BAB 18

4.9K 189 1
                                    

      Aishah terus beredar untuk pulang ke rumah. Masih ada beberapa pekerja yang masih lagi stayback. Dah disuruh balik dah, tak nak lah suruh pekerja balik lambat padahal tak ada gaji lebih pun kesian nanti. Tapi degil jugak. Tak apalah.

kereta Honda City dipandu. Al-maklumlah dia tak suka sangat kereta-kereta lain. Yang ni jek berkenan. Tak apelah.

Jalan sesak. Polis dan ambulance juga kelihatan di situ. Dah sure dah ada Accident ni. Entah macam mana keadaan mangsa. Tiba-tiba, sesusuk tubuh lelaki melintas laju di hadapan keretanya. Aishah tersentak. Lelaki tersebut lengkap berpakaian seperti bekerja di pejabat. Muka nya berdarah dan pucat.

Aishah tidak mengambil endah. Lagipun dah maghrib dah kan. Lelaki tu pun dalam lingkungan baya dia jugak lah kot.

Sampai aje di rumah terus kaki tu rasa macam berat sangat nak melangkah. Nenda dah perasan dirinya yang masih lagi tercegat di daun pintu.

"Kamu kenapa Laili? Semacam aje nenda tengok? Ada apa? " soal nenda.

Mum yang baru jek keluar dari dapur terus terkejut melihat anaknya.

"Shah bawak balik apa?" Soal mum

Aishah memandang kakinya.

"Allahu akhbar." Ucap Aishah.

Lelaki tadi. Yang lintas tadi. Muka dia. Macam familiar aje. Serious. Macam someone yang pernah rapat dengan dia sebelum ni. But who?

"Mum?" Soalu Aishah hairan.

Terkumat kamit bacaan Aishah. Tapi yang pelik nya hantu tu tak bergerak langsung apahal?

"Hoi. Dahlah tu. Ingat aku nak blah kalau kau baca?" Soal hantu tu. Alah alah dia cakap macam tu pulak. Apa dia nak ni.

"Ni aku lah."

Aishah memandang muka hantu tersebut. Takut-takut dia pandang. Wajah Haikal berada di hadapannya. Dah sah haikal yang accident.

"Haikal?" Soal aishah terkejut.

"Kau dah? Dah?" Soal Aishah.

"Aku tak mati lagi lah. Saje melayang. Nak mintak tolong." Jelasnya.

"Tolong? Tolong apa?" Soal Aishah. Mum dan nenda mula Aishah berbicara dengan 'Haikal' tu.

"Duduk lah dulu."

" macam ni. Aku gaduh dengan Fiqa."

"Ha? why?" Soal Aishah.

"Adalah. Aku tak tau dia dekat mana. Aku nak kau bagitau dia yang aku nak dia ada dekat hospital di mana jasad aku ada. Kalau tak..."

"Kalau tak apa?"

"Aku tak nak masuk dalam jasad." Jelas Haikal.

"Kau gila!! Kalau ajal kau belum sampai sebenarnya? Kau ni. Cipta takdir sendiri pulak." Marah Aishah.

"Tak baik tau. Allah dah rancang segalanya untuk kita. Kau ni kan. Ishh." Marah Aishah lagi.

"Oklah ok. Kalau dia tak datang pun aku masuk." haikal mengalah.

"Apa kata kau masuk jek sekarang?" Soal Aishah.

"Tu lagi gila bengap! Jasad aku tengah operation ok. Kalau aku sedar sekarang lagi gila jadinya nanti. Tu yang aku ikut kau. Pandailah aku nak balik nanti." Ujarnya.

Haah. Ye tak ye jugak.

"Erm tak apelah. Aku call Fiqa"

5 kali call tak angkat. Ehwah minah ni. Apahal pulak. Membazir kredit aku jek lah.

Kisah KitaWhere stories live. Discover now