BAB 23

4.6K 169 0
                                    

Hari ini Aishah akan berjumpa dengan bakal ibu mertuanya. Sebentar lagi Rayyan akan datang menjemput seperti yang telah dijanjikan.

Azura turun ke bawah untuk menyertai ahli keluarganya bersarapan bersama-sama. Wajahnya tenang dan ceria. Yelah dah berkabung seminggu. Semuanya terperap dalam bilik jek.

"Aik. Happy nampak anak mum ni?" Soal Mum

"Of courselah mum. Nak hidup." Jawab Azura.

"Means?" Soal paksu.

"Means, Zura nak start life baru. Nak belajar erti move on. Bak kata mak lang 'kipidap dongibab' so, that's why i try to learn the meaning of the word 'move on.' Kan mak lang." Ujar Azura.

"yes, betul tu. Macam nilah anak sedara mak lang. Hah." Ujar Mak lang Farihin. Isteri kepada paklang lah, siapa lagi kan.

Gelak pecah. Happy hati Puan Suraya melihat anaknya bahagia kembali.

"Kenapa tak makan Sha? Mum masak tak sedap ke?" Soal mum.

"Eh mum tak adelah." Jawab Aishah.

"Habistu. Sikit jek makan."

"Kejap lagi nak jumpa bakal mak mertua." Ujar Aishah tersipu.

"Eleh. Pigilah." Serentak Azura, paksu,maklang dan paklang.

Nenda dan tok ayah gelak. Mum turut menyertai mereka.

"Kenapa tak bagitau. Kejap mum wrap kan buah tu. Ada banyak lagi. Tak elok pergi jumpa bakal mak mertua tangan kosong. Kata nak tackle hati mak mertua." Ujar mum.

"Erm yelah." Ujar Aishah. Ketawa pecah.

Aishah mengenakan sepasang baju kurung elegan bewarna ocean blue disarungkan kepalanya dengan shawl halfmoon bewarna hitam. Minyak wangi disembur sedikit jek. Beg tangan berjenama Coach diambil lalu turun ke bawah menanti kekasih hati.

"Mum, sha pergi dulu." Ujar sha lalu bersalaman dengan ibunya diikuti dengan Rayyan.

"Rayyan, jaga anak aunty elok-elok tau." Pesan mum.

"Allright aunty. Of course lah saya jaga buah hati saya ni. Kan, sayang." Ujar Rayyan.

"Eh kau." Aishah terkeluar perkataan 'kau'.

"Amboi tak romantiknya korang ni. Berkau aku pulak. Panggillah sayang ke abang ke mama papa ke nak lagi sweet mummy daddy." Ujar Azura mencelah

"Amboi kau Zura." Ujar Aishah. Malu sebenarnya.

"In sha allah dia biasakan jugak nanti. Degil." Ujar Rayyan selamba.

Eh eh Rayyan ni. Ada ni kang kena hempuk. sabar sabar.

---

Aishah bersalaman dengan Datin Ratna. ibu kepada Rayyan.

"Ni lah Aishah yang Rayyan cerita tu ya?" Soal Datin Ratna sambil tersenyum ke arahku.

"Ye ma." jawab Rayyan

"Pandai kamu pilih. Cantik orangnya. Baik pulak tu." Puji Datin Ratna. Aishah tersenyum. Dato' Huzaimi pun turut tersenyum. Dia lega. Sekurang-kurangnya, Rayyan takkan terikat dengan Dayna. Dayna selalu mengadu dengan mereka berkenaan dengan Rayyan. Mereka hanya layan jek. Memandangkan Dayna adalah anak kepada kawan mereka.

"Aishah duduklah dulu. Mama nak masak." Ujar Datim Ratna meminta diri.

"Ok. Aunty. Boleh tak kalau Sha tolong? Please." Pinta Aishah.

"Eh apa pulak aunty-aunty ni? Panggil mama jek lagipun Sha kan jadi keluarga ni tak lama lagi. Jomlah kata nak tolong mama. Kita kenal-kenal." Ujar Datin Ratna lalu Aishah membuntuti bakal ibu mertuanya ke dapur. Rayyan dan ayahnya pula rancak berbual.

"Dah lama kenal Rayyan?" Soal Datin Ratna.

"Daripada tingkatan 1 lagi ma." Jawab Aishah ramah.

