BAB 37

4.1K 140 0
                                    

Tepat pada pukul 3 pagi Aishah bangun dari tidurnya untuk melalukan solat sunat tahajjud dan solat sunat hajat 2 rakaat untuk memohon perlindungan selepas hampir 2 minggu dia dan suaminya tidak bertegur.

"Ya allah, kau berikanlah aku jalan penyelesaian yang mudah dalam menjalani masalah dalam rumah tanggaku. Kau tunjukkanlah punca sebenar kekalutan masalah ini, ya allah. Aku mohon kepadamu. Sesungguhnya kau maha pendengar,maha pengasih dan maha penyayang." Aishah berdoa di atas sejadah.

Usai melakukan solat sunat, dia menyambung membaca Al-Quran. Baru sehelai muka surat dibaca pintunya ditendang kuat. Rayyan terjengul di pintu.

"Kau!! Kau diamlah. Apa kau memekak pagi-pagi buta ni. Bingit kau tau tak! Kalau nak baca tu diam-diam jelah!!" Tengking Rayyan lalu menghempas pintu bilik yang Aishah tidur sekarang.

Aishah dapat tangkap anak mata Rayyan. Bukan warna matanya yang sebenar. Warna matanya yang sebenar adalah warna coklat Hazel. Kenapa lense matanya warna hitam? Gelap gila. Ok. Aku akan kenal mata ni.

Lembaga hitam yang dia nampak sentiasa berdamping dengan Rayyan menjadikan dia susah untuk mendekati Rayyan. Rayyan yang sedang leka bermain telefon dipandang. Tersengih-sengih.

Aishah dengan senang hati mengambil remote dan mengalih siaran. Mengarut, siang-siang tengok cerita hantu. Orang tengok malam-malan baru best.

Aishah sengaja mengalih ke siaran Astro Oasis. Terdengar Rattib Al-Attas dibaca oleh Qari'ah yang handal.

"Tutup!! Bisinglah! Pekak telinga aku lah!!" Tengking Rayyan. Aishah membuat tak endah. Lembaga tersebut dah mundar mandir.

Rayyan dah berusaha merampas remote tu. Tak boleh rampas dia terus tutup TV.

"Aii. Setan mana yang abang bawak dari jepun ni?" Soal Aishah lalu menjeling 'setan' tersebut.

"Apa kau mengarut? Mana ada syaitan dalam dunia ni." Balas Rayyan

"Ke abang yang setan tu?" Aishah menduga. Rayyan merengus lalu masuk ke bilik. Sengaja perkataan 'setan' tu ditekan.

Lembaga tu ikut jek dia kesana kesini. Aishah masih belum buat tindakan. Dia tau apa yang dia buat. Setakat ni dia palau Rayyan dulu. Cuma makan minum disediakan. Hormat kepada suami harus dijaga. Bukan harus tapi wajib. Syurga di bawah tapak kaki suami sekarang.

Masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing. Aishah pulang dari kerja terus masak dan makan sorang-sorang. Lauk yang dimasak sikit jek. Cukup untuk 2 orang makan. Rayyan dah sebulan tak sentuh makanan yang Aishah masak. Terasa hati dengan Rayyan.

Rayyan pulak pulang lewat malam. Bila dia balik, Aishah masuk bilik. Kalau pagi, dia pergi lambat, Aishah pergi awal. Macam tu lah.

Masalah rumah tangganya hanya diceritakan kepada Shirah. Segala keburukan dan aib suaminya dia tak ceritalah. Dosa.
"Apa kata kau call Haikal. Cuba tanya dia apa jadi dekat Office." Cadang Shirah.

"Jumpa jelah. Kau ikut aku. Dah lama tak hangout lagipun." Ujar Aishah.

Dia kemudianmya mendail nombor telefon Haikal.

"Yes jembalang. Ada apa?" Soal Haikal spontan.

"Weh mangkuk aku nak jumpa kau. Ada hak sikit nak bincang." Ujar Aishah.

"Ok. Aku pun. Tempat biasa ok? Lunch. Aku ajak laki kau dia menonog jek jalan. Buat bodoh. Nantilah aku cerita lagi. Nanti aku cerita." Balas Haikal.

"Pasal laki aku jugak? Ok ok. Nanti jumpa." Jawab Aishah lalu mematikan talian.

"Lunch. Tempat biasa." Ujar Aishah.

Shirah menggangguk.

---

Mereka bertiga berkumpul sepertimana yang telah dijanjikan pagi tadi.

"Sejak balik jepun ni, aku rasa dia lain macam tau. Kau tau dia buat aku macam tunggul. Aku dah tak rapat tau dengan dia." Ujar Haikal.

"Yep. Dia dah tak layan aku. One more, ada someone ikut dia. Setan. Lembaga hitam ikut dia. Aku perhati jek. Aku diam. Aku tau apa yang aku rancang." Balas Aishah.

"Sha. Lagi satu. Emm. Aku harap kau jangan marah tau." Ujar Haikal.

"Apa dia.?" Soal Aishah.

"Tu Rayyan kan?" Tunjuk Shirah

"Haahlah weh. Aku baru nak bagitau kau pasal dia dengan Dayna." Ujar Haikal.

"Aku tau. Dia kena ubat pengasih. Scent effect dia kuat tau dekat hidung aku. Orang lain tak akan bau tapi aku akan bau. Bau tu kah yang menjarakkan lagi aku dengan dia." Jelas Aishah.

"Sekarang kau kena atur strategi beb." Ujar Shirah

"Aku palau dia. Sebulan. Aku pi Johor. Lagi satu, aku pi nan Shirah and Azura dekat Johor. Aku balik kampung dekat Pasir Gudang. Aku nak biar setiausaha aku yang handle pandailah dia. And aku nak kau pantau laki aku aku dah upah spy." Jelas Aishah.

"Wushh. Terperinci siot." Ujar Haikal.

Kek mango caramel yang dipesan oleh Aishah sampai.

"Eish. Kenapa tak sedap ni?" Ujar Aishah.

"Kenapa? Bukan ni favourite kau ke? Aku rasa ok jek." Balas Shirah. Dia kemudiannya tak selera nak jamah dessert.

---

"Abang, saya nak pi Johor tau. Assalamualaikum." Ujar Aishah lalu menghulur tangannya untuk disalam.

"Em." Ujar Rayyan. Dia menyambut pun acuh tak acuh jek.

Mereka tiba di Johor lepas 3 jam lebih dari KL. Ikut highway belakang. cepatlah. Kampung Cahaya Baru di Pasir Gudang merupakan kampung halaman ibu. Arwah opah. Rumah ni rumah tinggalan. Dah lama tak ada penghuni. Mata Aishah dah sensor.

Tapi tak dilayan mata tu. Biarlah. Hantu tu tak kacau pun. Mereka bertiga berkemas-kemas di rumah itu.

Kisah KitaWhere stories live. Discover now