Aishah dah pergi ke hospital. Sepatutnya semalam due date bersalin, tapi lewat sehari. Tu yang bergegas pergi hospital.
"Kau dah call Abang Rayyan belum?" Soal Arfan.
"Dah. Dia on the way." Jawab Azura.
"Kita kena pastikan plan kita betul-betul jadi ni." Balas Arfan.
"Yang tu pandailah kita pujuk nanti. Sha buat apa?" Ujar Azura.
"Kak Sha tengah main handphone." Jawab Arfan. Azura mengangguk.
"Where is my honey?" Soal Rayyan yang baru muncul.
"Wad 3 katil 14. Carilah sendiri." Jawab Azura.
"Orite. Thanks." Balas Rayyan lalu bergegas ke wad Aishah duduk.
"Assalamualaikum." Sapa Rayyan. Aishah terkejut lalu cepat-cepat menyarung tudung di kepala.
"Abang ni. Main terjah aje." Ujar Aishah.
"Tak apalah." Balas Rayyan.
"Hello walaupun awak dah pernah nampak rambut saya, tapi kita ni bekas aje tau bekas. So, ikut balik hukum asal. Faham, Encik Abang?" Ujar Aishah lagi.
"Yes i know that." Balas Rayyan.
Rayyan meletakkan tangannya di perut Aishah. Dia mengusap perut bekas isterinya.
"Hero-hero daddy ni. Cepatlah keluar. Daddy tak sabar nak main dengan hero-hero daddy ni." Ujar Rayyan. Tangannya masih lagi melekap di perut Aishah.
'Alala sedihlah pulak. Terharu pun ada jugak.' Bisik hati Aishah.
"Tapikan sayang. Masa abang jatuhkan talak tu kira haram kan. Berdosa nya abang. Sebab masa tu sayang pregnant. Pregnant anak abang. abang tak tau. Salah sayang lah." Ujar Rayyan. Aishah mencebik.
"Tau pun. Tindakan yang abang buat tu terlalu drastik tau. Bukan nak siasat. Macam senapang bulub aje mulut tu. Kalau dapat ditenyeh dengan cili padan muka abang tau." Balas Aishah sinis.
"Manalah abang tau kenapa abang buat macam tu. Syaitan merasuk. Abang stress lagipun. Projek besar tu kan belum selesai lagi masa tu. Sekarang dah settle. Lagipun Dayna tak guna tu hah yang buat rumah tangga kita kacau bilau." Jawab Rayyan.
"Abang, Dayna have passed away. Dia mintak maaf. Sebab dia kata dialah punca kita bercerai. Maafkan jelah dia. Merana jasad nanti." Balas Aishah. Rayyan mengucap.
"Al-fatihah. Yela abang maafkan." Jawab Rayyan.
"Sha nak pergi toilet lah. Sakit perut. Nak buang air ni." Ujar Aishah lalu dia bangun.
Baru sahaja dia bangun, terus air meleleh deras.
"Abang, air ketumban dah pecah. Panggil doktor." Aishah panik. Rayyan memanggil doktor kemudian Aishah terus dibawa ke dalam Labour Room.
"Suami puan Aishah mana?" Soal doktor Ifa.
"Saya doktor." Jawab Rayyan.
"Encik kena teman isteri encik di dalam. Yang lain kena tunggu di luar. Mari." Balas Doktor Ifa. Rayyan menurut.
"Abang, sha minta maaf, bang. Kalau sha ada dosa dengan abang." Ujar Sha gugup menahan kesakitan.
"Baiklah puan saya kira sampai 3 puan kena meneran ok." Balas Doktor. Aishah mengangguk.
"1.2.3." Ujar doktor lalu Aishah meneran perlahan. Dia menggenggam tangan Rayyan dengan erat.
---
Selesai mengazankan kedua-dua anaknya, dia keluar. Aishah pengsan sebaik sahaja anak kedua mereka melihat ke dunia.
"Boys." Ujar Rayyan tersenyum
Semua ahli keluarga bersyukur.
"Aishah?" Soal Puan Suraya.
"Dia pengsan. Dose tinggi." Jawab Rayyan.
"Scary tak bro?" Soal Arfan.
"Of course lah. Bila tengok macam tu kan akubrasa macam lepas ni aku tak nak sakitkan hati dia." Balas Rayyan.
"Cheh poyo lah kau. Dah jadi bapak orang pun nak emo macam ni." Balas Arfan.
"Haruslah." Jawab Rayyan. Mereka gelak.
---
Selepas sedar dari pengsan, Aishah terus menyusukan kedua-dua heronya ditemani Azura.
"Dua beranak ni tak lepas muka macam bapak dia. Mata jek ikut kau Sha." Ujar Azura.
"Hmm anak bapak la ni nanti. Haih. Rayyan mana?" Soal Aishah.
"Dia balik. Mandi kejap. Family pun balik. Tinggal aku dengan Arfan je." Jawab Azura.
"Ouh. Nak dukung?" Soal Aishah.
"Nak!" Jawab Azura lalu mendukung anak saudara nya yang sulumg manakala yang kedua sedang disusukan.
"Teringin nak ada anak." Ujar Azura sambil mendodoikan bayi yang berada dalam dukungannya.
"Kahwinlah cepat. Tapi nak dapat anak kenelah try. Pahamlah maksud aku." Balas Aishah.
"Insha allah. Ada rezeki nanti aku kahwin." Balas Azura lalu tersenyum
Aishah meletakkan anaknya di dalam katil bayi setelah kedua-duanya telah lena. Seketika kemudian barulah Aishah mandi dan tidur. Azura dan Arfan menemaninya di dalam wad.
YOU ARE READING
Kisah Kita
RomanceAishah Laili, seorang gadis yang sempoi,ramah dan baik disenangi oleh para guru dan kawan sebaya. Ramai secret admirer ni. sampaikan abang senior pun boleh terlanggar dinding sekolah yang baru sahaja senior lain membuat lukisan mural. Geli hati. Nam...