Sudah 3 hari dia di bumi Korea ni. Selepas menunaikan solat maghrib kewajipan paling penting selain kerja, Aishah pergi ke balkoni untuk mengambil angin malam.
Indahnya. Dahlah sejuk. Nyaman lagi. Plus tenang hati orang yang sedang menggelegak api amarahnya bak gunung berapi yang bakal meletus terus menjadi dingin seperti ais. Cheh hyperbola dah keluar. Haha.
Ting!.
'Woi. Hang nak join pi Namsan Tower dak?'-Shirah.
'Eh of cozlah nak.'-Aishah.
'Siap. Turum sekarang. Kitaorang tunggu kat lobi. cepat sikit. Budak-budak dah lama tunggu.'-shirah.
'Ok. Sat nah.'- Aishah.
Aishah menyarungkan blaus bewarna Magenta dan seluar jeans hitam dipadankan dengan shawl keknis bewarna hitam dililit kemas. Coat bulu berjenama disarung ke tubuhnya. Al-maklumlah korea ni sejuk.
Mereka menaiki teksi untuk ke Namsan Tower. Bukannya jauh pun Namsan tower tu. Area Seoul jugak.
Seoul tower ni dah dibuka pada 15 october 1980 dan telah menjadi tempat untuk dikunjungi oleh para duduk tempatan mahupun pelancong luar. 243m bukan rendah kak. Tinggi bakhang..
"Hi Seo jun." Ujar pekerja Aishah.
"Hi."
"Erk. Apa dia sibuk kat sini?" soal aishah berbisik.
"Dia mula rapat dengan team kita kan. Tu yang dia ikut." Jawab Shirah.
"Apahal pulak?" Soal Aishah. Shirah menjongketkan bahu.
seo jun berjalan ke arah Aishah dengan gaya maskulinnya. Fuhlamak taulah kau model. Tak payahlah tunjuk catwalk sangat. Kat sini bukan red Carpet!.
"May i walk with you?" Soal Seo jun si mata sepet. Muka ala-ala Lee Jong suk. Erh handsome sangat ke? Err tak tak. Daddy lagi hensem lah.
"Yes but i don't holding hands with the man whose not my mahram." Ujar Aishah.
"If we have a personal time, i will explain to you. So. Let's go. Tunggu apa lagi? Jalanlah." Ujar Aishah.
"Wuuuu." Semua pekerja dah bersorak untuknya. Shirah rasa tak selesa pulak bila Aishah dan Seo jun berjalan bersama. Eee seo jun tu dahlah handsome bhai.
Shirah menyelit di tengah-tengah. Seo jun pelik.
"It's better bertiga daripada berdua." Ujar Shirah selamba.
mereka meneruskan. Mereka menaiki kereta kabel di situ. Pelbagai barang dan benda yang menarik minat.
Mereka berhenti di salah sebuah restoran halal. Seo jun dan Aishah terpaksa menjaga meja tersebut sebab dalam tu dah penuh manakala yang lain seronkk bertempiaran.
"So, what is Mahram?" Soal Seo jun.
"Mahram is mean which person that doesn't have any blood relationship with us. So, if we touch them or holding them it's called Haram. Sebab sentuh orang lain bukan mahram pun boleh batal wudhuk kita. Kecuali melalui perkahwinan semua dah boleh. Tapi tetap jugak kalau bersentuhan dengan suami wudhu akan batal. Kalau kita dengan adik beradik kita or pakcik kita yang tak boleh kahwin dengan kita bersentuhan dalam wudhuk, tak batal. Sebab ada pertalian darah. Wudhuk is air yang kita basuh anggota badan kita untuk sembahyang. Haram pulak maksudnya perkara yang boleh mendapat dosa jika kita buat." Terang Aishah panjang.
"Ouh saya pernah tengok orang islam sembahyang. Kalau yang perempuan ada pakai kain putih kan." Ujar Seo jun.
"It's called telekung which the muslim woman wore when they're going to pray." Jelas Aishah.
"Ohhh. Maybe sometimes i will learn about islam. Manalah tau saya dapat kahwin dengan orang Malaysia. Orang Malaysia banyak yang cantik. Saya suka." Ujar Seo jun. Alahai yeke. Kembang minah Malaysia kalau disampaikan
"Orang korea pun cantik apa?"
