Dayna pergi ke night club seperti biasa. Tulah rutin harian dia. Tak kisah lah hari minggu ke hujung minggu ke, yang pasti air syaitan tu hari-hari diteguk.
Dayna memang tak ubah perangainya. Family punyalah didik baik gila, ni dia balas.
"You, kenapa muka you monyok jek ni. Cakaplah." Ujar Arnasz.
"I geram lah you tau tak! Rayyan! Dia buat i ni macam nampak tak nampak jek you tau tak. I bencilah kena buat macam ni!" Jerit Dayna meluahkan perasaannya terhadap Arnasz. Kawan merangkap kekasih gelapnya. Arnasz tempat nak bermanja kasih jek. Yang dikejar sekarang ialah, Rayyan!
"Dah dah. Sekarang kita happy-happy jek ok. Nah." Ujar Arnasz lalu menghulurkan segelas air yang berisi Air kencing Syaitan kepada Dayna.
"Thanks, baby. I know you're the only one who always understand me. I love you." Ujar Dayna lalu Arnasz memeluk erat pinggang Dayna. Dayna yang semakin mabuk dan tak terkawal sudah naik ke atas pentas dan menari berhibur bersama rakannya yang lain.
------
'Assalamualaikum, awak.'- Rayyan.
'Waalaikumsalam. siapa ni?'-Aishah.
'Nampak sangat kau memang tak nak ingat aku. Takkan number aku kau dah tak save langsung.'-Rayyan.
'Siapa ni? Bagitau jelah!'- Aishah.
'Your love lah, Rayyan.'- Rayyan.
'Nak apa?!'-aishah
'Saje kacau. Busy ke? Marah nampak.'-Aishah
'Dah tak ada kerja lagi ke nak mesej aku?'-Aishah.
'Tak.'-Rayyan.
'Dahlah. Aku nak tidur.'- Aishah
Mesejnya hanya direspon dengan bluetick di aplikasi whatsapp. What the?? Apa-apalah. Asalkan dia tak kacau hidup aku sudah!.
Telefon berdering. Nombor yang tak dikenali tertera di skrin telefonnya.
"Hello, nak apa?" Sapa Aishah.
"Amboi tak perlu garang sangat. Macam mana orang lain nak berkenan ni?" Ujar Rayyan di talian.
"Biarlah ada yang berkenan ke tak ke yang andartunya aku bukan kau." Jawab Aishah
"Amboi. Kau memintak sesuatu yang perempuan lain tak nak. Apa ke pelik sangat. teruskanlah sikap garang kau tu. Biar tak ada siapa berkenan. Aku take over lah hati kau. Aku curi hati kau macam mana kau curi hati aku." Jelas Rayyan.
"Ergh. Tak habis lagi pasal curi-curi hati ni." Balas Aishah.
"Shah, aku betul-betul rindukan kau. Sumpah aku tak tipu." Ujar Rayyan.
"Dah tu?" Soal Aishah
"Dah tu aku nak lepas rindu lah. Aku nak jumpa kau. Please weh. Jangan kecewakan aku. Kalau lah aku ada dekat sebelah kau, kau pulak isteri aku, dah memang ketat dah aku peluk kau." Jelas Rayyan.
"Eh kau. Takkan terjadi ok." Balas Aishah
"Dan aku akan pastikan ia akan terjadi." Jawab Rayyan. Terdengar lagi sisa tawanya yang perlahan di hujung talian.
"Oklah. Aku off handphone dulu. Night, my queen. Mimpikan aku. Aku sentiasa mimpikan kau. I miss you. Ingat tu. Assalamualaikum." Ujar Rayyan lalu mematikan talian tanpa mendengar salamnya dijawab oleh Aishah.
Salam dijawab dalam hati.
Excuse me. Dia cakap dia rindu aku? Queen? Mimpikan dia? Oh, tolonglah. Aju baca doa pelindung segala pendinding ok. Takkan punyalah aku mimpikan kau. Haha.
••••••••••••••••
Terasa bagaikan ada tangan melingkar di pinggang Aishah yang sedang nyenyak tidur. Namun, tidurnya terganggu dek kerana ada tangan yang berada di tubuhnya. Perlahan-lahan mata dibuka. Aishah berpaling dari posisi nya.
Wajah Rayyan terpempan di hadapannya. Asyik sangat mengamati wajah dan pipinya yang gebu. Bibir Rayyan perlahan-lahan menyentuh bibirnya.
