Sanak saudara bakal tiba sebentar lagi. Keluar Aishah bersalam-salaman dan bermaaf-maafan. Lagu hari raya dipasang. Ketupat dan rendang telah dijamu selepas selesai solat sunat aidilfitri.
Mereka singgah ke kubur untuk menziarah Arwah dad. Dan kembali ke rumah menanti sanak saudara yang lain untuk hadir.
"Assalamualaikum!!" Sapa seseorang.
"Waalaikumsalam." Jawab mereka yang berada di rumah.
Kelihatan Seo jun dan Shirah datang bersama.
"Ehh seo jun, shirah masuklah. Jangan malu-malu. Makan. Tu ada ketupat, laksa, soto banyaklah." Pelawa Aishah.
Rayyan mendapatkan bakal isterinya.
"Seronok kan sayang." Ujar Rayyan.
"Yes. Riuh semacam jek tahun ni. Best. Saudara baru pun ada. Tak lama lagi hari bahagia kita nak sampai. Abang jangan nervous pulak." Ujar Aishah.
"Orite sayang. Tak punya lah. Hehe. Sekali lafaz jek abang akan sebut masa akad. And, you will be mine untill jannah sayang." Ujar Rayyan pula.
***
Peluh di dahi Rayyan berjuraian. Haikal dari tadi asyik membawa tisu jek dalam genggaman. Rayyan gementar akan majlis pernikahan yang bakal berlangsung. Keputusan itu dicapai kata sepakat oleh keluarga mereka supaya terus ke jinjang pelamin tanpa perlu bertunang.
Semalaman dia berlatih menyebut nama penuhnya di hadapan tok kadi nanti. Aduh gementar sungguh hatinya.
"Dah dahlah tu peluhnya keluar. Asyik aku jek kena lap peluh kau." Ujar Haikal.
"Kau diamlah. Aku nervous ni." Balas Rayyan.
Aishah turun ke bawah. Baju nikahnya bewarma creamy dipakai sedondon dengan Rayyan.
Rayyan takut nak pandang Aishah. Yelah. Takut. Sebab nanti tergagap pulak depan tok kadi.
Wajah Aishah tampak gembira. Naik seri wajah pengantinnya. Siapa tak happy kalau nak kahwin kan. Of courselah happy.
Pihak perempuan hanya memberi 3 hantaran berbalas 5 oleh pihak lelaki. Tak perlu banyak sangat. Pihak perempuan sediakan kasut, sejadah dan minyak wangi lelaki manakala pihak lelaki pula menyediakan cincin, alat solat, sirih junjung, kasut dan beg tangan.
"Aku terima nikahnya Aishah Laili binti Fairul dengan maskahwinnya Rm195 tunai." Rayyan melafazkan ijab dan Qabul.
"Sah?" Soak tok kadi kepada saksi.
"Sah." Jawab keempat-empat saksi itu.
Alhamdulillah. Dipanjatkan doa kesyukuran kepada ilahi. Rayyan sempat membuaat sujud syukur di sudut.
Dia menyarungkan cincin ke jari manis milik Aishah. Sejuk nya tangan Rayyan. Ni mesti kes nervous ni. bahaha.
Jurukamera mengambil gambar mereka ketika bersalaman dan semasa Rayyan mencium dahi Aishah. Peluh masih lagi berguguran. Haikal ketawa. Apa nak jadi. Habis mekap.
Malam tu selepas malam berinai, pengantin masih lagi tak tjdur sebilik. Rayyan mengeluh kerana tak dapat bersama isteri yang paling dicinta. Sempat jugak mereka melihat 'drama.' Rayyan yang nakal tu yang berkeras nak bersama Aishah sebagai malam pertama suami isteri.
Keesokan harinya mempelai duduk di atas pelamin. Menjadi tontonan umum. Hampir 3,000 orang dijemput hadir. termasuk rakan-rakan di Korea turut dijemput. Shirah dan Haikal menjadi pengapit raja sehari.
"Macam pinang dibelah dua mempelai kita hari ni. Semoga berkekalan ke anak cucu. nenda harap kamu bahagia ye. Bagi nenda cicit secepat mungkin." Ujar nenda. Masing-masing gelak.
Majlis makan damai pula diadakan. Ratu dan raja sehari dijemput turun ke bawah untuk menjamu selera.
"Tahniah. Aishah. Tak lama lagi kita macam ni ke Shirah?" Ujar Seo jun atau muhammad Adam.
"Apa?" Soal Shirah manja. Pipiny merah menahan malu. Gelak pecah.
----
Masa yang ditunggu-tunggu oleh Rayyan. Dia sengaja mahu mandi awal dan membiarkan Aishah mandi selepasnya. Adalah tu dia nak buat.
Aishah keluar dari bilik air dengan berbaju T-Shirt biasa paras paha tanpa memakai seluar. Jelas kelihatan pahanya yang gebu tu.
Rayyan pulak dah berpeluh. Aishah ketawa dengan perlakuan suaminyam berlagak tak memandang. Konon. Tapi, curi-curi tengok jugak.
Rayyan memeluk isterinya dari belakang.
"Ingat abang takut ke kalau sayang acah macam tu? " Bisik Rayyan. Badan Aishah diangkat ke atas katil. Lampu dibiarkan tutup dan suasana gelap. Hanya bertemankan lampu jalan jek. Tombol pintu dikunci
"Assalamualaikum." Sapa Rayyan.
"Waalaikumsalam." Aishah gugup.
"Bismilahirrahmanirahim." Ujar Rayyan.
So, faham sendidri jelah ye orang baru lepas kahwin macam mana? So, diam-diam ajek
Keesokan pagi, Aishah membuka mata. Dia berada dalam pelukan Rayyan. Kemas. Malu bila ingat perkara yang jadi semalam. Bila dah nampak baju bawah katil faham jelah macam mana keadaan mereka.
"Awal bangun. Sambunglah. Tak puas lagi." Sapa Rayyan.
"Abang. Pi mandi sana. Cepatlah. Terlepas subuh ni kang." Arah Aishah.
"Nantilah sayang. Tapi, Kalau nak mandi dengan abang, abang boleh bangun sekarang." Ujar Rayyan. Lengannya dicubit.
"Apa? Sakitlah. Malu ke kena acah macam ni? Tak apelah. Abang dah nampak semuanya dah. Jom.!!" Jerit Rayyan.
"Jom apa?!"
Rayyan mengangkat Aishah yang masih berselimut ke bilik air. Mereka menunaikan solat subuh bersama-sama kali pertama sebagai suami isteri.
Tangan Rayyan dicium penuh hormat. Telekungnya dibiarkan dibuka oleh Rayyan. Rayyan mencium ubun-ubun di kepala Aishah supaya menjadi isteri yang solehah dan ibu yang baik untuk anak-anaknya kelak.
YOU ARE READING
Kisah Kita
RomanceAishah Laili, seorang gadis yang sempoi,ramah dan baik disenangi oleh para guru dan kawan sebaya. Ramai secret admirer ni. sampaikan abang senior pun boleh terlanggar dinding sekolah yang baru sahaja senior lain membuat lukisan mural. Geli hati. Nam...