BAB 38

4.4K 138 0
                                    

Uwekk!!!

Masuk kali ni jek dah 4 kali Aishah muntah-muntah. Then, asyik makan benda yang manis jek. Selalu dia tak suka aiskrim lah coklat atau gula-gula. Ni macam budak-budak. Makan nasi tak nak. Yang dia makan mi jek.

"Kau ni pelik sha." Ujar Shirah.

Azura yang sedang menggoreng mi di dapur turut pelik dengan perangai adiknya.

"Kau pregnant eah dik?" Soal Azura.

"Mana ada. Aku tak ada check pregnancy test pun." Jawab Aishah menafikan kenyataan kakaknya.

"Kau ni bebal lah. Dah aku nak keluar kejap. Aku nak pergi Guardian. Cari pregnancy test untuk kau. Aku taulah mana nak cari." Ujar Shirah lalu keluar dari rumah.

"Nah makan. Kau simpan aiskrim tu. Dah nak habis dah. Aku nak jugak." Ujar Azura lalu menghulurkan sepinggan mi goreng kepada Aishah. Aishah mencebik.

"Cawangan dekat Johor ni dah siap ke?" Soal Azura. Aishah menggeleng.

"Dahtu kenapa nak pergi awal?" Soal Azura. Aishah mengangkat bahu.

"Gaduh dengan Rayyan?" Azura menduga. Aishah berhenti mengunyah. Mukanya namlak seperti gelisah jek.

"Entahlah." Jawabnya lalu kembali menyuap mi ke dalam mulut. Azura menggelng kepala. Hmm biarlah tu urusan rumah tangga orang. Tak perlu masuk campur.

Shirah pulang semula ke rumah. Dihulurkan pregnancy test kepada Aishah.

"Pergi check." Arah Shirah. Aishah menurut.

Seketika kemudian dia kembali dengan terlompat-lompat macam kanak-kanak riang.

"I'm pregnant!!" Ujar Aishah. Masing-masing dah ucap syukur.

"Nanti ikut aku pergi hospital! Buat buku untuk baby. Lepastu aku jaaga pemakanan kau.!!" Ujar Shirah dan Azura.

"Hmm. Ok." Balasnya perlahan.

---

Sejak buat buku baby di HSA tadi lagi senyum tak lekang dari bibirnya.

"Kau tak nak bagitau Rayyan?" Soal Azura.

"Haih. Nak lah dok. Tapi dalam keadaan sekarang, agak-agak dia suka ke. Mestilah tak." Aishah mengeluh.

"Sabarlah dok. Ada hikmah. Ada baiknya jugak kau pi Johor ni. Bawak lari anak kau dulu." Ujae Shirah.

"Mak mertua kau tau tak?" Soal Azura. Matanya fokus memandu.

"Aku dah bagitau. Family kita pun. Aku suruh Akma duduk rumah aku. Pantau Rayyan. Aku dah upah Spy. Haikal pun aku dah mintak tolong. Spy bukan sorang dua beb. Terus sekali 3 aku upah." Jelas Aishah.

"Kau ni memabg terperinci kau rancang kan. Apa kau nak buat lepas ni?" Soal Shirah.

"Ustaz dari darul Syifa' dekat Kulai tu. Bawak pi KL." Ujar Aishah.

Mereka berdua mengangguk.

Semalam, Haikal call. Dia kata hubungan dia dan Rayyan renggang disebabkan dia tengking Rayyan. Tegah Rayyan daripada masuk hotel dan tolak dayna. Tu yang Rayyan marah. Terkilan Aishah bila dengar macam tu.

Haikal cakap dia akan buat apa jek asalkan kawan dia bahagia dan senang. Masuk hotel? Tak ku bayangkan sampai macam ni dia boleh pergi.

Perutnya diusap perlahan. Tak semena-menenya air mata melimpah. Dia menyorokkan tangisannya dari didengari oleh Azura dan Shirah.

---

Kandungan yang berusia lima minggu itu dijaga sehinggalah dah masuk sebulan umur kandungannya.

Majlis perasmian butik Ladaph cawangan di Johor diadakan. Seperti hang dijanjikan kepada Arfan, Tunku Aminah dan Cik Puan Khaleeda Bustamam turut hadir ke majlis perasmian tersebut.

Sempat juga dia berselfie dengan tunku Aminah dan Cik Puan Khaleeda Bustamam. Arfan jugak tak lekang mulutnya dengan ayat jiwang. Semua yang berada di situ turut gembira.

Rayyan turut hadir bersama keluarga mertuanya. Wajahnya kelat. Tak senyum seperti selalu.
Aishah bersalaman dengan keluarga mertuanya.

"Macam mana menantu mama ni? Sihat?" Sapa mama.

"Alhamdulillah ma. Sihat. Mama dan yang lain?" Soal Aishah.

"Alhamdulillah. Sihat. Cucu mama mana?"soal ibu mertuanya apabila Rayyan tiada bersama mereka.

"Ada ni." Jawab Aishah lalu mengusap perutnya.

"Macam mana semua plan tu kak?" Soal Aishah.

"Akak dan mama kongkong dia. Muka dia kelat. Kitaorang start lepas dia masuk hotel dengan...." Akma tak sempat menghabiskan ayatnya. Ibu mertuanya menyiku lengan Akma.

"Tak pe. Dah tau." Jawab Aishah. Mereka berdua mengangguk faham.

"Makanlah dulu. Jemput. Esok baru balik KL." Ujar Aishah.

Dia mendekati suaminya.

"Lama tak jumpa. Abang sihat?" Soal Aishah.

"Em. Kalau tak sihat tak adanya datang." Jawabnya acuh tak acuh.

Tabahkanlah hati ni. Tak pe takpe. Sis kuat. Sis tabah.

Ustaz yang dia ingin bawa ke KL turut hadir.

"Tu suami saya ustaz." Tunjuk Aishah.

"Emm. bukan setakat love potion ni. Ada yang dia hantar untuk ikut sekali." Ujar Ustaz tersebut.

Perubatan tradisional islam Darul Syifa' sangat terkenal dan mujarab bagi menghalau hantu dan mencegah penyakit bukan merawat.

"Takpelah ustaz. Jemput makan dulu. Nanti kita bincang lagi. Terima kasih sebab sudi tolong saya walaupun saya duduk jauh." Ucap Aishah.

"Tak apa. Saya bantu saudara seislam saya. Terima kasih jugak sebab jemput saya ke event besar ni." Balas Ustaz. Aishah senyum.

----

Sepanjang perjalanan Aishah tertidur. Shirah yang melayan. Surah al-mulk di telefon dimainkan lalu telefonnya diletakkan di perut. Biar anaknya dengar.

Kereta ustaz tersebut dan beberapa orang pembantunya yang lain berada di belakang kereta Aishah.

Malam baru diorang bertolak. Katanya kalau buat malam lebih afdal. Sepanjang perjalanan Aishah hanya tidur jek. Suara Shirah dan Azura sedang berbual langsung tak menganggunya tidur.

Kisah KitaWhere stories live. Discover now