"Kami orang korea banyak plastic surgery. Tak natural. Orang Malaysia semua natural. Tak ada pun yang plastic surgery." Jelas Seo jun.
"Are you natural or plastic?" Soal Aishah.
"Of course Natural. Haha. Kan ada Acne ni. Kalau plastik tak ada tumbuh acne." Ujar Seojun.
Tawa pecah.
"Oh ya. Saya selalu bawak buku ni dalam beg. So, kalau awak nak belajar tentang islam awak bacalah dulu buku ni. Kalau tak faham search aje google." Pesan Aishah.
"Ok."
Buku yang berjudul 'Hidayahmu.' Bertukar tangan.
"Thanks." Ucapnya.
"My pleasure."
*****
Sudah seminggu dia berada di Malaysia. Dan selama seminggu tulah busy memanjang. Rekaan kasut dan baju dah settle 4 design. Yang handbag ni ada masalah sikit. Baru 2. Ai pening-pening.
"Shirah. Jadual aku macam mana? Tight?" Soal Aishah.
"Kau ada date dengan Rayyan 2 jam dekat KLCC." Ujar Shirah.
"Bagus. Boleh lepas stress. Yes.! Dah bye. Nak jumpa daddy." Ujar Aishah lalu beredar. Shirah terkekek-kekek ketawa
****
"Daddy! Jom." Sapa Aishah.
"Jom. Makan dulu lah. Daddy lapar." Ujar Rayyan manja
"Ok jom."
Selepas makan mereka terus menuju ke setiap butik. Saja nak cuci mata.
"Mummy, daddy nak pi toilet sat. Mummy tunggu sini tau. Jangan lari." Ujar Rayyan.
"Taklah mummy tak lari." Balas Aishah tersengih.
"Assalamualaikum." sapa seseorang.
"Waalaikumsalam." Jawab Aishah alangkah terkejutnya dia bila nampak tu adalah Seo jun.
"Cha seo jun?" Soal Aishah.
"Yes i am. Aishah. Boleh tak kalau saya nak berguru dengan awak? Please." Pinta Seo jun.
"No you can't. Sebab awak memang sepatutnya jumpa ustaz untuk awak berguru bukan saya. Saya hanya menyampaikan sikit jek. Selebihnya berguru dengan ustaz lebih Afdal." Ujar Aishah.
"Tapi. Saya suka awak. Mak maksud saya, saya suka kalau awak yang ajar saya." Ujar Seojun.
"Tak boleh."
"Emm tapi boleh tak kalau saya nak awak ada nasa saya berhijarah nanti?" Soal Seo jun.
"In sha allah. Bila?" Soal Aishah.
"Lepas raya. Saya nak try puasa sebulan. Lagipun dah dekat kan. Alang-alang tu." Jelas Seo jun. Bahasa Melayunya semakin fasih.
Rayyan datang.
"Hi, ni siapa mummy?" Soal Rayyan.
"Seo jun. Friend from Korea. Seo jun this is my.. my future hubby." Ujar Aishah. Wajah Seo jun bertukar keruh.
"Oh. Hi. Oklah saya gerak dulu. saya doakan korang berdua kekal sampai jannah in sha allah. Assalamualaikum." ujar Seo jun kecewa
"Waalaikumsalam." Jawab mereka.
"Dia macam tak suke je? Dia minat dekat mummy ke?" Soal Rayyan.
"Entahlah Daddy. Mummy pun no idea. Mummy harap dia takkan ubah rancangan dia untuk convert. Taknaklah sebab mummy nanti dia terus tak masuk islam." Jelas Aishah.
"Don't worry lah mummy. Nanti kita kahwin jemputlah dia." Ujar Rayyan. Open-minded betul boyfriend kau ni Sha. Haih. Untung badan~~~~
YOU ARE READING
Kisah Kita
RomanceAishah Laili, seorang gadis yang sempoi,ramah dan baik disenangi oleh para guru dan kawan sebaya. Ramai secret admirer ni. sampaikan abang senior pun boleh terlanggar dinding sekolah yang baru sahaja senior lain membuat lukisan mural. Geli hati. Nam...