BAB 42.

5.6K 155 0
                                    

Pagi-pagi lagi Aishah dah keluar untuk pergi ke hospital. Nak buat checkup. Dah genap 8 bulan dah. Masuk hari esok, dah 9 bulan. Tunggu nak bersalin je.

lepas pergi ke hospital, dia terus menuju ke Jusco Taman Universiti. Area-area Skudai jugak. Saja je cuci mata.

"Well, i guess jodoh kita memang kuat." Sapa Rayyan. Aishah yang sedang membelek dress untuk ibu mengandung terkejut.

"Err. Are you stalking me?" Soal Aishah.

"No i'm not. Kebetulan. Sumpah abang tak tipu." Ujar Rayyan lalu mengangkat kedua-dua belah tangannya. Eleh nak bersumpah lah tu.

"Whatever." Balas Aishah lalu kembali membelek baju di rak.

"Macam mana hero-hero abang dalm tu?" Soal Rayyan.

"They're fine." Jawab Aishah tanpa memandang wajah Rayyan. Pekerja yang berada di situ dah tersenyum-senyum

"Berapa bulan kak?" Soal pekerja tersebut.

"8 bulan, dik." Jawab Aishah lalu memberi senyuman.

"Akak dengan suami akak ni sweetlah. Untung akak dapat suami sweet macam ni. Haih tak macam kita, kahwin paksa katakan." Ramah pekerja tu lagi.

"Ala. Lama-lama tu sweetlah. Bagi cair sikit. Awak pun cantik kira extra la sikit." Pesan Aishah.

"Dik, akak amik satu ni. Terima kasih." Ujar Aishah lalu mengeluarkan sekeping not Rm50 dan dihulurkan kepada pekerja itu.

"keep the change." Ujar Aishah.

"Eh banyak ni kak." Balas Pekerja tersebut.

"Tak apa. Ikhlas." Ujar Aishah melemparkan senyuman manis lalu beredar. Dan, paling sakit hati tu, Rayyan amik kesempatan untuk memeluk pinggangnya.

"Kita bukan muhrim tau." Ujar Aishah keras lalu meleraikan pelukan dengan agak kasar.

"Tak baik berkasar dengan suami." Ujar Rayyan.

"Bekas Suami!!" Balas Aishah kasar.

Kedua-dua hero di dalam perutnya menendang. Aishah mengerang kesakitan.

"Hah lawan lagi daddy dia. Tengok babies dah marah dah. Padan muka mummy." Ujar Rayyan. Aishah mengecilkan mata lalu mencebik.

"Abang nak breakfast dengan Sha la. Jom. Abang tau Sha belum breakfast." Ajak Rayyan.

"Macam mana abang tau? Kan betul abang skodeng Sha kan." Aishah menduga.

"Mana ada. Tak lah. Tengok muka Sha je pun dah tau." Balas Rayyan takut kantoi nanti padah pulak.

"Erm ok. Abang buat apa datang sini?" Soal Aishah

"Saja. Cuci mata. Sayang?" Soal Rayyan. Dah lama tak bersayang-sayang dengan Rayyan.

"Cuci mata jugak. Kalau nampak ada baju budak cantik-cantik ke nanti belilah. Tak pun survey jek dulu. Abang buat apa dekat Johor ni?" Balas Aishah.

"Abang ada project dekat sini. tak sangka jumpa Sha dekat area sini." Ujar Rayyan.

"Datang dengan siapa? Takkan drive sendiri kot? Bahaya lah. Kenapa tak mintak Zura teman? Arfan ke. Awak tu tunggu masa jugak tau nak bersalin." Pesan Rayyan.

"Iye ok." Balas Aishah lalu menjulingkan matanya ke atas.

Makanan yang telah dipesan sudah sampai.

"Sha, abang nak getback dengan Sha. Please Sayang. I'm begging on you." Rayyan merayu.

"Pasal tu. Err. Sha nak fikirkan lepas Sha bersalin." Ujar Aishah.

"Ok. Abang nak jawapan Sha sejurus lepas Sha keluarkan anak abang. Ok?" Ujar Rayyan.