"Lamanya. Cinta monyet menjadi lah ni." Ujar Datin Ratna lalu ketawa diikuti dengan Aishah.

Akma turun dari tingkat atas. Katanya ada someone special nak datang.

"Hai ma." Sapa Akma

"Akma, ni Aishah. Your future sister-in-law." Ujar Datin Ratna.

"Hi, adik ipar. Cantik. Pandai Rayyan pilih. Tak adelah terikat dengan Dayna bluek tu." Balas Akma.

Aishah bersalaman dengan Akma.

"Umur berapa Sha? Nampak macam muda lagi je?" Soal Akma.

"Baru masuk 24 kak." Jawab Aishah.

"Sebaya dengan Rayyan la ni. Baik aishah ni. Cantik. Rajin." Puji Akma pula.

"kalau arwah Nani ada mesti dia suka kan." Ujar Akma seraya melepaskan keluhan.

"Kak nani. Kakak kedua Rayyan?"

Akma mengangguk.

"Dia meninggal masa umur 16 masuk 17 masa tu. Adik yang paling ketegak." Ujar Akma. Aishah mengangguk. Dia dah tau dah ceritanya macam mana. So angguk-angguk jelah.

Usai memasak, mereka menjamu selera. Keluarga Rayyan begitu ramah dengan Aishah.

"Bila Aishah free dengan parents Aishah?" Soal Dato' Huzaimi.

"Setiap hujung minggu semua free. Daddy Sha dah meninggal sebenarnya. Sha kecik lagi. Dalam umur 12 tahun masa tu." Jelas Aishah

"Sorry, takziah kepada keluarga kamu." Ujar Dato'Huzaimi.

"Terima kasih." Balas Aishah.

"Kerja apa?" Soal Akma.

"Setakat ni baru nak bukak Syarikat sendiri. Nak terbitkan jenama kasut sendiri." Jawab Aishah.

"Fuhlamak. Dik, boleh tak akak dapat diskaun jek?" Soal Akma.

"Eh mestilah boleh." Ujar Aishah lalu ketawa.

"Untunglah. Design kasut lawa-lawa sikit untuk Akak kesayangan ni." Ujar Rayyan pula. Semakin lama semakin ramah dan rancak mereka berbual.

Selepas makan tengahari, Aishah bersalaman dengan keluarga Rayyan. Layanan yang diterima oleh keluarga Rayyan sangat baik dan sopan kepadanya.

"Haih. Pandai kau tackle hati mama ye? Kak Akma pun sama." Rayyan mengusik.

"Tengok oranglah." Aishah membangga.

"Yelah. Kalau tak pandai tak adanya tertackle hati Rayyan Syazwan ni kan." Ujar Rayyan. Pipi Aishah mula kemerah-merahan. Dia tersenyum malu.

"Kau tunggu ajelah aku masuk minang. Jangan terkejut pulak." Ujar Rayyan

"Ok. Aku confirm terima punya. Kau tak nak singgah ke?" Ujar Aishah.

"Hmm tak pelah. Dah petang ni aku nak jumpa Haikal kejap." Jelas Rayyan.

"Ok. Kirim salam 'hantu' tu. Take care Rayyan." Pesan Aishah.

"Thanks, sayang. You too." Ujar Rayyan lalu beredar. Tersenyum-senyum.

"Dah-dahlah tu senyumnya tu. Jauh dah pun kereta dia. Awat tercegat lagi? Masuklah dalam." Ujar Maklang mematikan lamunan ku.

"Eh maklang."

"Ok dengan mak mertua?" Soal Maklang.

"Ok jek. Ramah. Baik." Jawab Aishah.

"Hmm untunglah mak mentua cepat jek suka. Mesti baik kan." Jelas maklang.

"Yep maklang. Memang baik pun. Semua layan sha baik-baik. Keluarga diorang kaya tapi tak guna pembantu rumah pun. Kereta drive sendiri. Cuma suruh Mak Nah teman jek. Mak Nah tu yang tolong kemas juga rumah tu." Balas Aishah.

"Laa yeke. Jom masuk. Nenda baru buat kek mango caramel. Favourite kan? Jom." Ajak Maklang. Aishah mengangguk lalu mengikuti langkah maklangnya ke taman bunga nenda.

Kisah KitaWhere stories live. Discover now