Muka Aishah berkerut. Terasa bagaikan ada tangan yang melingkar di pinggangnya dan menyebabkan lenanya terganggu.
perlahan-lahan dia membuka mata. Kelihatan Rayyan sedang merenung matanya.
"Morning sayang. Lena tidur? Mimpi abang tak?" Soal Rayyan sebaik sahaja dia membuka mata.
"Morning sweerheart. Mestilah Sha mimpi abang kalau tak, tak adanya tidur lena sangat." Jawab Aishah.
"Hmmm. Nampak sangat kalau mimpi suami sendiri lagi lena." Ujar Rayyan
"Kenapa pulak?" Soal Aishah.
"Yelah. Cuba sayang tengok semalam. Sayang tidur mimpi Aaron Aziz kan. Lepastu tak sampai satu jam sayang dah bangun. Malam semalam bukti. Sayang mimpi abang terus lena sampai pagi. Abang kan suami sayang." Jawab Rayyan lalu kembali memeluk isterinya.
Ketawa meletus.
"Lawak apakah yang abang buat ni? Tapi memang betullah. Mimpi abang lagi best daripada mimpi Aaron Aziz." Ujar Aishah.
"Tengok tu. Masih lagi tak nak mengaku. Nak kena ni." Ujar Rayyan lalu menggeletek tubuh Aishah. Aishah menjerit minta dilepaskan. Tawanya semakin kuat.
Rayyan memeluk Aishah erat. Aishah membalas pelukan suaminya.
"Dahlah abang. Kita pergi shoppinglah pulak. Pergi mandi. Dahlah tak bangun subuh. Isyy terpaksa kena Qada' tau." Ujar Aishah lalu berusaha melepaskan pelukan mereka.
"Kalau sayang mandi dengan abang boleh?" Soal Rayyan nakal.
"Abang." Panggilnya meleret. tak habis-habis nak minta mandi sama. Pelangkung kang baru tau.
"Ok ok. Abang mandi." Rayyan mengalah lalu mencapai tuala dan terus masuk ke bilik air.
Aishah mengemas katil. Disiapkan bajunya dan baju suaminya.
"Sayang. Abang rasa nak mandi lagi lah." Ujar Rayyan sebaik sahaja Aishah masuk ke dalam bilik air. Pintu dikunci dengan kuat. Rayyan ketawa. Ada jek.
Mereka berdua berjalan-jalan di One New Change Shopping centre. Aishah hanya mengenakan kemeja dan seluar kulit bewarna hitam dipadankan dengan bawal crepe bewarna hijau dan kot berbulu tersarung di badannya. Dikenakan lagi dengan cermin mata hitam menambahkan lagi bergaya.
Berjalan-jalan berpegangan tangan sememangnya bagi pasangan yang dah berkahwin dan pasangan paling romantik. Lagi-lagi bila berada di kota London yang cantik menambahkan lagi suasana yang romantik.
"Abang, kat sini ada Karren Millen punya topshop. Jomlah abang." Ajak Aishah.
"Yelah. Jom. Sayang amik jek. Abang bayar." Ujar Rayyan.
"Orite abang." Jawab Aishah.
Mereka berdua menuju ke butik Karren Millen. Baju-baju yang direka semuanya cantik-cantik dan mahal harganya.
Semua bajunya agak terdedah. Aishah mencari dress berlengan panjang. Jumpa satu dress bewarna purple berlengan panjang dan labuh. Ala-ala princess macam tu.
Azura suka dress yang elegant. Aishah memilih dress pendek bewarna ocean blue dengan corak yang elegant untuk Azura. Harga satu baju je dah beribu. Kalau dah 2 baju? Haih hampeh lah. Dah nama pun Karren Millen. Dah confirm lah mahal.
"Jom pergi rooftop? Nak? Tengok pemandangan sekali." Ujar Rayyan. Aishah hanya mengikut langkah suaminya.
"Tu. Kita boleh nampak St. Paul's Catheral dari sini. Besar kan bangunannya." Ujar Rayyan.
"Yep. Dari sini pun dah boleh nampak banyak tempat. Kalau buat candle light dinner pun ok. Tapi, tak sweet sangatlah." Jelas Aishah.
"Kenapa?"
"Sebab ramai orang. Tak ada privasi. Sebab tu tak sweet." Jawab Aishah. Mereka ketawa perlahan.
***
'Hoi, mak cik! Baru 3, 4 hari kau kat sana aku dah macam orang hilang anak tau.'-Shirah.
'Apahal beb? Banyak sangat meeting kau kena handle ke?'-Aishah.
'Satu lagi, ada 4 company yang memang nak kerjasama dengan kau tau. Siap desak aku lagi pujuk kau pilih diorang. Tak habis dengan tu asyik call jek. '-Shirah
'Kau bagi jek warning. Kau cakap kau tau apa nak buat. Kalau diorang tak nak tunggu aku chaw. Cakap jek aku pergi honeymoon dengan laki aku.'-Aishah.
'Ok. Kau berapa lama lagi?'-Shirah.
'2 hari lagi. Rayyan baru cakap. Seminggu jek boleh. Papa dia reject cuti lagi seminggu sebab projek tu besar.'-Aishah.
'Oh ok. Take care. Jangan lupa hadiah aku.'-Shirah.
'Ye aku tak lupa. Bye.'-Aishah.
Minyak wangi berjenama Versace disediakan untuk Shirah. Mana taknya Shirah kan hantu gila dengan perfume. So, ni lah hadiahnya. 4 kotak perfume dibeli.
"Haih. Papa ni pun. Orang nak berhoneymoon dengan bini pun tak senang." rayyan merungut sebaik sahaja mereka tiba di hotel.
"Projek besar, bang. Memanglah. Ni pun berapa company yang nak kerjasama. Aduh. Lagi besar project ni nak kena handle. Shirah bagitau ni." Balas Aishah.
"Tak senang betul lah. Kerja kerja kerja." Ujar Rayyan.
"Tak mau merungut. Rezeki. Kita berusaha abang. tak maulah." Balas Aishah.
"Yelah sayang." Jawab Rayyan lalu mencium bibir isterinya.
YOU ARE READING
Kisah Kita
RomanceAishah Laili, seorang gadis yang sempoi,ramah dan baik disenangi oleh para guru dan kawan sebaya. Ramai secret admirer ni. sampaikan abang senior pun boleh terlanggar dinding sekolah yang baru sahaja senior lain membuat lukisan mural. Geli hati. Nam...