajar Seni sekolah.

Kelas 3 Bestari beralih ke situ pula. Kelihatan seorang pajar lelaki. Tertera nama Zarfan dan nametag bewarna hitam putih menunjukkan pelajar ini adalah pelajar tingkatan 5.

papp!!

Abang form 5 tersebut terlanggar dinding ketika melihat wajah Aishah. Habis bajunya kotor terkena cat. Hampir semua yang melukis mural tadi naik angin seribu. Siapa yang tak naik angin kan? Orang dah penat-penat buat ada manusia lain pulak pergi rosakkan. Jahanam.

Kalau aku pun aku dah sumpah serana dia dah. ada ke patut tengok muka aku je pun boleh terlanggar dinding. Apa muka aku ni ada macam nenek kebayan ke sampai abang ni terlanggar dinding. Kesian kak Rin. Penat dia lukis dengan member lain.

Rakan sekelas Aishah sudah tergelak termasuk dirinya sendiri. Ada ke patut sampai macam tu sekali. Rayyan menjeling menyampah. Jelingan tersebut diperasan oleh Aishah lalu sekuntum senyuman diberi. Lagilah naik muak si Rayyan.

Tiba-tiba bulu roma Aishah menegak. Badannya automatik tegak dan membuatkan Shirah tersentak.

"Kau ok tak ni?" Soalnya cemas. Mungkin dia tau 'benda' tu ada di sampingku. Haikal dan Rayyan duduk berdekatan dengan ku turut perasan.

"Kenapa? ada yang datang ke?" Soal Shirah. Aishah mengangguk.

"Nampak apa? Nampak hantu? Karut." Ujar Rayyan.

Mulut Rayyan ditepuk oleh Haikal.

"Mulut Longkang!" Bisik Haikal. Haikal terlebih dahulu dah tahu akan kelebihan aku yang satu itu. Cuma, aku tak bagi dia hebohkan. Cukuplah setakat ustaz dan ustazah serta teman rapatnya je yang tau. Ni Haikal tau pun sebab Fiqa la bagitau. Siapa lagi.

Aku menunjukkan jari ke bibir ke arah Haikal. Dia mengangguk faham. Rayyan pelik sambil sibuk menanyakan 'apa dia?'. Namun, pertanyaan dia tak dilayan. Sakit hati Rayyan.

Kisah KitaWhere stories live. Discover now