"What are you doing here?" Soal Aishah.
"Shhh. Don't say anything even a word." Ujarnya.
"Shah." Panggilnya.
"Yes?"
"I want you to know. I love you till jannah. Please stay with me, sayang. I know you love me. Hanya ajal yang memisahkan jasad kita. Sayang. I love you so much." Ujarnya.
Aishah pelik. Tiba-tiba dia berasa tak sedap. Keningnya terjungkit macam Ziana Zain buat kening tak jadi. Dahinya berkerut seribu. Entah apa kena dengan Rayyan.
Aishah baru hendak membalas pelukan Rayyan. And....
Gedebukk!!!
"Adoi!!! Sakitnya. Ahh pinggang aku pinggang! Sakit." Aishah mengerang kesakitan.
Biliknya berdekatan dengan bilik mummynya. Suara Aishah kan macam tertelan mikrofon punya suara. Confirm agaknya jiran pun boleh dengar. Mummynya terus meluru ke biliknya.
"Shah!! Ya allah. Mimpi apa ni sampai terjatuh? Mimpi lelaki ke apa?" Soal mum panik.
"Apa mum ni. Mana ada. Ishh." Ujar Aishah lalu bangkit ke katil. Jam sudah menunjukkan jam 5.30 pagi. Selalu waktu-waktu macam ni memang dah mandi dah siap-siap nak subuh. Tapi, hari ni dia ada date dengan bulan, tu yang sambung tidur. Pinggang ni sakit lagi. Nasib tak kerja hari ni. Bolehlah rehat.
"Aduduh. Sakit." Adu Aishah.
"Nak mum sapukan ubat tak? bahaya ni. Boleh mandul tau." Ujar mum.
"Eh mum ni. Situ pulak. Jangan takutkan orang." Jawab Aishah.
"Betullah.!"
Muka aku dah cuak. Takut juga kalau tak boleh beranak nanti. Kesian laki aku. Haish nauzubillahi min zalik. Minta dijauhkan lah sejauh jauhnya.
"Nanti orang sapu sendiri. Mum ni pun. Jangan takutkan orang." Ujar Aishah.
"Tidur tu lain kali basuh kaki baca doa. Katil punya lah saiz Queen. Entah macam mana boleh jatuh lagi. Mimpi apa sampai macam ni. Tak pernah-pernah pun Sha macam ni?" Ujar mum.
"Tak delah mum. Mimpi kena kejar hantu. Tu jek. Tu yang sampai jatuh-jatuh dek keranaimpi nak mengelak tu. Oklah mum Sha tidur balik. Harini paham jela." Balas Aishah tipu bingkas bangun menuju semula ke katil dengan badan yang terbongkok.
Mum dah keluar. Mata kembali terpejam. Bila ingat balik mimpi tadi, ergh seram kah pulak. Lagi seram cerita mimpi tadi daripada cerita mimpi kena kejar hantu tu. Macam mana lah aku boleh mimpi kau ni Rayyan.
Puh kanan puh kiri. Mata terlelap kembali.
"Morning everyone." Sapa Aishah dengan suara yang dikendurkan. Entah kenapa sejak mimpi semalam terus rasa macam tak ada mood. Bukan bukan. Bukan tak ada mood tapi terfikir something. Apa di sebalik cerita mimpi tu sebenarnya? Agak-agak kenapa?
"Tak sakit lagi badan tu?" Soal mum. Aku dah pandang mum semacam. Mum sengih.
"kenapa laili?"soal nenda.
"jatuh katil semalam bonda. Mimpi apalah sampai terjatuh." Ujar mum selamba.
"Amboi mum. Yang ditanya orang lain. Yang menjawab pulak orang lain." Ujar Zura lalu ketawa.
"Semalam. Mimpi kena kejar hantu. Tu yang badan sekali effect dia." Ujarku bohong.
"Apalah kau ni. Tak pernah dibuat orang." Ujar Azura lalu ketawa.
Aishah menjeling kakaknya. Tak guna kau.
Aishah bersarapan dengan tiada mood. Bukan pasal kena sakat. Tapi sebab semalam punya mimpi. Hisy..
YOU ARE READING
Kisah Kita
RomanceAishah Laili, seorang gadis yang sempoi,ramah dan baik disenangi oleh para guru dan kawan sebaya. Ramai secret admirer ni. sampaikan abang senior pun boleh terlanggar dinding sekolah yang baru sahaja senior lain membuat lukisan mural. Geli hati. Nam...