BAB 24

4.6K 159 0
                                    

Sebulan sebelum majlis perasmian syarikat baru itu, mereka dah pun mula bekerja untuk mencipta design baru berjenama 'Ladaph.' iaitu jenama yang dicipta sendiri oleh Aishah.

Bersempena dengan namanya Laili dan Daphne. Digabungkan kedua-dua nama menjadi 'Ladaph.' Kreatif lah jugak namanya tu seharian suntuk fikirkan jenama baru.

Terdapat 3 pasukan iaitu pasukan pemasaran, rekaan dan pekerja biasa yang dah expert tentang kualiti kasut, cotton baju dan sebagainya. Pasukan untuk membentuk kasut tersebut atau lebih dikenali sebagai tukang kasut pun telah di ambil bekerja dan tukang jahit.

Aishah dan PA barunya iaitu Shirah, berada di pejabat baru. Agak besar ruang untuk boss di situ. Lebih besar pejabatnya berbanding pejabat di Smith Holdings.

"Jomlah keluar. Nak tengok satu bangunan ni." Ujar Aishah lalu menarik tangan Shirah.

Pejabat tersebut lengkap dengan 21 bilik pejabat termasuk ruang pejabat boss. Bangunan ni ada 8 tingkat yang bersambung. Taman bunga dan kolam pemisah diantara blok A dan block B yang diberi nama Block Aurora dan Blok Airis bersempenakan nama bunga yang amat Aishah gemari. Walaupun tak berapa banyak arasnya tetapi reka bentuk bangunan ni sangat unik. Dilakar oleh Maklang selaku architecure yang berjaya.

"Gempak siot syarikat kau. Fuh." Puji Shirah.

"Thanks to my Maklang. Sebab dia yang reka semua ni. Kalau dia tak ada hurm jangan haraplah aku nak ada syarikat macam ni." Balas Aishah. Dia sendiri kagum akan kehebatan ibu saudaranya itu.

"Esok staff mula masuk. Cepat betul kau cari pekerja." Ujar Shirah.

" biasalah ni Aishah Laili ok. Aku amik semua yang masih lagi menganggur. Maksud aku yang baru lepas graduate la." Jawab Aishah bangga.

"Bukan senang nak cari pekerja yang bergraduasi dalam bidang fesyen ni beb." Ujar Shirah lagi.

"Tulah. so, kejap lagi my maklang amd the gang akan datang. Hias perabot-perabot di setiap bilik. Nanti tempat pemisah tu aku nak buat tempat tu nampak indah. Nampak best je. Bila aku sedih aku boleh chaw kat tempat tu." Ujar Aishah.

"Untungnya lahai. Teringin pulak aku nak ada syarikat sendiri." Kata Shirah. Aishah hanya mengangguk. Mereka masih pusing dalam bangunan tu.

*****

"Hei. Berangan apa tu?" Soal paksu.

"Mana ada berangan paksu ni. Suka hati jek." Balas Aishah.

"Manalah tau, ingatkan buah hati ke." Usik Paksu.

"Tu satu. Hehe." Aishah tersengih.

"Kan betul. Hah. Sha buat apa?" Soal paksu lagi

"Ni hah tengah design kasut. Ada 3 ni. Mana satu cantik?"

"Tiga-tiga cantik. Sha."

"Kenapa?" Soal Aishah.

"Boleh tak reka 1 kasut khas? Untuk bakal maksu Sha? Dia ni sebenarnya suka pakai wedges. Sha boleh tolong paksu tak?" Soal Paksu.

"Of course lah boleh paksu. Bakal maksu Sha tu tinggi dia berapa?"
"Dalam 163 cm jek. Tak tinggi mana pun. Macam Sha juga." jawab paksu.

"Hah. Kaki dia panjang ke tak?" Soal Aishah.

"Manalah paksu tau. Macam Sha je kot."

"Ok ok. Nanti Sha ikut measurement kaki Sha je. Paksu jangan risau. Bila paksu nak bagi?" Soal Aishah.

"Bulan depan. Masa paksu kenalkan dia dengan family kita." Jawab Paksu

"Ok. cantik. In sha allah sempat." Ucap Aishah

"Thanks Sha." Ucap Paksu.

"My pleasure paksu." balas aishah lalu dia dan paksu masuk kedalam rumah.

Tak lama lagi nak puasa. Dalam 2 bulan lagi. Aishah sudah merancang sesuatu untuk hari raya tahun ini. Adalah tu plan dia.

Nak cipta satu jenama mestilah sekurang-kurangnya 3 atau 4 rekaan. Rekaan ke-3 telah pun sempurna dilakar. Hanya tinggal diberi tugas untuk berbincang dengan pasukan rekaan sahaja.

Keesokan harinya, semua pekerja memulakan hari mereka dengan indah. Begitu juga dengan boss mereka. Cik Aishah Laili yang anggun dan cantik. Manis dipandang.

Aishah mengenakan kemeja bewarna creamy lengan panjang dan seluar slack bewarna hitam. Shawl bewarna Magenta dililit di kepalanya. Turut menyarungkan blazer pada badannya.

Aishah masuk ke dalam syarikat baru itu. Ramai yang tunduk hormat kepadanya.

Beg berjenama Charles and Keith diletakkan di atas meja apabila sampai sahaja di ruang pejabatnya.

Punat telefon ditekan.

"Shirah, masuk pejabat saya sekarang." Arah Aishah tegas.

"Amboi, cik boss. Garangnya." Sapa Shirah.

"Biasalah. Kau ni macam tak tau jek aku kan ketua yang berwibawa dam tegas. Plus cantik, manis lagikan anggun." Aishah mula membangga diri. Gurau jek sebenarnya.

"Masuk bakul angkat sendiri. Sifat mazmumah tu Sha. Hati-hati kau." Ujar Shirah.

"Aku gurau jelah." Jelas Aishah.

"Hah ni. Aku nak kau aturkan meeting kita. Semua pekerja. Tak kira lah kasut, baju or handbag punya designer ke, yang penting kumpul semua sekali. Ouh lagi satu. Dekat taman bunga tu. Aku dah call untuk penghantaran pizza nanti. Tepat pukul 9 pagi ya, Shirah." Arah Aishah.

"Ok boss." Ujar Shirah.

Tepat jam 9 pagi semua pekerja berkumpul di taman bunga oaitu tempat pemisahan antara blok Aurora dan blok Airis.

"Hai assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya Aishah Laili selaku boss kamu semua. Oklah kita dalam sesi perkenalan lagi kan. apa kata lepas ni kita akan keluar dinner sama-sama? Boleh merapatkan lagi hubungan. Saya janji yang saya belanja kamu semua lepas jenama Ladaph dilancarkan. Boleh?" Ujar Aishah.

"Boleh!!" Jerit semua pekerja. Seronok hari pertama. Tambah pulak dengan majikan yang super duper kecoh macam Aishah. Tak muak la nak kerja bawahnya.

"Ketua-ketua pasukan yang telah pun dilantik, saya harap kamu semua dapat memberi tunjuk ajar kepada anak-anak buah kamu. Dan no arguing ok. Tak kiralah bahagian designer baju ke kasut ke handbag ke saya harap kamu semua boleh bekerjasama. Ok." Ujar Aishah lagi.

Semua pekerja dijemput makan terlebih dahulu. Haha pagi-pagi dah makan pizza. Apa dah. Anyway thanks ajelah tu kepada cik boss kita yang comel, cantik dan anggun tu.

Kisah KitaWhere stories live. Discover now