Rakan-rakannya menjenguk dia di Hospital Sultanah Aminah. Sanggup turun ke Johor semata-mata nak jenguk kawan baik mereka. Haikal turut serta. Kaf kahwin dihulur. Tak lama jek diorang nak kahwin.
Nasiblah masa tu dah habis pantang. Boleh datang.
"Eeee comel nya anak kau. Tak sangka kau boleh dapat twin tau. Mana dapat keturunan ni?" Soal Syura.
"Paklang and pak ngah aku kan kembar. Kembar tak seiras tapi anak aku seiras kan." Ujar Aishah.
"Sebiji macam muka laki kau ngek." Ujar Syura lagi.
"Dah anak aku, mestilah sebiji." Ujar Rayyan. Entah bila dia muncul agaknya.
"Macam mana nak bezakan mana abang mana adik? Sama jek aku tengok dua-dua. Tak ada beza pun." Soal Shirah.
"Erm. Yang Syurah pegang tu abang. Yang Rayyan dukung tu adik." Balas Aishah.
"Mana kau tau?" Soal Rafiqa.
"Aku yang lahirkan diorang. Aku taulah hah. Taklah adik lagi berat daripada abang. Beza 0.3 kg." Balas Aishah.
"Hah nampak tak betapa champion nya bini aku." Lagak Rayyan. Dalam hati Aishah dah meluat. Mesti perkataan 'BEKAS' mesti diletak sabdu.
"Teringin nak dukung baby. Meh sini bagi aku pegang pulak. Kau dekat rumah hari-hari boleh pegang." Ujar Haikal lalu mendukung si adik.
"Macam dah biasa aje. Takpelah dah nak dekat dah pun kan. Dah kahwin nanti try lah nak dapat anak." Ujar Aishah.
"Boleh yang? Abang nak sekumpulan untuk team bola sepak boleh? Abang jadi coach?" Soal Haikal kepada Rafiqa. Rafiqa menumbuk lengan Haikal. Pipinya merah apabila disakat begitu.
"Oh my she's blushing. So cute." Ujar Syura.
"Eee dahlah. Abang ni. Malu mama tau isyh." Marah Fiqa. Ketawa meletus. Si abang yang sedang nyenyak tidur tersedar dan menangis.
"Ala sayang mummy ni. Aunty-aunty dengan uncle ni bising ya? Sian anak mummy. Nak tidur." Ujar Aishah. Dia mendodoikan anaknya. Tetap tak berhenti menangis.
Rayyan mendekati Aishah lalu mengambil si abang dari dakapan Aishah.
"Sini kat daddy. Anak daddy ni." Ujar Rayyan. Barulah si Abang diam dan kembali lena dalam dakapan Rayyan.
"Ishh anak bapak betul si abang." Ujar Rafiqa.
"Yelah. Dalam perut dulu, aku lawan Rayyan jek diaorang berdua ni tendang tau. Tanda marahlah aku lawan suami aku." Ujar Aishah. Kening Rayyan terjungkit sebelah. Ala-ala Ziana Zain tu.
"Oklah lama sangat ni. Kitaorang balik dulu la." Ujar Haikal meminta diri.
"Baru 2 jam lebih kot. Alah. Takpelah. Nanti kita calling-calling tau. Lepas pantang aku naik KL. Kita hangout." Balas Aishah. Mereka menunjukkan thumbs up menandakan Ok.
"Kitaorang jalan-jalan dulu area johor ni. Ingat nak pi Legoland. Nak ikut?" Soal Shirah
"Nak ikut. Alaaa" Aishah merengek.
"Dah jadi mak orang pun nak manja lagi. Bye. Take care. Jaga bini kau elok-elok Rayyan. Kalau tak siap kau. Aku bukak silat." Ugut Shirah. Rayyan mengangguk lalu mengangkat tangannya menandakan OK.
----
"Apa nama hero-hero abang ni?" Soal Rayyan.
"How about Rayqal Adrian and Rayqal Andrean?" Soal Aishah.
"Sounds good. Abang suka." Balas Rayyan sambil mendodoi anaknya.
"Aishah. Macam mana dengan keputusan Sha. We getback?" Soal Rayyan.
Aishah diam. Dia berfikir sejenak. Dia dah melahirkan anak Rayyan. 2 orang lagi. Dia harus ketepikan Ego dan memikirkan tentang anaknya.
"Ok. We get back." Ujar Aishah tersenyum.
"Thanks sayang. Abang sayang Sha." Balas Rayyan.
****
Rumahnya penuh dengan rakan-rakan, keluarga dan keluarga mertua. Anak-anaknya kini menjadi perhatian orang dalam rumah.
"Seronok betul diorang kan." Sapa Rayyan.
"Mestilah seronok. Rumah ni dah lama tiada kehadiran budak. Nasib keluar sekali dua. Tu pun berebut lagi." Ujar Aishah. Rayyan ketawa perlahan.
"Thanks sayang sebab dah terima abang balik. Terima kasih jugak sebab sayang sudi lahirkan anak abang." Ujar Rayyan lalu memeluk Aishah. Mereka telah pun sah sebaik sahaja Aishah habis pantang 40 hari.
Adrian dan Andrean menangis kerana mereka rimas dengan orang ramai yang sering mengerumuni mereka.
Aishah mengambil si adik manakala Rayyan mendukung si abang. Anaknya sudah berusia 2 bulan. Anak-anaknya pun dah pandai. Dua-dua nak melekat dengan Rayyan.
Al-maklumlah muka macam bapak. Mestilah rapat dengan bapak diorang kan.
"Eishh. Semua nak dekat daddy. Merajuklah." Ujar Aishah.
"dengan anak sendiri pun nak jealous kan hero? Eee nampak sangat cepat rindu daddy ni." Ujar Rayyan lalu mengucup pipi Aishah.
aishah ketawa.
Mereka kembali membina mahligai perkahwinan yang bahagia dengan penuh semangat.
YOU ARE READING
Kisah Kita
RomanceAishah Laili, seorang gadis yang sempoi,ramah dan baik disenangi oleh para guru dan kawan sebaya. Ramai secret admirer ni. sampaikan abang senior pun boleh terlanggar dinding sekolah yang baru sahaja senior lain membuat lukisan mural. Geli hati. Nam...