"Eih. Tunggulah balik dari hospital. Tak menyabar. Tahulah nak pikir nanti." Balas Aishah.

Rayyan ketawa.

"Abang gurau ajelah sayang. Tapi masa Sya bersalin nanti boleh tak abanh temankan? Pleaseeee..." Rayyan mengedipkan mata. Ingat comel? Pigilah.

"Eeee ingat comel ke buat macam tu. Hmm abang boleh teman. Abang temgoklah sendiri macam mana susah nak keluarkan budak." Ujar Aishah.

"Yeayy." Rayyan bersorak.

"Tapi kan Sha, kedipan mata abang nilah yang Sha rindu kan?" Soal Rayyan menduga.

Aishah diam. Sesungguhnya memang betul pun. Dia rindu dengan Rayyan. Segalanya tentang Rayyan. Asyik terbayang Rayyan jek depan mata.

"Diam tanda betul." Ujar Rayyan. Aishah menjeling tanda amaran.

"Okay okay. Fine." Balas Rayyan. Aishah sengih. Melihat Aishah tersengih, Rayyan tersenyum. Sedikit sebanyak hilang sikit rindu ni.

----

"Sha, a call from hospital." Ujar Azura.

"What? Why?" Soal Aishah. Azura mengangkat bahu.

'Hello, ni cik Aishah Laili ke?'- pihak hospital.

'Yes it's me. Why?" - Aishah.

'Kami nak sampaikan salam maaf dari arwah cik Dayna kepada cik Aishah. Arwah baru jek meninggal.'-pihak hospital.

'Inalillah hi wainna ilaihi rojiun.'-aishah.

'Kalau boleh cik datang la sini jenguk arwah.'-pihak hospital.

'Tak pe. Nanti saya terus ke kubur jek. Saya tak boleh bergerak. Dah nak bersalin dah. Saya dah maafkan dia. Saya pasti suami saya pun.'- Aishah.

'Baik cik. Assalamualaikum.'- pihak hospital.

"Waalaiksalam."-aishah.

"Dayna meninggal?" Soal Azura menduga. Aishah mengangguk. Azura mengucap.

"Daripada Allah kita datang dan kepadanya jua kita kembali." Balas Azura lagi.

"Maafkan je arwah. Kesian. Jasad merana nanti." Pesan Azura.

"Already forgave her. Don't worry." Ujar Aishah lalu tersenyum.

Arfan perlahan-lahan masuk kedalam bilik kakaknya. Kacau daun lah katakan nak elak kakak-kakaknya tu bergosip. Dapat dosa kaww.

Aishah melatah.

Arfan dan Azura gelak mendengar Aishah melatah.

"Kau ni dah nak jadi mak orang pun nak melatah lagi." Ujar Arfan.

"Yang kau tiba-tiba masuk bilik aku ni apahal?" Soal Aishah garang.

"Amboi garangnya. Nanti anak sedara paksu nanti garang-garang macam mummy." Balas Arfan

"Biarlah. Eeee." Balas Aishah.

"Nak elakkan korang berdua dapat dosa sebab bergosip jek. Tu yang aku mencelah. Haha." Jawab Arfan selamba.

"Ishh kau ni. Syukur jelah aku perut aku ni besar kalau tak memang kaw-kaw aku pukul kau tau." Balas Aishah.

"Weh, kak long. Kau tu dah tua. Tak ada calon ke?" Soal Arfan menyakitkan hati kakaknya. Ala gurau sayang jek.

"Eh kau. Sibuk jek. Sampai masa nanti aku kahwinlah." Balas Azura.

"Aku ada. Tapi 4 tahun lebih muda lah dari kau." Ujar Arfan.

"Eeee taknak aku. Lebih rela 4 tahun lebih tua daripada muda tau. Ingat anak ikan?" Balas Azura. Mereka gelak.

Adik beradik ni memang takkan pernah berenggang. Ada jek masing-masing nak menyakat ni. Huh.

Kisah KitaWhere stories live. Discover now