Dah beberapa hari tanpa sebarang khabar dari Aishah. Dia tak sudi ke hidup dengan aku? Aku ni tak layak ke untuk dia? Or dia dah ada pilihan hati sendiri?
Ting!
Bunyi yang menandakan mesej masuk. Alahai. Penatlah. Mesti Dayna bluek! Menyampah nya aku.
Telefon dicapai. Tertera nama aishah laili yang tertera di whatsapp popup notification. Alangkah terujanya dia bila nampak Aishah menghantar mesej. Selalunya dia yang akan hantar mesej dekat Aishah bertujuan unutk kacau si kekasih hati.
'Assalamualaikum.'-Aishah
"Waalaikumsalam. Kenapa?'- Rayyan.
'Esok jangan lupa datang. Akak aku nikah. Aku nak cakap sikit nanti.'-Aishah.
"Kenapa tak cakap dekat phone jek?'-Rayyan.
'Kalau berdepan, we can be more serious.'-Aishah.
'Ok. Tunggu aku tau. Nanti esok aku datang.'-Rayyan.
Mesejnya hanya direspon dengan bluetick di Whatsapp.
Whatever, yang penting aku dapat bermesej dengan dia. Korang apa tau?
Tangan Rayyan membuka laci dan mengambil sebuah buku. Dibuka buku tersebut di bahagian tengah. Sekeping gambar diambil dan direnung sambil tersenyum. Wajah seorang gadis comel bersama seorang lelaki yang segak. Siapa lagi kalau bukan Rayyan dan Aishah.
Teringat balik Haikal amik gambar ni atas permintaannya. Muka Aishah yang dah merah bak tomato masih lagi dalam kotak ingatan.
Mana mungkin aku lupa semua. Mata dia, hidung dia, senyuman dia, lesung pipit dia yang dalam. Tak mungkin punya aku lupa. Sebab tu aku boleh cam kau.
Rayyan hanya berdoa dalam hatinya agar Aishah sudi menjawab Ya untuk soalannya hari itu. Slow-slow jek dulu.
---
AISHAH sibuk menolong kakaknya memakai inai dan membuat corak. Tak kurang dia juga pakai. Macam-macam corak. Dengan kaki-kaki sekali kena inai. Inai daun ok bukan inai sebarang.
"Aku tak sedap hati lah dik." Ujar Azura.
"Kenapa? Cuba cakap apa yang kau risau. Seri pengantin boleh hilang tau." balas Aishah.
"Aku rasa macam ada sesuatu yang akan berlaku. Antara aku dengan Lukman. Kau rasa apa ea?" Soal Azura.
"Dahlah. Kau doa yang baik-baik jek. In sha allah tak ada apa-apa." Ujar Aishah cuba menyedapkan hati kakaknya yang makin lama makin gelisah.
Azura menelek wajahnya di cermin almari baju yang bersebelahan dengan katilnya.
"Aku rasa seri pengantin aku tak ada. And, aku pasti ada sesuatu yang jadi." Ujar Azura. Aishah menepuh bahu Azura perlahan.
"Kau tak payah fikir yang bukan-bukanlah Ra. Tak kan dia nak batalkan last-last minute. Kalau dia waras lagi atau macam mana pun dia pentingkan diri, dia akan fikir jugak pasal keluarga dia." Balas Aishah.
"Aku kenal dia Sha. Dia akan buat jugak bila dia rasa dia memang nak. Aku kenal dia. Dia akan kejar apa dia nak walaupun dia sanggup pinggirkan orang yang dia sayang." Jelas Azura.
"Termasuk kau?"
Azura mengangguk. Aishah melepaskan keluhan perlahan.
"Zura, biarlah orang nak panggil kita idiot. Dari segi, pembelajaran. Tapi tak kalau kita dipanggil idiot hanya sebab kita gagal dalam menilai orang. Kalau kau dah tau perancfai dia macam tu, why did you still protect and love him? Mana Azura yang dulu? Mana Azura yang garang? Yang pandai? Where's my sister? I want her back!!. Pleaselah Zura." Pujuk Aishah.
YOU ARE READING
Kisah Kita
RomanceAishah Laili, seorang gadis yang sempoi,ramah dan baik disenangi oleh para guru dan kawan sebaya. Ramai secret admirer ni. sampaikan abang senior pun boleh terlanggar dinding sekolah yang baru sahaja senior lain membuat lukisan mural. Geli hati. Nam...