BAB 15

4.7K 175 0
                                    

Hampir 2 tahun Aishah meninggalkan Rayyan. Bermaksud 2 tahun jugalah mereka tak berkomumikasi dan tak berhubung. Rindu pun tak boleh nak lepas. Aishah dah tukar number. Dia tak nak ada hubungan apa-apa lagi dengan Rayyan. Hanya ahli G4 jek yang tau nombor baru tu. Haikal terpaksa merahsiakan nombor telefon Aishah dari Rayyan.

Mereka kini berada di tingkatan 5. Dayna adalah orang yang cuba untuk rapat dengan Rayyan.

"Kau sure ke yang cara ni berkesan?" Soal Haikal.

"Entahlah. Aku tak boleh lupakan dialah. Sampainya hati dia. Aku call dia reject. Tak jawab. Tutup handphone. Last call cuti tengah tahun haritu. Tiba-tiba operator kata nombor tu tiada dalam perkhidmatan. Sampainya hati dia kan." Rayyan mengeluh.

Haikal menunjukkan rasa bersalah kerana berahsia. Tulah. Salah kau jugak Rayyan. Baru sekarang nak menyesal. Lain kali mengaku jelah awal-awal kau suka dia.

"Aku tak jangka apa-apa pun. Dengan Dayna tu, aku harapkan aku boleh lupakan dia." Jelas Rayyan.

"Baik kau putuskan hubungan kau dengan dia. Jadi hubungan persahabatan jek. Tak perlu lebih-lebih. Kau tak kenal Dayna. Dayna tu sepupu aku. Aku kenal dia. Kau kena hati-hati. Jangan amik risiko." Haikal menasihati Rayyan.

"Emphh. Ishh aku buntu lah. Buntu." Jerit Rayyan.

"Dahlah kau ni. Kau tau tak kita nak SPM taw tahun ni. Baik jangan kusutkan kepala kau dengan hal remeh macam ni. In sha allah kalau kau ada jodoh dengan dia korang akan jumpa jugak. Tapi, aku nasihatkan jangan sesekali lancarkan perang kau. Plan kau untuk couple dengan Dayna dan lupakan Aishah ibarat medan perang yang kau sendiri akan cipta." Jelas Haikal.

Rayyan terdiam.

----

"Sha, malam ni prep kat library tau. Jangan lupa." Pesan Zetty.

"Hah ok. Nanti aku datang dengan Finaz." Ujar Aishah.

Malam tu seperti yang dijanjikan mereka berkumpul di library. Warden memberi kelebihan kepada pelajar yang akan mengambil peperiksaan besar tahun ni iaitu mereka boleh stay di library sehingga pukul 3 pagi. Kalau cuti pulak, tak kisah pukul berapa pun.

Dalam perjalanan ke library, Finaz terasa berat kakinya untuk melangkah. Aishah melihat kaki Finaz. Seorang wanita berambut panjang sepanjang-panjangnya dan baju lusuh bewarna putih-putih kelabu. Patutlah Finaz susah nak gerak.

Terkumat-kamit Aishah membaca ayat pelindung dan meniup ke arah wanita tersebut. Barulah kaki terasa ringan. Nampaknya banyak jugak roh yang marah dan tak suka dengan kehadiran Aishah yang boleh melihat mereka.

Dia tak nak bagitau Finaz kerana Finaz mesti akan takut punya. Mereka stay di library sehingga pukul 2.30 pagi. Kelihatan hanya budak PT3 je yang masih lagi berada di situ. Sedang mereka keluar dsri library, lampu terpadam. Yang peliknya kenapa aircind masih lagi terpasang? Aishah menasihatkan mereka supaya tak menjerit.

Budak PT3 yang masih lagi stay di situ nampak gedik semacam. Ada yang jerit.

"Kau ni penakutlah. Ingat ada hantu ke apa?" Tegur salah seorang daripada mereka.

"Eh, korang ni kan jaga mulut sikit. Boleh tak?!" Marah Aishah.

"Tak adelah. Lampu shot je tu. Tak payah risau lah. Bukannya ada hantu pun dekat sini.!" Jerkah lagi seorang daripada mereka.

Tiba-tiba salah seorang dari mereka meracau. Aishah dan yang lain-lain memegang kedua-dua tangan budak perasan bagus tu. Histeria ni. Kes biasa. Finaz dan Risha memanggil Ustaz dan ustazah manakala Aishah dan Zetty membantu mengawal keadaan.

Aishah cuba untuk merawat. 'Benda' tersebut terus masuk ke dalam badan orang lain. Lepas satu-satu yang kena. Hah padan muka siapa suruh mulut tu puaka sangat? Degil!

Mereka dah dibawa ke surau. Masing-masing dah selamat. Ada yang melalak. Ada yang selamba. Ada yang tidur.

"Tulah korang! Degil sangat kan. Lain kali kalau orang lebih tua nasihat tu dengar! mulut tu cabul sangat.!" Marah Aishah.

"Dahlah. Diorang baru ok ni." Pujuk Rish.

"Betullah cakap Sha tu. Tak pasal-pasal kita pulak kena tunggu sampai mak bapak korang amik. Dahlah tu esok sekolah.!" Zetty menyokong tindakan Aishah.

"Lain kali ingat, dekat tempat orang perangai tu jaga. Mulut pun sama. Jangan sampai kena bahas dengan senior lain. lepastu tunjuk protes jeling-jeling. Dah kena rasuk pun tak insaf lagi." Zu memerli mereka. Pedas. zapp!!

Padan muka siapa suruh tak tau tu senior yang tegur. Hah, lantak kaulah.

Esok pagi memang heboh lah pasal histeria yang budak berlima tu kena. Lantaklah malas nak amik peduli. Baik tidur jek. Disebabkan diorang, tak pasal kami berempat mata panda. Menyusahkan hidup orang.

Lain kali perangai tu jangan gedik sangat. Dalam library orang lain semua senyap. Diaorang jek beriya dalam library semalam. Memang patut pun kena.

Kisah KitaWhere stories live. Discover now